Orang Cantik dan Orang Hensem

Wednesday, June 6, 2012

Bab 14

    ARISYA bangun perlahan-lahan dari katil bersaiz king itu. Tangannya mencapai baju yang bertaburan di atas lantai. Wajah berkedut Dato' Mazlan dijeling sepintas. Orang tua itu masih lena diulit mimpi selepas puas mendapat layanannya semalam. Sesekali dengkuran Dato' Mazlan memecah keheningan subuh itu.

    Arisya mencebikkan bibir. Geli. Kalau bukan kerana poket orang tua itu yang berkepuk, jangan harap dia membenarkan tangan berkedut lelaki itu menyentuh tubuhnya walau seinci. Wajah Datin Rasyidah serta anak-anak Dato' Mazlan terbayang di ruang fikiran Arisya.

    'Kasihan,' hanya itu yang mampu diucapkannya. Arisya melangkah keluar ke balkoni. Kedinginan angin pagi menggigit tubuh langsingnya yang hanya ditutupi bathrobe sutera. Tangannya menyalakan sebatang rokok Dunhil. Rokok itu disedut lama-lama sebelum asapnya dihembus ke udara. Arisya terasa puas melihatkan kepulan-kepulan asap itu. Pemandangan indah ciptaan Allah sedikit pun tidak memberi ketenangan kepada Arisya.

    Marahnya kepada Zafran masih bersisa semenjak kejadian petang semalam. Setelah dua minggu usahanya memujuk Zafran melalui panggilan telefon serta SMS menemui jalan buntu, Arisya nekad memunculkan diri di pejabat Megah Holdings. Sekotak coklat mahal dibawa sebagai umpan untuk memancing hati lelaki itu. Skrip panjang berjela sudah dihafal untuk memastikan hati Zafran dapat ditakluki semula.

    Namun segala yang dirancang hancur di tengah jalan. Belum pun sempat dia membuka mulut, Zafran sudah menghalau dia keluar dari situ. Dia tidak akan sekali-kali melupakan ayat-ayat berunsur caci maki yang terhambur dari mulut Zafran semalam.

    "Get out! What the hell are you doing here?
You tak faham bahasa ke? I tak berminat nak jumpa dengan you lagi. You are too cheap!" wajah Zafran yang selamba sewaktu menuturkan kata-kata itu cukup merobek sekeping hatinya.

    Sepasang mata Arisya yang digenangi air mata sedikit pun tidak mencuit rasa simpati di hati Zafran. Malah semakin sakan Zafran menempelak setiap kali dia membuka mulut. Kalau dengan jantan lain mudah sahaja Arisya menggunakan senjata tubuh badannya untuk menggoda meraka. Namun Zafran memang berbeza. Sejak dahulu lagi Zafran tidak mudah terpesona dengan godaan yang cuba dilakukannya. Setiap cubaan pasti ditepis oleh lelaki itu.

    Akibat tidak tertahan menanggung malu, Arisya keluar meninggalkan pejabat Megah Holdings dengan muka setebal sepuluh inci. Mujurlah sandiwara itu berlaku di bilik Zafran. Jika tidak tentu lebih parah jika ditonton oleh pekerja lain. Silap hari bulan keluar muka hadapan akhbar hari ini! Boleh hancur masa depan kariernya yang semakin suam-suam kuku ketika ini.

    Arisya mendengus kuat. Geram dan dendamnya bukan sedikit. Dia bengang kerana Zafran terlalu sukar dijerat. Sudah hampir setahun Arisya cuba merapati Zafran. Bila berpeluang berdampingan dengan lelaki itu, dia sudah memasang angan-angan untuk menjadi suri dalam hidup Zafran. Dengan menjadi isteri Zafran, dia tidak perlu bersusah-payah menjadi model lagi. Malah dia boleh meninggalkan lifestyle yang tidak ubah seperti pelacur kelas atasan.

