Orang Cantik dan Orang Hensem

Wednesday, August 29, 2012

Bab 25


Bab 25

            “BETUL KE NI?” Datin Nuraina menolak pinggannya ke tepi. Berita yang dikhabarkan oleh Zafran membantutkan terus seleranya pagi itu. Bihun goreng itu tiba-tiba dirasakan payau di tekak.
            “Alah, Umi. Bukan jauh pun. Bila-bila Umi rindukan Amani, Zaf bawalah dia balik rumah kita ni. Lagipun nanti Amani nak sambung belajar. Zaf ingat nak suruh dia apply Eksekutif Program kat UPM. Dekat dengan rumah Zaf tu,” Zafran sudah mengagak reaksi Uminya. Sayang benar pada Amani. Namun dia mahu hidup berdikari. Mahu merasa tanggung jawab seorang suami yang sebenar. Di rumah Umi, hendak bermanja dengan Amani pun hanya di bilik tidur.
            “Biarlah Aina. Biar dorang belajar hidup berumah tangga. Betul kata Zaf tu, bukannya jauh. Kalau awak nak, saya pun boleh hantar awak ke sana bila-bila masa. Lagipun rumah Zaf tu dah lama sangat ditinggalkan kosong. Tak elok juga,” Dato’ Mustapha menyokong pula. Dikenyitkan matanya ke arah Zafran dan Amani.
            Amani berdiam diri. Tidak berani membuka mulut tentang sesuatu yang dia tidak pasti. Zafran langsung tidak bercerita yang dia memiliki rumah lain dan mahu mereka berpindah ke sana. Sudah hampir dua bulan mereka tinggal di rumah Umi. Sangkanya mereka memang akan tinggal di sini sahaja. Dia sendiri tidak kisah tinggal sebumbung dengan mertua. Sesungguhnya keluarga Zafran melayan dia dengan cukup baik. Berpindah keluar bermaksud dia akan merindui Uminya itu.
            “Amani? Dengar tak Umi cakap tadi?” tiga pasang mata terpaku memandang Amani yang kelihatan sedang berkhayal.
            “Apa dia Umi? Sorry Umi, Amani tak dengar,” Amani menyeringai menampakkan giginya.
            “Umi kata, jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat call Umi. Hmm, Umi mesti rindu nak makan gulai tempoyak masakan Amani tu nanti,” suara Datin Nuraina kedengaran sayu. Sememangnya berat untuk dia melepaskan Zafran dan Amani keluar dari rumah mereka. Hatinya yang kosong dan kesunyian sejak ketiadaan Zuryn telah terisi dengan kehadiran Amani.
            “Ah, awak ni. Saya kan ada! Biarlah saya jadi pengubat kesunyian awak!” Dato’ Mustapha mencuit dagu isterinya.
            “Awak lain! Awak orang laki-laki mana faham perasaan saya ni...,” Datin Nuraina menjeling geram.
            “Kalau awak nak teman perempuan bolehlah saya carikan nanti. Kuota saya ada lagi tiga ni. Rumah kita ni pun besar, bilik pun banyak. Hidup sebumbungkan bagus!” Dato’ Mustapha sudah mengekeh ketawa. Seronok benar dapat mengusik perasaan isterinya itu. Dah tua-tua begini pun masih suka merajuk dan menarik muncung.
            “Apa dia bang? Beranilah abang buat! Tahulah nasib abang nanti,” Datin Nuraina sudah mencubit lengan suaminya. Suka sangat mengusik aku! Kalau bab lain tak apa. Tapi bab kahwin lain memang pantang keturunannya!
            Amani ketawa melihatkan Umi dan Walid yang bertelagah. Alah, kedua-dua ibu dan bapa mertuanya itu memang begitu. Sudah dua bulan tinggal bersama, dia dapat melihat begitulah cara mereka menunjukkan kasih sayang dan kemesraan. Kalau berjalan pun masih berpimpinan tangan berdua. Kadang-kadang makan pun saling bersuapan. Romantik habis! Tahulah dia dari mana tumpahnya gen romantis Zafran.
            “Ha, korang cepat sikit bagi Umi cucu. Tak payah nak tunggu lama-lama. Boleh buat kawan Umi ni!” Datin Nuraina tersengih pula. Tidak sabar benar dia ingin menimang cucu. Kebanyakan kawan-kawannya sibuk berkongsi kemeriahan di kelilingi cucu. Yang bercicit pun sudah ada.
            Zafran menjeling ke arah Amani yang hampir tersedak air kopi Che’ Nah. Kata-kata Umi yang selamba itu umpama bom yang menggegar hatinya. Wajah Amani juga sudah berubah rona. Ah, kalaulah Umi tahu perkara yang sebenar... Pastinya isu cucu ini tidak akan terbangkit di kala ini. Bak kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’ Begitulah jua keadaan yang sedang dialaminya. Selagi belum ‘bersama’, bagaimana hendak disenyawakan benih-benih cucu idaman Nenek Nuraina?
            “Ehem, sabarlah Umi... InsyaAllah, kalau cepat rezekinya, adalah tu...,” Zafran spontan mencapai akhbar di sudut meja. Pura-pura menumpukan perhatian pada berita yang entah apa-apa itu. Wajahnya yang berubah riak itu cuba disembunyikan di balik akhbar. Ah, mintak-mintaklah Umi tutup cerita ni. Aku ni bukannya pandai sangat nak berbohong dengan Umi!
            Datin Nuraina terkesan perubahan pada wajah anak dan menantunya. Riak wajah itu menggambarkan ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka. Ditenung pula pada sepasang mata Amani yang sudah merah. Menangiskah menantunya itu? Tapi kenapa? Hatinya mula berasa gelisah. Naluri keibuannya dapat mengesan ada sesuatu yang disembunyikan oleh mereka. Takkanlah anak atau menantunya itu mandul?
            Datin Nuraina menjeling sekilas ke arah suaminya. Manalah tahu kalau-kalau suaminya itu turut perasan akan ketegangan suasana yang berlaku. Bolehlah mereka berdiskusi dan mencari solusi di kamar nanti. Namun Dato’ Mustapha kelihatan berselera menyuapkan bihun goreng ke mulutnya. Sedikit pun dia tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Datin Nuraina merengus sedikit.
             Ah, tunggulah kau Zaf, Umi akan selidik sampai ke lubang cacing!

*                *                      *                      *                      *                      *

