Bab 21
TITISAN PELUH mula membasahi dahi
Amani. Sejak dari pagi tadi dia masih belum berehat dari membersihkan rumah.
Mujurlah rumah mereka kecil sahaja. Jika sebesar rumah Zafran pastinya tiga
hari tiga malam pun belum habis kerja-kerja pembersihan. Silap-silap di hari
pertunangan pun dia masih sibuk mengelap habuk.
Amani
menjenguk ke laman rumah. Kelibat Aiman yang bertungkus lumus menyapu dedaun
kering mencuit rasa di hati Amani. Untunglah adik-adiknya tidak berkira kederat
membantunya. Sorakan gembira tatkala dikhabarkan berita peminangan Zafran masih
terngiang-ngiang hingga ke saat ini. Bukan main gembira mereka bakal mendapat
abang ipar.
Pin Pin!
Amani
mengalihkan pandangan ke arah sebuah lori bermuatan sederhana yang sudah pun memasuki
halaman rumah. Dengan pantas dia mencapai selendang sebelum menjejakkan kaki ke
tanah. Hairan pula dilihatkan lori yang membawa perabot itu. Pastinya sudah
tersilap alamat rumah.
“Salah
rumah ke tokey? Sini tak ada orang pindah rumah,” Amani menghampiri lelaki Cina
yang sedang menurunkan meja panjang. Amran pula sudah bertawaf mengelilingi
lori perabot tersebut.
“Aik?
Sini bukan Lot 612 ka? Kampung Kepayang kan?” Apek itu mengeluarkan sekeping
kertas lalu ditunjukkan kepada Amani. Tertera nama serta alamat rumahnya di
atas invois itu. Amani mengerutkan kening. Jumlah harga perabot itu adalah
sangat mustahil untuk dibeli olehnya. Kecelaruan Amani terganggu dengan
kehadiran Amira.
“Kak,
cinta hati telefon,” Amira menyuakan telefon bimbit dengan senyuman nakal
terukir di wajah. Lekas-lekas dia memanjat tangga rumah apabila tangan Amani
mahu mencubit lengannya. Tak ubah seperti sepit ketam! Memang berbisa!
“Assalammualaikum
sayang. Tengah buat apa tu? Janji nak call
every thirty minutes?” suara Zafran menyapa dari kejauhan. Rasa rindu
kepada bakal tunangannya itu sukar dibendung.
“Waalaikumussalam.
Saya baru lepas kemas rumah. Ni tiba-tiba ada lori hantar perabot. Saya tak
beli pun. Kejap lagi saya call semula,
boleh?” Amani menjauhkan diri dari lelaki Cina dan pembantunya. Perasaan malu
dipanggil sayang masih menebal dalam dirinya. Walaupun mustahil orang lain
mendengar, namun wajahnya yang merah menahan malu tetap terzahir di pandangan
mata.
“Eh,
lupa nak beritahu awak! Itu untuk rumah awak tau. Saya hadiahkan sempena
pertunangan kita. Mungkin petang sikit D’ Riaz sampai. Untuk bertunang ni kita
pasang mini pelamin saja ye? Boleh kan?” Amani ternganga mendengar penjelasan
Zafran. Sebegini banyak wang yang dihabiskan oleh Zafran untuk dirinya dan
keluarga. Bohonglah kalau dia tidak suka dilimpahi wang ringgit. Namun dalam
keadan begini, dia berasa tidak selesa.
“Kenapa
awak bazir duit banyak-banyak ni? Awak malu ke dengan rumah saya yang buruk
ni?” soalan berbaur curiga sudah tidak dapat diselindung lagi. Mentang-mentanglah
rumahnya buruk. Tentu Zafran malu kepada saudara-maranya.
“Ya
Allah. Apa awak cakap ni? Saya ikhlas nak tanggung family awak. Keluarga awak dah jadi keluarga saya jugak. Kan itu janji saya? Lagipun,
majlis bertunang ni saya yang beriya-iya nak cepatkan. Saya faham tentu susah family sayang nak uruskan dalam masa
yang suntuk. Amani sayang, jangan suka fikir bukan-bukan ye?” Zafran
berhati-hati memberikan penjelasan. Bimbang mengguris hati Amani yang serapuh
kelopak mawar itu.
“Hmm,
tapi saya segan. Kita belum ada apa-apa ikatan lagi awak dah berhabis banyak
macam ni. Saya takut orang fikir bukan-bukan,” Amani bersuara perlahan. Sungguh
dia bimbang dengan tanggapan orang terhadap dirinya dan keluarga. Majlis
pertunangan yang mengejut ini juga sudah mengundang reaksi menyakitkan hati
dari sesetengah pihak.