    "Darling... you buat apa kat luar sorang-sorang ni? It's still early la," sepasang tangan Dato' Mazlan sudah melingkar di pinggang kerengga milik Arisya. Arisya yang tersedar dari lamunan panjang cuba menahan rasa geli-geleman di dada. Tak padan dengan tua, tapi nafsunya mengalahkan orang muda. Rumah kata pergi kubur kata mari!

    "Saja ambil angin. Kenapa you bangun ni? Pergi lah sambung tidur balik..." dalam keterpaksaan Arisya melentokkan kepala di bahu lelaki itu. Duit sewa kondo serta bayaran ansuran kereta Toyota Harrier yang dipandunya bergantung sepenuhnya kepada lelaki itu untuk bulan ini. Sejak kebelakangan ini dia sudah jarang mendapat tawaran modelling. Kontroversi tentang dirinya jauh lebih panas dijaja daripada bakat yang dimiliki.

    "Tak syok lah tidur sorang!" Dato' Mazlan membentak seperti budak kecil. Tak sedar agaknya yang dia sudah bercucu. Tangannya semakin erat memeluk tubuh Arisya.

    "I tak boleh nak tidur lah dear. Susah hati..." Arisya pamer wajah mendung. Tangan Dato' Mazlan dibiarkan mengirai rambutnya yang cantik itu.

    "Why? Tell
me, sayang. I akan buat apa saja asalkan you
happy," Dato' Mazlan sudah termakan umpan Arisya. Arisya menyembunyikan senyumannya. Senang sangat hendak memperbodohkan orang tua ini. Alangkah bagus jika Zafran juga mudah ditundukkan seperti ini.

    "Kereta dengan rumah I ni dah tiga bulan ada outstanding
payment. I takut bank lelong nanti. Teruk betul company yang hire
I tu. Job
I dah buat tiga bulan lepas. Payment tak bagi-bagi lagi sampai sekarang!" Arisya menabur cerita palsu. Padahal wang bayaran tersebut sudah licin dibuat menampung perbelanjaan hidup mewahnya.

     Tangannya yang putih gebu mengelus wajah tua Dato' Mazlan. Arisya buat-buat tidak nampak pada kedut-kedut yang sudah ketara di wajah itu. Selain skrip yang mantap, lenggok tubuh juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan watak ini.

    "Itu je yang you risaukan? Don't worry, sayang. Nanti I bagi cheque RM15,000. You
settle kan outstanding
payment tu. Duit lebih tu you buat belanja. Dah, jangan muncung macam ni. Buat I bertambah geram je," jemari Dato' Mazlan menyentuh bibir merah Arisya. Nafsu tuanya sukar dikawal apabila diulit wanita muda secantik Arisya. Lupa terus dia kepada Rasyidah yang sudah berkorban dan bersusah-payah untuk dirinya dulu.

    Lagipun mana mungkin membandingkan Rasyidah dengan Arisya. Perempuan tua yang sudah menopause tentulah tidak dapat menandingi orang muda yang masih bergetah. Tubuh Rasyidah yang semakin gempal berlebihan lemak hanya mematikan seleranya. Rambut Rasyidah yang sudah beruban pula langsung tidak menambat pandangan matanya. Yang paling dibenci adalah mulut Rasyidah yang sering sahaja membebel tentang perkara-perkara agama. Peringatan tentang kematian dan neraka. Naik kematu telinganya bila duduk di rumah. Hatinya bernanah bila bersama Rasyidah.

    Lain pula situasinya bila bersama Arisya. Dia terasa muda semula dengan layanan serta panggilan manja yang diberikan oleh Arisya. Sesungguhnya dia rasa hidup lebih bermakna. Sudah teruk dia hidup susah ketika membangunkan syarikat dahulu. Kini bila sudah berduit, dia mahu enjoy sepuas-puasnya. Soal agama, soal kematian dan dosa pahala ditolak ke tepi. Lagipun dia sering melakukan kerja amal dengan mendermakan ratusan ribu kepada pelbagai badan kebajikan. Itu pun sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat kelak. Begitulah fikiran singkat Dato' Mazlan yang ilmu agamanya hanya sedangkal.