Zafran tersenyum bahagia. Dari luar rumah lagi dia sudah terbau masakan gulai ikan masin pucuk belimbing. Isterinya itu memang pandai memasak lauk-pauk kampung yang jarang dapat dijamahnya. Sejak Amani berhenti kerja, setiap hari ada saja bau-bauan menyelerakan yang menyambut kepulangannya dari pejabat.
Tidak sia-sia dia membawa Amani berpindah keluar dari rumah Umi dan Walid. Di rumah sendiri, mereka lebih bebas untuk bermesra. Amani juga dapat menjalankan tanggung jawab seorang isteri tanpa bantuan orang gaji. Segala keperluannya disediakan dengan cukup sempurna oleh Amani. Dari makan minum hingga pakaian, semuanya dari sentuhan Amani sendiri.
Hari ini dia sengaja pulang lebih awal. Selain merindui kelibat isterinya, dia juga punya misi yang perlu dijalankan. Walaupun belum dapat melunaskan ‘impian’ yang satu itu, namun kasihnya kepada Amani sedikit pun tidak pernah berkurang. Sesungguhnya dia tidak mahu memaksa Amani. Dia mahu segala-galanya berlaku dalam keredhaan Amani dan keredhaan Allah.
Zafran menyembunyikan diri di balik dinding. Dia pasti Amani tidak sedar akan kepulangannya.  Kelibat Amani yang sibuk memasak di dapur diperhati lama. Timbul pula idea untuk menyakat isterinya itu. Kalau disergah dari belakang, mahu terpelanting sudip di tangan Amani. Zafran sudah ketawa kuat di dalam hati.
“Dah kenyang, sayang? Nak lagi tak?”
Suara  Amani yang manja menggegarkan jantung Zafran. Urat sarafnya terasa hangat membakar. Dengan siapa pula isterinya berbicara? Zafran cuba mengintai lagi. Namun pandangannya terhalang dek tubuh Amani yang sedang membelakangkannya. Skala kemarahannya meningkat dengan tiba-tiba. Zafran sudah mengepal penumbuk. Ingin dipecahkan wajah manusia yang dipanggil sayang oleh isterinya itu. Bagai samseng, Zafran keluar dari tempat persembunyiannya.
Niat Zafran untuk menjerkah kemarahan terbantut apabila pandangan matanya bertaut dengan sepasang anak mata biru yang redup. Wajah yang comot dengan lebihan nasi yang melekat pada pipi itu tersenyum menampakkan sebaris gigi yang tersusun cantik. Alahai, comelnya! Hilang terus amarah yang membara sebentar tadi. Cair terus hatinya waktu itu. Memang tangkap leleh.
Daddy!”
Amani menoleh ke arah tundingan jari Emir Luqman. Terperanjat dia melihatkan Zafran yang sudah berdiri tegak di belakangnya. Entah sejak bila lelaki itu sudah berada di situ. Asyik sangat melayan Emir Luqman sehinggakan dia tidak menyambut kepulangan Zafran seperti kebiasaannya.
“Bila abang balik? Tak bagi salam pun. Terkejut sayang!” Amani terus menyalami Zafran. Tali leher Zafran dilonggar dan dibukakan seperti selalu. Spontan Zafran mencium pipi Amani tanda terima kasih.
“Baru je. Saja balik awal. Rinduuu... Ni siapa sayang? Comelnya!” Zafran sudah mendukung Emir. Dibawa ke sinki lalu dibersihkan sisa makanan yang terlekat pada wajah serta badan anak itu.
“Inilah Emir Luqman. Budak yang sayang jumpa kat surau Paradigm Mall dulu. Ingat tak?” Amani menuangkan segelas jus oren lalu dihulurkan kepada suaminya.
“Oh, inilah dia budak tu? Hello Emir! Where’s your mama? Where’s your daddy?” Zafran mendudukkan Emir di atas ribaannya.
That’s my mama. This is my daddy,” Emir menunjuk ke arah Amani dan Zafran silih berganti. Senyuman comelnya mencuit hati mereka.
“Manja tau Emir ni. Tiba-tiba je panggil sayang mama bila sampai tadi! Ni panggil abang daddy pulak! Dia panggil Kak Nurul ibu,”
“Oh, mana ibunya?” Zafran tercari-cari kelibat ibu Emir Luqman di dalam rumah.
“Kak Nurul tinggalkan Emir kat sini. Dia ada urusan lain tadi. Abang tak kisah kan?” Amani bertanya perlahan. Terlupa pula untuk meminta keizinan suaminya sebelum membawa masuk orang luar ke rumah itu. Macamlah rumah aku!
“Abang tak kisah. Ada jugak teman sayang kat sini. Asalkan tak bawa masuk lelaki lain sudahlah...,”
“Ish, abang ni! Takkanlah sayang nak buat macam tu. Entah-entah tadi abang ingat Emir ni kekasih gelap sayang eh?” Amani mencuit hidung Zafran. Sengaja dia ingin mengusik lelaki itu.
“Eh, mana ada!” Zafran mengawal suaranya. Malu sendiri kerana gagal melawan cemburunya sebentar tadi. Kalau sayang tahu mesti kena bahan selama sebulan!
“Abang, bilalah kita nak ada anak sendiri kan?” Amani mengeluh perlahan. Entah mengapa dia berasa sedih dan sayu tatkala melihat Zafran yang terleka melayan keletah Emir. Pastinya lelaki itu sudah cukup bersedia untuk memiliki zuriat sendiri. Dia sendiri kepingin untuk melahirkan zuriat mereka. Namun konflik yang mereka alami masih belum selesai hingga ke hari ini.
Dia sendiri pelik dengan masalah yang mereka alami. Segala-galanya OK, sehinggalah mereka ingin ‘bersama’. Dengan bantuan Mr. Google, dia mendapati perasaan takut dan gelisah itu adalah perkara normal bagi mereka yang baru berkahwin. Sepatutnya lama-kelamaan perasaan itu akan dapat dikawal. Namun kini sudah hampir tiga bulan mereka berkahwin, tanggung jawab yang satu itu terlalu sukar untuk dia lakukan. Kalau Zafran tak sabar dan kahwin lain macam mana? Suaminya itu bukan setakat mampu beristeri dua, malahan kahwin empat pun sudah tentu tiada masalah! Amani berasa seram sejuk.
“Sayang? Dengar tak abang cakap? Berangan teringatkan siapa tu? Teringatkan Fahim?” Zafran sekadar mengusik. Sejak kebelakangan ini kerap benar isterinya itu mengelamun. Dia faham dengan bebanan perasaan yang dipikul oleh Amani. Rasa bersalah yang tiada berpenghujung.
“Apa abang cakap ni? Tak baik tuduh sayang macam tu. Sayang bukan teringatkan lelaki lain. Sayang cuma takut abang yang tak bersabar dengan sayang dan kahwin lain!” Amani mengelipkan matanya yang dikaburi air mata. Cepat-cepat dijauhkan tubuhnya dari Zafran. Petanda dia berjauh hati dengan usikan suaminya sebentar tadi.
“Alolo sayang abang ni... Abang gurau je sayang. Abang minta maaf ye. Sayang jangan fikir bukan-bukan. Sayang seorang dah cukup untuk abang. Yang seorang ni pun abang tak mampu nak jaga hati dengan sempurna. Asyik merajuk je... Manalah abang mampu nak jaga hati lain. Boleh hilang kewarasan abang nanti! Emir, tengok mama ni. Tak cantik kan kalau merajuk?” Zafran menggunakan Emir Luqman sebagai umpan memancing hati Amani.
“Buruk!” sepatah kata yang ditutur Emir Luqman secara pelat dan wajah yang tersebik itu mengundang tawa di bibir Amani. Zafran menghela nafas kelegaan. Sensitif betul isterinya ini. Dah macam time bomb. Salah cakap sikit mesti akan meletup!
“Sayang jangan susah hati. Allah sentiasa membantu kita. InsyaAllah, sayang. Walau apa pun terjadi, abang tetap bersabar. Dan abang pun nak sayang bersabar jugak. Ingat, ini semua dugaan Allah untuk kita,” Zafran mengusap kepala Amani yang sudah terlentok di bahunya. Dia ingin Amani tahu, rasa kasihnya tidak pernah berubah walaupun sedikit. Kehendak yang satu itu bukanlah pengukur kepada tinggi atau dalamnya kasihnya kepada Amani.
“Hmmm. Terima kasih abang. Bagi sayang masa ya. Eh, abang dah solat Asar? Dah lewat ni,” Amani mengerling jam di dinding.
“Ya Allah! Terlupa pulak abang. Ralit sangat melayan si Emir ni. Abang naik dulu ya,” Zafran mencium dahi Emir dan Amani sebelum bergegas ke tingkat atas.