“ Tak ade ikatan apenye? Lagi dua hari dah jadi tunang saya! Lagi sebulan jadi
isteri. Lepas tu dah jadi mama kepada anak-anak kita! Biarlah apa orang nak
cakap apa pun sayang. Mulut orang memang susah kita nak tutup. Yang penting
saya tahu hati awak. Awak jangan risau okay?”
Amani menahan bahang yang membakar wajahnya. Zafran ni... over tau!
“Terima
kasih, awak...”
“Sama-sama
kasih. Okaylah dear, saya ada meeting
ni. Take care ye. Assalammualaikum,” Amani
terdiam tatkala talian dimatikan. Hatinya berbunga dengan kata-kata Zafran. Jadi
mama? Ish, jauh benar perancangan lelaki itu. Amani tersenyum malu mengenangkan
keadaan malam pertama yang akan berlaku lebih kurang dari sekarang. Ya Allah!
Seramnya!
“Amoi, sudah
habis cakap ka sama itu cinta? Manyak syiok
ha? Ini barang boleh kasi angkat masuk sekarang tak? Panas woo,” Apek
tersebut tersenyum mengusik. Tangannya dikipas-kipaskan ke wajah.
“Err...
boleh Apek! Kasi letak dekat situ,” Amani memberi laluan kepada mereka.
Wajahnya disembunyikan dari pandangan. ‘Eii... malunya!’.
AMANI menahan kegelian setiap kali
berus lembut pelbagai saiz itu menyentuh wajahnya. Sesekali dia mencuri pandang
ke arah wajahnya di cermin meja solek baru yang dibelikan oleh Zafran itu.
‘Cantik
jugak aku ni ek!’ Amani memuji diri. Sentuhan ajaib Nurin yang bijak mengatur
warna di kelopak matanya memang dikagumi. Wajah gadis kampung yang sinonim
dengan dirinya bagaikan hilang selepas disolek dengan warna-warna pastel itu.
Amani
merenung pula sepersalinan mewah yang ditempah khas dari pereka terkenal. Walaupun
dalam masa yang suntuk, namun Datin Nuraina berjaya mendapatkan khidmat Aqila
Aqish. Baju kurung moden itu cukup cantik dengan jahitan batu-batu swarovski
yang memenuhi setiap inci kain chiffon berwarna merah jambu. Walaupun ringkas,
namun cukup mewah di matanya. Kelipan batu-batu itu cukup memukau sekali.
Dia
sendiri bagai tidak percaya apabila Nurin menyuruh dia menyarung baju itu
sebentar tadi. Feeling-feeling princess
pula dirasakan. Sebelum ini jangan haraplah dia mampu memilikki pakaian yang
bernilai lebih dari seratus ringgit. Inikan pula pakaian rekaan pereka
terkenal. Telan liur dan kesat air mata sajalah!
“Cantiknya
kakak!” jeritan Amira mengejutkan Amani dari lamunannya. Emak dan Syuhada yang
baru masuk turut tidak berhenti-henti memuji kecantikannya pada hari itu. Entah
berapa kali Amira menyuruh dia berpusing untuk melihat penampilannya dari depan
dan belakang. Sampai naik pening kepalanya.
“Nasib
tak ada tok kadi. Kalau tak, ada yang ajak kahwin arini jugak!” Syuhada meneliti Amani dari atas ke bawah. Sesekali
dia menangkap gambar Amani menggunakan telefon bimbit murahnya.
Amani
sekadar tersengih apabila dipuji. Dia benar-benar terhutang budi kepada
keluarga Zafran yang tidak berkira mengeluarkan wang belanja untuk majlis ini.
Cuma dia merasakan sedikit pembaziran kerana menempah pakaian serta pelamin
yang bernilai ribuan ringgit itu. Tidak dapat dibayangkan majlis pernikahan
yang akan berlangsung di rumah keluarga Zafran bulan hadapan.
“Berangan
apa lagi tu? Jom keluar. Dorang dah
habis berbincang,” Mak Ngah Temah menepuk bahu Amani.
“Ha?
Kena keluar ke? Nak buat apa Mak Ngah?” wajah Amani sudah pucat lesi. Sebentar
tadi dia sempat mengintai dari balik langsir. Kedatangan tetamu yang memenuhi
ruang rumahnya membuatkan dia kecut perut. Namun tidak kelihatan pula wajah
kacak bakal tunangnya itu. Tak datang kut?