    Dato' Mazlan menarik tangan Arisya yang masih membelai wajahnya. Gelodak di jiwanya sukar dibendung lagi. Dia tidak kisah berhabis ribuan ringgit untuk gadis itu asalkan kemahuannya ditunaikan. Ah, tidak luak hartanya untuk diberikan kepada Arisya. Arisya dipimpin masuk ke kamar tidur utama yang menjadi saksi kepada setiap dosa yang telah mereka lakukan selama ini.

    Arisya yang sudah arif benar dengan kehendak Dato' Mazlan hanya menurut. Biar pun menyampah, namun bayangan cek RM15,000 sudah menari-nari di hadapan matanya. Dia akan melayan nafsu tua itu sehingga dia berjumpa dahan muda yang lebih kukuh untuk berpaut. Selepas itu dengan senang hati dia boleh angkat kaki meninggalkan si tua bangka itu. Kemudian dia pasti akan mencari jalan untuk melunaskan hutang dendamnya dengan Zafran. Arisya bijak merencana rancangan.


 

    *        *        *        *        *

    

    MELISSA menahan air mata yang hampir menitis. Suara Zafran yang meninggi sebentar tadi membuatkan kedua-dua kepala lututnya bergetar hebat. Tidak pernah sekali pun Zafran meninggikan suara kepadanya selama ini. Dia yang berjiwa super sensitif memang mudah mengalirkan air mata jika dikasari begini. Tambahan pula Melissa tidak pasti apa kesalahan yang telah dilakukannya sehingga menimbulkan rasa marah di hati majikannya itu.


 

    "Sorry...sorry... I didn't mean to yell at you. Saya tak nak kopi ni. Awak bawa keluar je lah," Zafran mengendurkan suaranya tatkala terpandangkan wajah pucat Melissa. Dia beristighfar di dalam hati untuk menenangkan diri.


 

    Zafran memerhatikan tubuh Melissa yang hilang di balik pintu. Wajahnya diraup berkali-kali. Entah mengapa segalanya serba tak kena semenjak ketiadaan Amani. Dia rindukan kelibat tubuh kecil itu yang selalu keluar masuk dari biliknya. Dia rindukan wajah takut yang terukir apabila dia menggertak gadis itu. Dia rindukan kopi kurang manis resepi rahsia yang sering dihirupnya setiap pagi. Dia rindukan aksi comel yang selalu mencuit hatinya.


 

    Dia rindukan Amani!


 

     Itu lah hakikatnya saat ini. Rancangan yang kononnya cukup hebat itu sudah memakan dirinya sendiri. Sudah beberapa kali dia mahu mendail nombor telefon bimbit gadis itu. Sampaikan sepuluh digit itu sudah dihafal dengan mudah. Namun akalnya cepat-cepat menyedarkan dirinya. Dia tidak ada alasan untuk berbual dengan gadis itu. Tidak mungkin dia mahu akui rasa rindu yang terlalu sarat ditanggung!

    

    Pada kiraan Zafran, kini Amani sudah pun habis berkursus dan sedang bercuti di kampungnya. Bermakna sudah lapan hari dia sakit menampung rindu yang bukan sedikit. Zafran mengetuk meja dengan hujung jari. Otaknya rancak bekerja mencari idea. Beberapa minit kemudian Zafran sudah tersenyum lebar. Tumpuannya beralih kepada skrin komputer. Setelah beberapa klik, Zafran mendail nombor telefon penganjur Kursus Kesetiausahaan yang didaftarkan untuk Amani.


 

    "Hello, may I speak to Puan Siti Salmah?" Zafran menunggu beberapa ketika sebelum panggilannya disambungkan. Sapaan dihujung talian dijawab ringkas. Zafran sudah tidak sabar ingin mengemukakan hajat di hatinya.