“MANA EMIR?” Zafran menjenguk ke dapur setelah kelibat Emir tidak ditemuinya di serata rumah. Selesai membersihkan diri dan solat Asar, dia lekas-lekas turun ke bawah untuk melayan bicara budak yang petah bercakap itu.
“Baruuu je balik bang. Kak Nurul datang ambil kejap tadi. Dia nak cepat. Dia kirim salam aje pada abang,”
“La, ye ke? Tak sempat nak jumpa Kak Nurul tu. Asyik dengar cerita sayang je. Nak jugak abang jumpa orangnya. Suami dia kerja mana?” Zafran menyuap kuih buah melaka yang baru diletakkan Amani di atas meja makan.
“Dia dah bercerai bang. Suaminya tinggal kat U.S lah kot. Dia baru je balik Malaysia dua bulan lepas macam tu. Tu yang sibuk nak settle macam-macam benda tu. Lepas ni keraplah dia tinggalkan Emir kat sini. Boleh juga sayang tolong tengok-tengokkan. Bolehkan bang?”
Yup, abang pun tak kisah. Baik betul isteri abang ni tolong orang. Ni yang buat abang bertambah sayang ni,” Zafran sudah merangkul Amani. Rambut Amani yang panjang dibelai lembut. Perlahan-lahan Zafran merebahkan kepalanya ke atas peha Amani. Membiarkan jemari Amani memicit lembut kepalanya yang sedikit sarat dengan masalah yang melanda mereka.
Zafran bingkas bangun apabila telefon bimbitnya berdering. Nama pemanggil yang tertera di skrin dijeling sekilas. Dengan pantas dia keluar rumah, mencari privasi untuk berbual. Mujurlah Amani bukan seorang yang mudah curiga. Tersenyum sahaja isterinya meneruskan kerja-kerja di dapur.
“Assalammualaikum Umi,” Zafran bersuara sebaik butang ‘jawab’ ditekan.
“Waalaikumussalam. Ha, macam mana? Ada jumpa Ustaz Iqram tadi?” Datin Nuraina tidak sabar ingin mendengar berita.
“Dah, Umi. Zaf dah ambil pun air yang dia bagi. Tapi Zaf belum bagi Amani minum lagi,” Zafran menjeling ke arah pintu rumah. Bimbang pula jika Amani mencuri dengar perbualan mereka.
“Iyalah. Petang atau malam nanti bolehlah bagi. Jangan lupa berselawat dan niatkan biar jauh dari gangguan. Faham? Ni Walid nak cakap kejap,” Datin Nuraina memberikan telefon kepada Dato’ Mustapha.
“Zaf, tiap-tiap malam amalkan baca ayat kursi. Selalu baca ayat pendinding yang Ustaz Iqram beri tu. Imamkan solat sekerap mungkin dan selalulah baca al-Quran. Itulah cara kita berlindung dari perbuatan khianat serta hasad dengki orang. Kita ni suami. Tanggung jawab di bahu kita. Kalau ada apa-apa masalah jangan malu nak bertanya Umi atau Walid. Jangan simpan sorang-sorang,” Dato’ Mustapha menasihati lembut. Wajah Zafran yang kusut dengan sepasang mata yang merah menahan sebak terbayang kembali di ruang ingatannya. Tidak disangka anak sulungnya itu sedang dilanda ujian berat seawal tiga bulan usia perkahwinan mereka.
“Iya Walid. Terima kasih sangat-sangat pada Walid dan Umi sebab bantu Zaf. Kalau tidak, sampai bilalah kami nak jadi macam ni,” Zafran bersandar pada dinding kereta. Separuh jiwanya berasa lega kerana telah mendapatkan bantuan dari Ustaz Iqram. Manakala separuh lagi jiwanya dilanda kemarahan yang bukan sedikit kepada orang yang telah menghantar sihir kepada Amani. Tak pasal-pasal rugi nikmat berkahwin! Huh.
“Sama-sama. Zaf anak kami. Selagi boleh bantu, kami akan bantu. Janganlah Zaf susah hati tentang siapa yang menghantar sihir tu. Itu urusan dia dengan Allah. Kalau bukan di sini, di sana nanti akan ada balasan yang menanti. Sekarang ni tanggung jawab Zaf lindungi Amani. Mudah-mudahan tak berulang lagi. Walid dengan Umi tak putus berdoa untuk korang,”
“Baik Walid. InsyaAllah Zaf akan jaga Amani baik-baik. Kalau ada apa-apa Zaf akan call Walid dan Umi,”
“Yelah, eloklah macam tu. Ni Umi kamu nak bercakap lagi,” Dato’ Mustapha mengembalikan telefon bimbit kepada isterinya. Dari tadi tangan Datin Nuraina bergayut di bahunya minta untuk bercakap. Sabar ajelah!
“Zaf kena bagi Amani minum sampai habis tau. Banyakkan bersabar. Bagi masa supaya Amani sembuh sendiri. Benda ni bukannya boleh terus OK. Jangan petang ni Zaf bagi minum, malam nanti dah mintak dari Amani! Jangan gelojoh sangat!”
Wajah Zafran berona merah. Nasib baiklah sekadar berbual di telefon. Kalau secara berdepan, tidak tahu mana hendak disorokkan wajahnya waktu ini. Uminya ini kalau bercakap tak ada tapisan langsung. Macamlah dia ni budak kecil tak cukup umur. Beriya benar Uminya menerangkan satu persatu.
“Dengar tak ni Zaf???” Datin Nuraina menjerit sedikit. Panjang lebar kita bercakap, senyap pulak dia!
“Iya Umi. Zaf dengar dan faham. Ustaz Iqram pun cakap benda ni ambil masa. Dah tiga bulan Zaf bersabar, Umi. Tak ada masalah untuk Zaf menunggu lagi...”
“Hm, baguslah kalau macam tu. Sampaikan salam Umi dan Walid pada Amani. Jaga diri baik-baik ya. Ada masa balik la sini. Rindu Umi pada Amani tu,”
“InsyaAllah hujung minggu nanti kami balik ya Umi. Kirim salam pada Walid. Assalammualaikum Umi,” Zafran mematikan talian.
Zafran mengeluarkan sebotol air penawar yang diberikan oleh Ustaz Iqram dari kereta. Menurut Ustaz Iqram, air ini hanyalah ikhtiar yang boleh mereka lakukan. Selebihnya kuasa Allah jua yang mampu mematahkan sebarang kuasa sihir yang dihantar kepada Amani. Zafran menghela nafas. Dia sudah berusaha, dan dia juga sudah berdoa tanpa jemu. Kini tiba masanya untuk bertawakal kepada Allah SWT.
Wajah comel Emir Luqman terlayar di ruang matanya. Keletah manjanya cukup menambat hati walaupun baru sebentar mereka meluangkan masa bersama. Ah, dia tidak sabar mahu memiliki anak yang ramai secomel Emir. Dengan izin Allah, dia pasti kehidupan mereka akan berubah selepas ini. InsyaAllah! Percaya dan yakinlah pada janji Allah!
“Sayang! Mari sini temankan abang minum petang!” Zafran melaung kuat. Secawan air telah dituang ke dalam cawan untuk Amani. Sempat dibacakan surah Al-Fatihah serta diselawat sebanyak tiga kali seperti pesan Ustaz Iqram tadi.
Amani yang muncul dari dapur tersenyum manis. Secawan air kosong yang dituang oleh Zafran disuakan ke bibir. Walaupun sekadar air putih, dia cukup berbesar hati untuk menemankan Zafran minum bersama. Dengan lafaz bismillah Amani meneguk air itu sambil diperhatikan oleh Zafran.
Tawakalallah!

Bersambung! =)

nota kaki: Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas dari Lya Zara. =)

Wednesday, August 8, 2012

Bab 24


Bab 24

            ARISYA memperlahankan pemanduannya. Jalan kampung yang berlopak serta tidak berturap menyebabkan pemanduan menjadi tidak lancar. Suasana gelap malam tanpa cahaya bulan serta lampu jalan yang suram menambahkan kesukaran penglihatannya. Sesekali dia melihat ke arah lipatan kertas yang tertera alamat rumah yang dicari. Sudah begitu jauh memandu tapi entah mengapa rumah itu belum ditemui.

            Arisya memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah rumah papan yang diterangi lampu kuning. Suasana suram serta sunyi menyelubungi satu-satunya rumah yang berada di kawasan hujung kampung itu. Sedikit debaran melanda hatinya. Walaupun sudah beribu kali melakukan dosa-dosa besar, namun dosa syirik ini pertama kali hendak dilakukannya.

            “Wak Deris...” Arisya memanggil kuat. Tangan kanannya mengetuk pintu kayu yang sudah berkulat itu. Sesekali dia menepis beberapa ekor nyamuk yang cuba menghisap darahnya.

            Lelaki tua berpakaian serba hitam dengan rantai panjang tergantung di leher membuka pintu. Arisya bagaikan terpaku tatkala melihat ruang dinding rumah papan yang dipenuhi perhiasan pelik serta menggerunkan. Sekejapan dia terlupa tentang dendam membara yang membawa dia hingga ke rumah Wak Deris pada waktu ini. Kakinya sudah mula mahu melangkah semula ke kereta dan memandu pulang ke Kuala Lumpur.

            “Masuklah, nak. Jangan risau. Wak boleh bantu kamu,” Wak Deris sudah duduk bersila di atas lantai beralaskan tikar getah. Sebuah senyuman terukir di wajah itu. Perlahan-lahan Arisya menurut kata Wak Deris. Dia masuk juga ke rumah papan itu dan duduk bersimpuh di hadapan Wak Deris.

            “Ada dibawa gambar perempuan tu?” Wak Deris melurut misainya. Perempuan muda seperti Arisya ini sudah terlalu kerap datang bertemu dengannya. Kliennya memang terdiri daripada pelbagai golongan. Namun rata-ratanya mempunyai masalah yang sama sahaja. Dengan ilmu di dadanya, dia sudah dapat membaca masalah yang bermain di fikiran Arisya.

            “Ada Wak. Ni dia. Namanya ada saya tulis belakang gambar tu,” sekeping gambar berukuran 4R sudah bertukar tangan. Gambar yang dimuat turun dari laman sosial Facebook itu baru saja dicetak petang tadi. Cukup mudah! Sememangnya Internet banyak membantu kehidupan manusia dalam pelbagai aspek.

            “Hmm, kamu nak Wak buat apa pada dia?” Wak Deris memerhatikan gambar gadis yang sedang tersenyum manis itu. Pandangannya beralih pula ke arah wajah Arisya yang sarat dengan dendam membara. Sesungguhnya syaitan telah berjaya menyemarakkan api cemburu serta dengki di dada gadis ini. “Kamu nak Wak bunuh dia?” Wak Deris bersuara lagi setelah melihatkan Arisya sekadar berdiam diri. Sengaja dicucuk lagi hati gadis itu dengan duri-duri kebencian. Bukan apa, lagi besar tugasan yang diberikan oleh Arisya, bermakna lebih besar habuan yang bakal diterimanya nanti!

            “Eh, jangan Wak! Saya cuma nak Wak kacau rumah tangga dorang. Hm, saya nak Wak....,” Arisya membisikkan hajat yang tersemat di hatinya. Sengaja dia mahu menyeksa Amani dan Zafran begitu. Kalau dulu kerap sangat Zafran menolak dirinya seolah-olah dia tidak berharga, namun kini dia akan memastikan Zafran melutut kepadanya. Untuk tujuan yang satu itu!

            Wak Deris tertawa kuat. Terlalu mudah tugasan yang diberikan oleh Arisya. Sudah terlalu banyak pasangan suami isteri yang hidup berantakan kerananya. Permintaan Arisya memang mudah untuk dilaksanakan. Malahan tak challenging langsung pada dirinya!

            “Boleh ke Wak?” Arisya mencelah setelah dilihatnya Wak Deris tertawa panjang. Sampai naik seram dibuatnya mendengarkan tawa yang keluar dari bibir lelaki tua itu.

            “Boleh! Mudah sangat tugasan yang kamu bagi ni. Yang penting duit pengerasnya,” Wak Deris mengangguk-angguk sambil melurut janggut putihnya. Senyumannya semakin melebar setelah sampul putih dihulurkan oleh Arisya. Wak Deris mengeluarkan not lima puluh ringgit yang agak tebal itu. Setelah dikira, dia tertawa lagi. Lebih banyak dari jangkaannya!

            “Jangan risau. Malam ni jugak Wak akan mulakan,”

            Arisya tersenyum gembira. Puas hatinya dapat menyeksa Amani dan Zafran. Benci dan dendamnya kepada mereka bukan sedikit. Tidak lama lagi bolehlah dia memulakan langkah yang seterusnya. Arisya bingkas bangun dan menuju ke pintu. Tidak betah berlama-lama di rumah usang itu. Berdua-duaan pula dengan Wak Deris yang lain macam orangnya.

            “Terima kasih Wak Deris!” Arisya sudah menyarung sandal di kakinya.

            “Sama-sama. Kalau kamu nak pasang susuk, boleh Wak tolongkan. Lagipun wajah kamu dah hilang seri tu. Susuk penambah rezeki pun ada,” Wak Deris tertawa lagi. Ingin dipancing hati perempuan itu agar selalu melabur wang kepadanya.

            Arisya mengerutkan wajahnya. Sudah hilang seri? Kali ini Arisya pula yang tertawa kuat. Gila! Aku masih cantiklah! Pedal minyak ditekan kuat. Berderum enjin keretanya meninggalkan rumah Wak Deris.

            Arisya mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg Chanel yang diletakkan di kerusi penumpang. Nombor Zafran didail untuk kesekian kalinya. Seperti kebiasaan, panggilannya tidak pernah berjawab lagi. Arisya menaip pula pesanan ringkas.

            ‘I MISS YOU’

            Senyuman jahat terukir di wajahnya di kala ini. Tak apa Zafran! Mungkin malam ni kau boleh berlagak sombong lagi dengan aku. Tapi malam akan datang aku pasti kau akan tunduk pada aku! Sebatang rokok Dunhil dinyalakan sebagai peneman sepanjang perjalanan yang jauh.

            *                      *                      *                      *                      *                      *

            ZAFRAN mendekatkan tangan Amani dan dicium lama. Wajah Amani yang tertidur kepenatan diamati sebentar sebelum kembali meneruskan pemanduan. Senyuman bahagia terukir di wajahnya. Sudah dua minggu bergelar suami, senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Rasa bahagia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Berakar umbi di hati hingga terzahir di wajahnya sepanjang masa.

            “Eh, sampai mana dah ni bang?” Amani menggosok matanya. Badannya direnggangkan perlahan untuk mengurangkan rasa lenguh di pinggang. Sudah hampir empat jam mereka berada di dalam kereta.

            “Dah sampai Jambatan Pulau Pinang dah sayang. Lamanya tidur. Ingatkan dia nak temankan kita. Alih-alih sedap je dia berdengkur!”

            “Hah? Betul ke sayang dengkur? Sorry bang! Sayang memang selalu tertidur. Naik bas pun sayang tidur jugak!” Amani melentokkan kepalanya di bahu Zafran. Betul ke aku berdengkur? Eiii, malunya!

            “Tak apa. Abang bagi chance sayang rehat puas-puas dulu tadi. Malam nanti ada tugasan berat yang menanti,” Zafran menyeringai. Dia sudah melakukan pengiraan. Rasa-rasanya Amani sudah pun bersih dari hadas besar. Sengaja diperam keinginan yang satu itu hingga ke percutian mereka ini. Hendak menunggu honeymoon sebenar hujung tahun nanti terlalu lama pula dirasakan. Jadual kerjanya terlalu padat untuk mengizinkan dia bercuti lama-lama. Jadinya dia membawa Amani ke Pulau Mutiara dahulu untuk pra-bulan madu.

            Amani menelan liur. Entah mengapa setiap kali Zafran mengusik tentang perkara yang satu itu, badannya jadi resah tidak menentu. Cemasnya bukan main! Di bilik dingin pun dia boleh berpeluh sakan. Memang kesemua anak dara akan merasai perkara yang sama macam aku rasa ni ke?

            “Kita pergi jalan-jalan tepi pantai ye? Boleh tengok sunset,” Zafran mengusap pipi Amani yang masih terlentok di bahu kirinya. “Eii! Apa basah ni? Air liur basi sayang ye?” Zafran mengesat tangannya pada seluar.

            “Hah? Mana???” Amani spontan mengelap bibirnya beberapa kali. Sejak bila pulak aku berdengkur dan tidur comot macam ni? Memang tak ayu!!!

            Zafran tertawa melihatkan aksi Amani. Suka benar dia mengusik isterinya yang clumsy itu. Ada-ada saja idea bernas yang datang. Memang hiburan sepanjang zaman!

            “Abang! Suka sangat mengusik tau!” Amani mencubit lengan Zafran. Baru dua minggu bergelar isteri, namun pelbagai karenah Zafran yang terpaksa dihadapinya. Nasiblah hensem, memang cair hati dibuatnya!

            Zafran tersenyum lagi. Sumpah hatinya memang terlalu bahagia saat ini. Buat pertama kalinya dia merasakan hidupnya sudah lengkap. Tidurnya lena setiap malam dan bangun pagi pula terasa ceria semacam. Sesungguhnya pernikahan mereka merupakan ketentuan terindah yang ditetapkan oleh Allah.

            Setelah mendaftar masuk dan menyimpan barang di bilik hotel, Amani dan Zafran terus bersiar-siar di tepi pantai. Pantai persendirian milik hotel itu dijaga dengan bersih dan baik. Sengaja Amani berjalan di gigi air. Membiarkan kaki serta hujung seluar pallazonya dibasahi ombak kecil. Seingatnya kali terakhir mereka ke pantai adalah ketika arwah abah masih hidup. Sudah terlalu lama sehingga dia hampir terlupa bagaimana rasanya pasir basah yang sedang dipijaknya tatkala itu.

            “Sayang, dah nak sunset tu. Mari duduk sini,” Zafran menarik tangan Amani supaya duduk di sebelahnya. Jemari yang masih berinai itu dicium lagi. Amani melentok manja di bahu Zafran.

            “Sayang, abang sayang dan cintakan sayang sepenuh hati abang!” Zafran meluah rasa. Sudah setiap hari Amani mendengar bait-bait kata yang sama. Tidak bosankah suami aku ni cakap benda yang sama ye?

            “Sayang pun macam tu. InsyaAllah, sampai akhir hayat sayang, hanya singa jantan ni sorang yang bertahta di hati!” Amani membalas genggaman tangan Zafran yang erat. Zafranlah lelaki pertama yang dicintainya. Moga Allah menetapkan Zafran jua lelaki terakhir yang bersemadi di hatinya.

            “Abang, sayang nak tanya sikit boleh?”

            “Hmm,”

            “Sejak bila abang suka kat sayang? Seingat sayang setiap kali pun abang nak marah sayang je. Pandangan mata abang tu penuh dengan kebencian je,” Amani meluah rasa. Persoalan yang sudah terlalu lama dipendam akhirnya terluah jua.