 

    "Ye Puan Siti. Saya Zafran dari Megah Holdings. Saya ada hantar seorang staff saya untuk mengikuti kursus yang pihak puan anjurkan di Port Dicksons. Boleh puan beri komen ringkas tentang prestasi dia? Namanya Amani Ahmad," Zafran sudah tidak peduli dengan alasan tidak logik yang tercetus dari bibirnya itu. Dia mahu tahu tentang Amani. Tidak mengapalah tidak dapat bercakap dengan Amani asalkan dirinya mendapat sedikit input tentang gadis itu. Sekurang-kurangnya terubat juga rasa rindu di hati.

    

    "Oh, Amani. Ya, I remember her. She's such a bubbly person. Very talkative. Sangat aktif bertanya jika ada perkara yang dia tak pasti. If you ask me, honestly she still needs to attend other courses. Sebab dia tak ada knowledge atau experience tentang skop kerja seorang setiausaha. But don't worry, she's a fast learner. Tambahan lagi dia tu cantik manis. Peserta Kursus SPSS yang kebetulan ada kat situ ramai yang minta nombor telefon dia..." butir kata Siti Salmah yang seterusnya tenggelam di pendengaran Zafran.


 

    Ketawa dihujung talian tidak bersambut. Tidak ada yang melucukan di pendengarannya ketika ini. Sedar-sedar dia sudah pun mematikan talian tanpa mengucapkan terima kasih.


 

    'Ramai yang minta nombor telefon???' Zafran merasakan hatinya bagai disiat-siat. Rasa cemburu sudah berakar umbi di hatinya. Badannya terasa lemah dengan tiba-tiba. Kewarasan akal fikiran semakin menipis. Jarinya sudah mendail nombor telefon bimbit Amani.         


 

    Zafran menahan rasa apabila panggilannya tidak berjawab. Tiga kali dia mendail nombor Amani. Ketiga-tiga kali juga panggilannya berpenghujung dengan suara operator yang meminta dia meninggalkan pesanan.


 

    Zafran melangkah keluar dari bilik pejabat. Melewati meja penyambut tetamu, dia melihat Jason yang sedang mengelap air mata Melissa. Pastinya air mata itu mengalir kerana tengkingannya tadi. Dan dia pasti yang dia menjadi subjek utama yang dibicarakan mereka apabila melihat Jason terjuih bibir tatkala melihatnya.


 

    "Mel, please reschedule my appointments these two days to next week. Saya mungkin tak masuk kerja esok," Zafran buat tidak nampak apabila terpandangkan sepasang mata Melissa yang merah membengkak.


 

    "Boss nak pergi mana?" hampir serentak Melissa dan Jason bertanya.


 

    "Perak,"    


 


 

Bersambung :)

14 comments:

  1. So little..tak puas,nak lagi..boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello mallar!
      im trying my best nak menulis 1 chapter a day...
      tp sy akan publish 2bab je seminggu!
      sabar menanti ye...:)

      Delete
  2. liya..
    Port Dickson ade S eh? liya tulis Port Dicksons.
    sorry kalo am silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee....liya salah!!!hahaha
      x de s!
      last 2chapters eja restoran pon salah...
      hihi..
      tq am!

      Delete
  3. baru dapat baca keseluruhannya cite ni... bestlah kalau boleh
    cepatlah sambung nk tau ape kesudahannya ego si Zafran... itulah
    Zafran jgn pandang Amani sebelah mata saje kan dah rindu meroyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...Zafran ni ego sgt!
      tgu bab seterusnya apa jadi ya!:)

      Delete
  4. Ekekekkekeeke.. Padan muka zafran!
    Xsabo nak tau apa nak jd.. Zafran nak p kpg amani ka.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zafran nak pergi cari penawar rindu!
      :p

      Delete
  5. besttt...sgtttttttt2 suke...cepat2..waiting for next chapter...tergelak sorang ama membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai amaaaa....
      org pon happy kalau ama seronok baca!
      next week pulak org update bab baru ye!:)

      Delete
  6. nyah...reen kena baca bab sebelumnya..baru boleh sambng baca bab baru..klo tak lupa jadi apa sebelm nie..hehehe..best2..cpt ckit sambng dah strt bunga2 cinta tue.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      tq reen sbb sudi curi-curi masa n singgah baca kat cni!
      :)

      Delete