            “Hm, susah betullah soalan sayang ni! Hmmm... Bila ye? Abang pun tak pasti sayang. Tiba-tiba je kan, satu tahap tu, abang rasa rindukan sayang. Tercari-cari kelibat sayang. Terbayang dan termimpi-mimpikan Cik Amani Ahmad! Jampi ape tah yang sayang bagi kat abang! Tapi abang tak reti dan malu nak beritahu kat sayang. Yelah, abang ni kan pemalu orangnya,”  Zafran tersengih apabila disiku Amani. Tak betul ke yang aku ni pemalu?

            “Arisya?”

            “Kenapa dengan Arisya?”

            “Eiii... Abang ni. Buat-buat tak tahu pulak! Satu Malaysia tahu yang abang bercinta dengan dia kan?”

            “Sumpah abang tak pernah bercinta dengan dia. Biasalah, waktu tu abang sunyi. Abang suka rapat dengan perempuan jenis macam tu. Tapi tak pernah pun abang bercinta dengan dia. Dia pun ramai kawan lelaki lain. Bila abang dah sukakan sayang, memang abang terus putuskan hubungan dengan dia. Kenapa? Sayang abang ni cemburu ke?”

            “Mestilah! Dia tu kan cantik! Rendah diri sayang dibuatnya...,”

            “Bukan sayang memang rendah ke?” Zafran mengelak apabila sepit ketam Amani mencari secubit daging lengannya. “Gurau jelah sayang! Tinggi mana pun si Arisya tu, tinggi lagi kasih abang pada sayang. Abang dah belajar daripada kesilapan. Bukan kecantikan wajah yang abang cari... Tapi kecantikan hati. Dan pencarian abang dah berakhir pada sayang. Lagi abang beruntung dapat sayang. Wajah dan hati sama-sama cantik! Percayalah. Pasal Arisya tu dah boleh tutup buku,”

Amani mencari sepasang anak mata Zafran. Ingin dinilai ketulusan hati suaminya itu. Kali ini bukan api kebencian yang dilihat di balik mata itu. Sebaliknya tersirna cahaya cinta penuh keikhlasan. Ya Allah, teguhkanlah cinta suamiku hanya untuk aku seorang!

            Zafran mengambil sebatang ranting. Spontan tangannya melakar lukisan di atas pasir basah itu. Amani tertawa tatkala melihat lukisan orang lidi berpegangan tangan yang dikelilingi lima budak kecil. Amboi, banyaknya anak yang dia nak!

            “Cinta abang hanya untuk sayang dan anak-anak kita. InsyaAllah tidak berbelah bahagi lagi. Walau apa pun terjadi, sayanglah satu-satunya wanita yang abang cintai,” seiring dengan matahari yang terbenam, Zafran mengucap ungkapan janji. Zafran mencium dahi Amani tatkala mentari hilang di balik awan. Meninggalkan permandangan indah di kaki langit yang berwarna kemerahan. Keindahan sementara sebelum malam berganti tiba.

            “Abang! Apa tu? Cantiknya bot tu!” Amani menunding ke arah bot kecil yang berhias lampu berwarna-warni. Dah macam bot berhias!

            “Itulah restoran kita. Kita makan malam kat situ ye,” Zafran membantu Amani berdiri. Ditariknya tangan Amani supaya menghampiri bot yang sudah mendekati pantai.

Amani terpegun apabila menjejakkan kaki ke atas bot berhias itu. Sebuah meja kecil diterangi cahaya lilin diletakkan di tengah-tengah bot. Makanan serta minuman juga sudah siap dihidangkan. Sebaik bot itu kembali bergerak perlahan, muzik berkumandang melatari perjalanan mereka.

“Abang tempah semua ni?”

“Ye, abang harap sayang suka. Abang tak pandai nak buat kejutan romantik macam orang lain,” dalam cahaya samar pandangan mata Zafran menikam anak mata Amani.

“Ini pun dah cukup sempurna untuk sayang. Selagi abang ada, semua benda jadi sempurna...,” Amani menahan sebak. Sesungguhnya dia tidak menyangka Zafran sanggup bersusah payah mengaturkan makan malam yang cukup istimewa untuk mereka.

Okay sayang. Cepat makan. Lepas ni kita kena balik hotel, ada projek besar!” Zafran terus menadah tangan untuk membacakan doa makan. Sempat pula dia mengenyitkan mata kepada Amani.



             KAKI AMANI terpaku di lantai. Selepas mereka solat berjemaah tadi, Zafran meminta dia mengambil barang di kereta. Dia meninggalkan bilik dalam keadaan normal. Namun kini dia terpesona dengan rias bilik yang sudah berubah. Lampu suram dengan katil yang dipenuhi kelopak mawar segar mewujudkan suasana yang cukup romantis. Persis dalam novel! Zafran berdiri di hujung katil dengan senyuman yang cukup menawan. Cukup menggoda!

            Zafran menepuk-nepuk tilam di sebelahnya sambil memberi isyarat mengajak Amani duduk di situ. Dengan hati yang berbelah bahagi, Amani turutkan jua permintaan Zafran. Debaran di dadanya kembali menggila. Sudah seharian mereka melakukan pelbagai aktiviti, ditambah pula dengan pemanduan yang agak lama, dia sangat berharap agar Zafran akan tertidur keletihan.

            Namun Zafran dilihatnya masih bertenaga.  Sempat pula suaminya itu mengukir senyuman nakal penuh makna. Zafran memeluk bahu Amani lalu disandarkan ke tubuhnya. Walaupun dia kelihatan tenang, namun hakikatnya tidak begitu. Sama seperti Amani, dadanya juga sudah berdebar.

            Zafran mengucup tangan Amani dengan penuh kasih. Dia faham bukan mudah untuk Amani melalui semua ini. Segala-galanya terlalu pantas. Dari majikan yang berjiwa kejam, kini dia sudah pun bergelar suami kepada Amani. Dia ingin menjalankan tanggung jawabnya. Menyempurnakan nafkah zahir dan batin. Melunaskan hak Amani. Yang zahir memang sudah terbukti kemampuannya. Cuma yang batin masih belum berkesempatan. He...He...He...

            “Sayang, izinkan abang tunaikan tanggung jawab abang malam ni?”

            Zafran menunggu jawapan dari Amani yang masih menunduk. Amani yang tebal dengan perasaan malu itu memang cukup difahaminya. Bukankah diam bererti setuju? Zafran membuat kesimpulan. Dengan lafaz bismillah, Zafran membukakan tudung yang masih tersarung di kepala Amani. Dagu Amani didongakkan supaya dia dapat melihat wajah cantik isterinya itu.

            “Ya Allah! Kenapa sayang menangis ni?” Zafran mengesat air mata yang berjuraian membasahi pipi Amani.

            Amani menahan sebak di dada. Dia benar-benar keliru. Perasaannya berkecamuk. Dia benar-benar belum bersedia untuk melaksanakan tugas yang satu itu. Dia menjadi tidak keruan. Segala-galanya serba tidak kena apabila dia dan Zafran ingin bersama.

            “Kenapa ni sayang? Cuba cakap dengan abang. Kita bincang elok-elok,” Zafran cuba memujuk. Sudah dua puluh empat tahun hidup sebagai anak dara, mungkinkah Amani masih belum bersedia untuk menyerahkan mahkotanya itu?

            “A...abang... Sayang minta maaf. Sayang pun tak tahu kenapa. Macam-macam benda pelik sayang rasa setiap kali kita nak... nak.. hm, bersama. Sayang pun tak faham kenapa...,” Amani menyembamkan wajahnya ke dada Zafran. Tangisannya dihamburkan kepada lelaki itu yang entahkan mengerti entahkan tidak.

            “Pelik? Pelik macam mana?” Zafran sudah berkerut dahi.

            “Macam-macamlah bang...”

            “Contohnya?”

            “Hm, bau busuk... Ada bau busuk,” Amani menjawab takut-takut. Bimbang mengguris hati Zafran.

            “Hah? Abang ada bau badan ke?” spontan Zafran cuba menghidu badannya. Hanya bau sabun mandian serta deodarant yang dapat dihidunya. Itu pun bau maskulin yang dipilih sendiri oleh Amani. Sememangnya dia sangat menjaga kebersihan dirinya. Tambahan lagi untuk malam ini. Dia sudah ekstra berhati-hati.

            Amani menggeleng-gelengkan kepalanya. Perkara beginilah yang sukar untuk dia terangkan. Bau Zafran cukup wangi di hidungnya. Cuma apabila mereka ingin bersama, pasti ada bau busuk yang dia terhidu. Entah dari mana, dia sendiri tidak pasti. Malahan dia sendiri turut berasa lain macam satu badan. Rasa hendak menangislah, hendak lari, hendak marah pun ada!

            “Abang rasa, sayang tak ready lagi kot. Tak apalah, jangan menangis lagi ya. Jom kita tidur,” Zafran merebahkan badan di atas kelopak mawar yang ditaburinya tadi. Rasa terkilannya cuba dibuang jauh-jauh. Mungkin benar isterinya belum bersedia, namun alasan bau busuk itu cukup tidak logik padanya. Cubalah bagi alasan yang lebih kukuh! Kalau tak suka, cakap ajelah.

            Amani menahan esak tangisnya apabila Zafran tidur dengan memalingkan badan. Kebiasaannya lengan Zafranlah menjadi bantal untuk dia mengalas kepala. Malah tidurnya lena apabila Zafran memeluknya hingga ke subuh. Empat belas malam yang sebelum ini, Zafran akan memastikan Amani menerima lima ciuman hangat darinya. Namun malam ini Zafran cukup berbeza. Marahkah lelaki itu apabila hajatnya ditolak?

            Perlahan-lahan Amani merebahkan badannya di sisi Zafran. Sisa tangisan dikesat dari pipinya. Dia tidak menyangka kemesraan yang dirasainya hilang dengan sekelip mata apabila kehendak yang satu itu tidak dipenuhi. Sukarkah Zafran memahami keadaannya? Adakah perkahwinan mereka dibina atas dasar memenuhi keperluan yang itu semata-mata?

            “Abang, sayang minta maaf ye. Percayalah, sayang tak berniat nak melukakan hati abang...,” Amani berbisik di telinga Zafran. Dicium lembut pipi suaminya itu sebelum dia kembali merebahkan diri.

            Zafran menyentuh pipinya yang basah dek kerana air mata Amani. Tiba-tiba dadanya diserbu rasa bersalah. Dengan pantas dia berpaling menghadap ke arah Amani. Dipeluknya tubuh kecil yang masih menahan esak tangis.

            “Abang minta maaf sayang. Abang tak patut paksa sayang. Abang minta maaf! Abang pun maafkan sayang,” Zafran mengucup dahi Amani. Mana mungkin dia enggan memaafkan Amani. Mana mungkin dia membiarkan Amani dikutuk oleh malaikat sepanjang malam hanya kerana dia tidak meredhai Amani.

            “Terima kasih abang. Abang bagi sayang masa ye,” Amani tersenyum dalam sedu. Lega apabila Zafran sudi memaafkan dirinya.

            “Sama-sama kasih. Lain kali abang sembur perfume banyak-banyak ye,” Zafran tersenyum tawar. Wajah Amani yang masih basah dengan tangisan itu ditatap penuh kasih. Sabarlah wahai hati. Sesungguhnya bukan ini satu-satunya tujuan aku menikahi Amani. Ya Allah, izinkan kami melayari bahtera perkahwinan dengan redhaMu!
Bersambung! =)

Thursday, August 2, 2012

Bab 23


Bab 23
            “SAH?”
            “Sah!” empat orang saksi yang duduk mengelilingi Zafran saling mengangguk sesama sendiri. Zafran meraup wajahnya. Ucapan syukur basah di bibirnya tidak henti-henti. Dijeling sekilas ke arah Amani yang sudah pun bergelar isterinya yang sah. Alahai, sedang mengelap air mata nampaknya dia. Sedih atau pun terharu tu?
            “Boleh kita teruskan dengan upacara sarung cincin?” Puan Sri Suriana, adik kepada Datin Nuraina bertanya.
            “Sekejap ya Mak Lang. Zaf nak buat sujud syukur dulu,” Zafran meloloskan diri ke mini surau yang terdapat di tingkat bawah rumahnya.  Sempat lagi dikerling wajah si isteri yang masih setia menanti di atas tilam putih berhias cantik. Kali ini Amani juga menjeling malu ke arahnya. Senyuman manis itu  membuatkan hatinya berdebar-debar. Bagaikan hilang pedoman dirasakan sebentar.
            “Alhamdulillah. Tahniah Amani! Semoga berkekalan ke akhir hayat,” Syuhada berbisik ke arah Amani. Disapu setitis air yang bertenggek di birai mata sahabatnya itu. Kursyiah juga menahan sebak di dada. Alangkah manisnya hari ini jika Ahmad berada bersama-sama mereka untuk mewalikan sendiri pernikahan Amani. Menyaksikan sendiri betapa indahnya majlis pernikahan yang berlangsung di rumah biras mereka.
            Sedikit pun dia tidak membantah apabila Dato’ Mustapha dan Datin Nuraina meminta kebenaran untuk mengadakan majlis pernikahan di rumah mereka di Kuala Lumpur. Selepas beribu wang ringgit yang keluarga birasnya laburkan untuk majlis pertunangan bulan lalu, memang dia berasa terhutang budi sangat-sangat kepada mereka.  Tambahan pula dua biji bas disediakan untuk orang kampungnya ke Kuala Lumpur. Melihatkan persiapan rapi yang dilakukan oleh keluarga birasnya, memang dia surrender. Mustahil dia mampu menyediakan majlis gilang-gemilang seperti ini untuk Amani di pondok buruk mereka.
            “Mak, mak okay ke?” Amani menyentuh pipi emaknya yang basah.
            “Eh, mak okay! Cuma sedih sikit. Teringatkan arwah abah kamu...”
            “Amani pun teringatkan arwah abah. Mak, Amani janji. Walaupun dah kahwin, Amani takkan lupakan tanggung jawab pada keluarga kita. Amani sayang mak sangat-sangat. Terima kasih besarkan Amani. Terima kasih sebab menjadi abah dan emak kepada kami adik-beradik...” Amani memeluk tubuh emaknya. Cuba dikawal rasa sedih yang menyesakkan dada.
            “Iyalah Amani. Mak tahu kamu anak yang bertanggung jawab. Zafran tu pun sama. Syukurlah kamu jumpa orang macam tu. Sudah, jangan menangis dah. Habis baju lis mak ni nanti,”
            “Lace lah mak!” Amani menyeka air matanya. Wajahnya kembali tersenyum. Hari ini merupakan hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya. Sungguh dia masih tidak percaya telah bergelar isteri kepada diktator yang sering sahaja membuatkan dia berasa terhina dan bersedih. Entah sejak bila lelaki itu mula menyimpan rasa kepadanya? Akan disoal selidik Zafran cukup-cukup nanti!
            “Ha, pengantin lelaki dah datang dah!” Mak Ngah Temah bersuara dari belakang. Bunyi macam berbisik, tapi volumenya kuat sampai ke luar rumah boleh didengar. Amani membetulkan duduk serta veilnya. Hatinya kembali berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan bersentuhan dengan Zafran untuk pertama kalinya. Nak dapat kiss lah kejap lagi ni kan?
            Zafran duduk di hadapan Amani. Dagu runcing Amani disentuh lembut. Wajah Amani yang menunduk diangkat sedikit supaya memandang ke arahnya. MasyaAllah! Jelmaan puteri bunian ke apa dia ni? Cantiknya ciptaan Allah... Saat itu dia merasakan bumi terhenti berputar dari paksinya. Ratusan tetamu yang mengerumuni mereka bagaikan lenyap dengan tiba-tiba. Hanya mereka berdua berada di situ. Zafran terbuai dalam alunan perasaan yang cukup indah...
 “Oh meletup cium-cium! Ha, cepat cium! Eh?” latahan Mak Ngah Temah yang tersadung di anak tangga disambut dengan gelak tawa tetamu. Zafran kembali ke alam nyata. Ish, mak cik ni lagi...
Zafran mencapai seutas rantai tangan bertatah berlian yang ditempah khas untuk Amani. Dipakaikan di pergelangan tangan Amani dengan berhati-hati. Kemudian Amani pula menyarungkan sebentuk cincin platinum kepada jari manis Zafran. Tanda mereka berdua sudah saling memilikki.
“Salam suami nak,” Kursyiah berbisik sedikit kepada Amani apabila dilihat anaknya kelihatan kaget. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Amani menghulurkan tangannya yang sejuk bedi kepada Zafran. Diraih tangan Zafran, lalu dibawa ke hidung dan bibir untuk dicium. Debaran di dada sukar digambar. Tangan lelaki kedua yang diciumnya selepas tangan tua arwah abah. Bagai tak jejak bumi dirasakan seketika.
Zafran merasakan damai di hati tatkala Amani mencium tangannya. Tanpa disuruh, Zafran mendekatkan bibirnya ke dahi Amani. Riuh-rendah usikan tetamu sedikit pun tidak menganggu konsentransi Zafran tatkala itu. Dengan lafaz bismillah dia mencium dahi isterinya. Lama.
‘Abang sayang sayang...’ sebaris ayat itu bergema di ruang hati hati Zafran.
Hold ya. One...two...Ok! Nice shot!” Zafran dan Amani bermandikan cahaya flash. Entah berapa kali mereka diminta mengulang pose bersalam dan pose Zafran mencium dahi Amani. Amani berasa kebas seluruh anggota badannya apabila ciuman hangat Zafran menyentuh tangan, dahi dan kedua belah pipinya. Selamba sahaja Zafran mengikut rentak permintaan jurugambar sedangkan pipinya sudah merah menahan malu. Tambahan lagi ratusan pasang mata menjadi saksi kepada setiap aksi mereka.
Setelah sesi bergambar bersama keluarga dan tetamu selesai, Amani dan Zafran diminta menukar persalinan kedua. Walaupun tiada majlis bersanding, namun Datin Nuraina beriya-iya menyediakan dua set pakaian pengantin untuk anak dan menantu kesayangannya itu.
Amani sudah siap menyarung dress keemasan yang ditaburi jahitan batu swarovski sewaktu Zafran masuk untuk menyalin pakaian. Nurin, jurumekap yang membantu Amani lekas-lekas menyematkan keronsang terakhir di selendang Amani sebelum meninggalkan mereka berdua.
“Alah, melepaslah pulak...” Zafran mengeluh sambil menghampiri Amani.
“Apa yang melepas?” Amani mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang dimaksudkan suaminya itu. Tambahan lagi ditinggalkan berdua dalam bilik besar ini menyebabkan kesemua bulu romanya tegak berdiri. Seram!
“Melepas nak tolong sayang salin baju!” ujar Zafran selamba. Ditariknya kedua tangan Amani rapat ke bibir lalu dicium penuh kasih. Amani terpinga-pinga dengan tindakan romantis Zafran. Tidak tahu reaksi apa yang perlu diberi. Penyudahnya dia menunduk sahaja.
“Kenapa diam je? Sayang tak seronok ke kita dah kawin?” Zafran merendahkan badannya untuk menyaingi ketinggian Amani. Diintai wajah Amani yang sudah merah itu. Oh, malu rupanya...
“Seronok,” Amani menjawab sepatah. Dikerling sekilas mata Zafran yang masih memanah ke arahnya. Ish ish ish... Suami aku ni, tak paham ke yang aku ni pemalu orangnya.
“Dah kawin mana boleh malu-malu lagi sayang. Dah sah... dah halal pun,” Zafran menarik tubuh Amani lebih rapat ke arahnya lalu dipeluk dengan selamba. Wangian yang dipakai Amani menusuk ke hidung Zafran. Diusap perlahan kepala Amani yang sudah dibalut selendang itu. Macam mana rupa rambut isteri aku ni ya?
Gulp! Amani menelan liur. Kedua tangannya lurus di sisi badan. Kaku tidak bergerak. Nafasnya juga putus-putus. Berdebar betul dirasakan.
“Tak siap la...” Datin Nuraina terkaku di muka pintu. Terasa sudah salah timing pula apabila menangkap adegan mesra anak dan menantunya. Itulah, siapa suruh tak kunci pintu!
“Menantu Umi ni dah siap. Zaf belum lagi,” Zafran melepaskan rangkulannya pada tubuh Amani dengan selamba. Sedikit pun dia tidak berasa malu pada Uminya.
“Ha, yelah. Cepat sikit. Uncle Arsyad dengan Aunty Laila nak jumpa kamu,” Datin Nuraina menutup kembali pintu. Tidak mahu diganggu privasi pengantin baru itu. Dia menuruni tangga dengan senyuman sampai ke telinga. Nampak gayanya cepatlah dia menimang cucu!
“Tulah awak! Dah kantoi dengan Umi. Mesti Umi fikir bukan-bukan,” Amani memuncung sedikit. Ya Allah, malunya pada Umi! Umi, bukan saya yang tak sabar. Tapi anak Umi ni yang gelojoh!
“Alah, Umi memang tahu pun yang anak dia ni gatal,” Zafran ketawa besar. Songkok hitamnya ditanggalkan dan diletakkan di atas kepala Amani. Amani tidak jadi hendak marah melihatkan gelagat Zafran. Spontan tangannya membantu Zafran membuka butang baju Melayu satu persatu sehingga selesai.
“Awak, saya turun dulu lah ye. Melissa nak ambil gambar sama-sama tadi,” Amani mencipta alasan. Lebih lama berdua-duaan di sini bimbang pula semakin sukar mengawal tingkah laku Zafran.
“Sayang... Lepas kawin ni tak nak panggil saya-awak lagi. Biasakan panggil abang-sayang. Barulah mesra!” Zafran mencuit hidung Amani. Memang sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyentuh hidung itu. Apabila sudah sah, bolehlah dia berbuat sesuka hati.
“Hmm. Baik awak...eh, abang! Sayang turun dulu ya,” Amani mengelak apabila Zafran cuba menarik hidungnya sekali lagi. Lekas-lekas dia menuju ke pintu.
“Sayang...”
“Ye aw...abang?” Amani yang sudah sampai di muka pintu menoleh kembali ke arah suaminya. Lidahnya masih keras untuk memanggil ‘abang’.
“Tolong bukakan butang je ke? Baju dengan seluar ni tak nak tolong bukakan sekali?”
“Abang!” Amani terjerit kecil. Cepat sahaja dia menutup kembali pintu kamar pengantin mereka, meninggalkan Zafran yang masih bersisa dengan ketawa.
‘Oh lari ye.Tak ape sayang... Abang nak tengok sayang nak lari mana malam nanti,’

AMANI menghampiri tetamu yang hadir. Selain dari saudara mara, penduduk Kampung Kepayang, serta rakan kenalan, ibu dan bapa mertuanya turut menjemput kesemua staf di Megah Holdings untuk meraikan pengantin. Amani melayan bergambar bersama rakan sepejabat sambil berkenalan dengan ahli keluarga barunya. Walaupun berasa canggung, namun mujurlah kebanyakan saudara Zafran ramah dan mesra dengannya. Namun ada juga seorang dua yang menjeling tidak senang.
“Amani?”
Amani berpaling ke arah empunya suara yang menegurnya. Wajah Fahim yang sedikit sugul itu mengusik rasa di hatinya. Semenjak Zafran mengumumkan tarikh pernikahan mereka, Fahim sentiasa mengelak dari bertegur dengannya. Ada lukakah di hati lelaki itu?
“Fahim! Awak dah makan? Datang dengan siapa?” Amani cuba meramahkan suasana. Ingin dikikis buang jurang antara mereka.
“Dah lama dah sampai. Sempatlah tengok sendiri majlis pernikahan tadi...,” lirih saja suara Fahim ketika itu. Amani menjadi serba salah. Bagaimana hendak dirawat hati sahabatnya ini?
“Ha, Fahim! Thanks for attending our wedding! Ingatkan tak datang! Jangan segan-segan ya. Jemput makan. Nasi arab pun ada bawah khemah sana,” Zafran menghimpit di sebelah Amani dengan tiba-tiba. Tangannya laju sahaja merangkul pinggang si isteri. Umpama menghantar isyarat kemenangan kepada Fahim.
“Oh. Memang meriah majlis ni boss. Tapi saya nak balik dah ni. Sebelum balik ni... Hm, kalau boleh saya nak ambil gambar dengan Amani,” Fahim tayang wajah mengharap.
Yeah, sure boleh! Bagi kamera awak tu pada Razlan. Ok, marilah sini,” Zafran menggamit Fahim agar berdiri di sebelah kirinya. Amani pula berdiri di sebelah kanannya. Heh, jangan haraplah dapat ambil gambar berdua dengan bini aku!
Klik! Klik!
Okay Fahim. Terima kasih kerana datang. Kami nak jumpa tetamu lain pula ye. Jumpa di office isnin nanti!” Zafran menarik tangan Amani supaya berjalan di sisinya. Terasa kejam juga apabila melihat wajah kecewa Fahim sebentar tadi. Namun rasa cemburunya sukar dikawal. Maaf ya Fahim! Best man wins!
“Sayang cakap apa tadi dengan Fahim? Sebelum abang sampai tu?” Zafran berbisik di telinga Amani.
“Sayang tanya dia dah makan ke belum, dah lama ke sampai... Tu aje. Kenapa bang?” Amani menjeling sedikit ke arah Fahim yang dilihatnya sudah keluar dari pagar rumah. Maafkan aku Fahim. Sesungguhnya tiada jodoh antara kita.
“Jangan layan dia lebih-lebih tau. Ingat abang tak tahu yang dia pernah ada hati dengan sayang dulu?” Zafran mengecilkan matanya. Wajah serius ditayang kepada Amani.
“Abang cemburu?” terangkat sedikit kening Amani.
“Mestilah! Takkan tu pun nak tanya!”
“Ohhh... Pandai pulak singa jantan ni nak cemburu kan? Ingat pandai nak marah jeee,” Amani menarik hidung Zafran sebelum berlalu pergi. Senyuman nakal terukir di wajahnya melihatkan Zafran yang terkulat-kulat.
‘Singa ye? Eiii... Tunggulah nanti Amaniku sayang!Hai bulan, cepatlah datang!’ Zafran mengusap hidungnya yang sedikit pedih akibat ditarik oleh Amani.

AMANI terkocoh-kocoh membuka pintu bilik air yang diketuk bagai hendak roboh itu. Seharian melayan tetamu membuatkan badannya berpeluh dan melekit. Dia perlu mandi untuk menyegarkan badannya. Wajah Zafran yang melopong tersenggul di muka pintu. Dah kenapa pulak ni?
“Abang?”
Mata Zafran masih tidak berkelip dari memandang tubuh Amani yang berbalut tuala dari paras dada hingga ke peha. Bukan dia tidak pernah melihat Arisya dan perempuan lain berpakaian begitu. Namun melihat sesuatu yang cukup terpelihara sebelum ini merupakan suatu nikmat yang sukar digambar. Hanya untuk tatapan yang berhak. Hanya untuk matanya seorang. Subhanallah, inilah nikmat seorang suami yang memperisterikan wanita yang menutup aurat!
“Abang!” Amani menguatkan suaranya untuk menarik perhatian Zafran.
“Hmm... Seksinya sayang abang...”
“Arghhh! Abang!” Amani terjerit. Lekas-lekas dia menyorokkan kembali badannya di belakang pintu. Ditutup dan dikuncinya semula pintu itu. Ya Allah! Dia benar-benar tidak sedar sudah menayangkan tubuhnya kepada Zafran. Memanglah tidak berdosa. Namun dia benar-benar malu! Belum bersedia!
“Sayang! Bukaklah pintu ni. Abang pun nak mandi jugak!” Zafran masih setia mengetuk pintu bilik air. Seketika kemudian Amani membuka semula pintu dengan keadaan lengkap berpakaian. Mujurlah dia sudah bersiap sedia dengan membawa baju baru sebelum masuk mandi tadi.
“Alah sayang ni. Jom mandi lagi sekali?” Zafran memancing dengan senyuman nakal di bibir. Matanya tidak lepas dari memerhatikan rambut Amani yang basah. Panjangnya rambut isteri aku ni. Lurus dan cantik pulak tu! Boleh buat iklan syampu!
Amani menggeleng laju-laju. Dengan pantas diambilnya sehelai tuala baru dan diberikan kepada Zafran.
“Cepatlah mandi bang. Busuk!” Amani menolak tubuh Zafran ke dalam bilik air. Zafran menurut jua dengan senyuman tak lekang di bibir. Tak mengapalah sayang. Sayang malu lagilah tu...
Sebaik Zafran menutup pintu bilik air, Amani menyelongkar beg pakaiannya. Asalnya dia ingin mencari sikat, namun dia terjumpa pula beg kertas berwarna ungu. Perasaan ingin tahu membuatkan Amani terus membuka untuk melihat isi di dalamnya.
Amani mengeluarkan sehelai baju tidur berwarna merah dengan perincian lace jarang dibahagian dada. Hah? Takkan Zafran yang membelikan pakaian tidur yang seksi ni? Sumpah dia tak sanggup nak memakainya! Well, sekurang-kurangnya bukan untuk malam ini. Bila perasaan malu sudah menipis nanti, bolehlah disarung untuk memikat hati suami. Bukankah besar pahalanya?
“Amboi! Sayang beli baju tu untuk pakai depan abang ke?” Zafran duduk di birai katil. Kali ini Amani pula yang melopong tatkala melihat Zafran yang tidak berbaju, sekadar bertuala hingga ke lutut. Goyang sebentar imannya tatkala itu! Bila masa lelaki itu keluar dari bilik air pun tidak disedarinya.
“Tutup mulut tu sayang,” Zafran menyentuh dagu Amani. Spontan satu ciuman hinggap di bibir isterinya. Amani menutup mulutnya dengan tangan! Abang!
“Abang sayang sayang sangat-sangat tau. Tak sangka sayang dah jadi isteri abang pun! Abang betul-betul bersyukur. Untuk pengetahuan sayang, sayang dah cukup cantik, cukup sempurna dan cukup seksi di mata abang. Kalau tak pakai baju macam tu pun abang tetap tergoda!” Zafran berbisik lembut di telinga Amani. Tangannya sudah merangkul kemas tubuh Amani.
“Tapi bang...”
“Eh, tapi kalau sayang nak pakai malam nanti pun boleh jugak! Alang-alang sayang dah beli tu kan....” Zafran memotong ayat Amani. Bimbang pula Amani berkecil hati jika usahanya tidak dihargai.
‘Eh, bukan abang yang beli? Hmm, ni mesti kerja Syuhada!’ tiba-tiba Amani teringat beberapa hari yang lepas perempuan yang seorang itu ada bertanyakan warna kegemarannya. Cis! Jaga kau Syu!
“Oh ye! Ni sayang tertinggal sotong kering dalam bilik air,” Zafran selamba menghulurkan sepasang pakaian dalam berwarna merah yang dibiarkan tergantung di belakang pintu bilik air. Sotong kering katenye? Amani terlihat senyuman nakal di wajah suaminya itu. Ei, boleh tahan gatal jugak suami aku ni!
“Sayang, mari duduk sini,” Zafran menepuk-nepuk katil. Dengan langkah yang perlahan Amani turutkan jua permintaan Zafran. Apa dia nak ni ya? Amani menahan debaran.
“Bila nak bayar hutang?”
“Hutang?” Amani berkerut dahi. Hari tu kata ikhlas nak tolong. Ni dah mengungkit pula!
“Iya, lupa pulak dia! Sebab sayang terlupa, tambahan penalti sepuluh lagi ciuman!”
Amani sudah serba-salah. Alamak! Hutang yang itu rupanya. Tak sangka kuat lagi ingatan Zafran. Dia sendiri sudah terlupa pada permintaan Zafran sebulan yang lalu.
“S...sa...yang tak pandailah bang,” suara Amani sudah vibrate.
“Bukan susah pun! Macam ni, sayang muncungkan bibir macam Donald Duck dulu. Lepas tu...” Chup! Satu kucupan singgah di pipi Amani. “Ha, senang kan? Sekarang giliran sayang pulak. Sini satu...” jari telunjuk Zafran diletakkan di pipi kanannya. Mahu tak mahu Amani turutkan juga permintaan Zafran. Beralih pula jari Zafran ke arah tempat-tempat yang lain. Pipi kiri, dahi, hidung, dagu, dan kedua-dua belah mata Zafran semuanya mendapat sentuhan bibir Amani.
“Ok, yang ini lama sikit pun tak ape!” Zafran memuncungkan bibirnya. Ciuman yang kesepuluh berakhir di situ. Amani rasa sesak nafas. Malunya bukan main. Baru hari pertama sudah diorientasi sebegini dasyat oleh Zafran.
Okay, cukup untuk hari ni. Lain kali abang akan mintak baki yang lain,” Zafran tersengih puas hati. Terdengar keluhan kelegaan di bibir isterinya itu.
“Sayang... jom...” Zafran tersenyum menggoda. Matanya dikenyitkan kepada Amani.
“Hah? Abang... Kan siang lagi ni!” jantung Amani kembali berdegup kencang. Gelojoh benar suaminya ini. Takkan dah tak sabar? Orang lain bermalam pertama. Mereka nanti bersiang pertama pula!
“Abang ajak solat berjemaah lah sayang! Sayang fikir apa tu? Oh, gatal jugak isteri abang ni yaaa...” Yesss!!! Suka sangat setiap kali berjaya mengusik isterinya yang pemalu itu. Zafran ketawa besar. Sampai terbatuk-batuk dia ketawa.
“Hmm, abang... Sayang tak boleh solatlah, bang. Cuti...” perlahan sahaja suara Amani kedengaran.
            Zafran terdiam. Mati terus ketawa besarnya. Gulp! Telan liur ajelah nampaknya rezeki malam ni.

Bersambung! :)