“Habis
tu buat ape mekap cantik-cantik lepas
tu terperap dalam bilik? Nak sarung cincin pada jari sape? Takkan kat jari aku pulak? Dah! Lekas keluar. Syuhada, kamu
pimpinkan tangan Amani ni. Bawak ke pelamin. Kamu duduk tepi dia. Temankan dia.
Untung-untung ada yang berkenan kat kamu sekali nanti,” Mak Ngah Temah sudah
berlalu keluar dengan setepak sireh. Juihan bibir Syuhada sedikit pun tidak
menarik perhatiannya.
“Amboi,
sejuknya tangan kau! Mentang-mentanglah dah ada air-cond kat bilik ni,” Syuhada mengusik tatkala tangannya
menggengam jemari Amani. Dipimpinnya Amani ke ruang hadapan di mana mini
pelamin yang dirias cantik sudah sedia menunggu. Pelamin duduk yang dihiasi
bunga-bunga segar itu kelihatan cukup hebat di rumah papannya.
“Ramainya
orang Syu. Ya Allah, takutnya aku rasa,” Amani berbisik sedikit kepada Syuhada.
Rumahnya yang sekangkang kera itu dirasakan terlalu luas saat ini. Beberapa
tapak berjalan, namun belum sampai ke pelamin putih itu. Sudahlah kepala lututnya
mengeletar bukan main.
“Syhh! Control ayu! Senyum!” amaran Syuhada
mematikan kerutan di wajah Amani. Sedaya upaya dia cuba mengukirkan senyuman di
wajahnya. Lampu flash dari dua orang photographer yang dibawa khas oleh
Zafran tidak henti-henti berkelipan. Tetamu pula tidak henti-henti melemparkan
senyuman. Sekali-sekala sempat pula telinganya menangkap ungkapan berupa pujian
dari mata-mata yang memandang.
Sebaik
Amani membetulkan simpuhan di atas pelamin, seorang wanita separuh abad yang
berkebaya sutera datang menghampiri. Amani yang baru berasa hendak bertenang
kembali dilanda debaran menggila. Umi Zafran yang pernah dipanggil bibik itu
membawa dulang berkaki yang dirias indah. Sebentuk cincin yang pernah diberikan
Zafran minggu lalu berkilau cantik di atas hamparan baldu merah.
‘Ya
Allah! Selamatkanlah aku!’ Amani menyeru di dalam hati. Majlis pertunangan yang
terlalu tergesa-gesa ini membuatkan dia terlupa untuk bertanya tentang
penerimaan keluarga Zafran pada dirinya. Sudikah mereka bermenantukan orang
miskin sepertinya? Sudikah Datin Nuraina menerima orang yang pernah
memanggilnya bibik dijadikan sebahagian dari keluarga berdarjat tinggi? Amani
semakin gerun. Manalah tahu kalau-kalau Datin Nuraina menampar mukanya sebentar
nanti! Baru betul macam dalam drama!
“Hulurkan
tangan kanan kau tu,” Syuhada berbisik sedikit kepada Amani yang masih
menunduk. Tidak berani langsung hendak bertentangan mata dengan bakal ibu
mertuanya. Perlahan-lahan Amani menghulurkan tangan kanan yang sedang mengalami
gegaran 7.0 skala richter. Itu baru di tangan. Di jantung jauh lebih hebat.
“Takut
apa ni Amani? Sampai bergegar tangan. Ni bibik nak sarung cincin je. Bukan nak
bagi racun,” Datin Nuraina tertawa sewaktu menyentuh jemari Amani yang runcing.
Takut benar bakal menantunya itu. Amani memberanikan diri menatap wajah Datin
Nuraina. Wajah cantik yang tenang itu mendatangkan damai di hatinya. ‘Dia tak
marah ke pasal panggilan bibik tu?’
“Saya
minta maaf makcik, eh.. datin...” Amani sudah tersasul-sasul. Syuhada di
sebelah menahan tawanya. Bak kata Mak Ngah Temah, dia pun kena kontrol cun.
Manalah tahu kalau-kalau ada yang terpikat. Mata Syuhada terpandang lelaki
berbaju Melayu biru di pintu rumah. Hensem, tetapi muka kerek betul. Spesis
Zafran lah tu!
“Panggil
aje Umi. Tak perlulah nak minta maaf
pasal bibik tu. Sikit pun Umi tak ambil hati. Selamat datang dalam keluarga
kami,” mendengarkan keikhlasan kata-kata Datin Nuraina, Amani lantas mencapai
sepasang tangan itu. Disalami dan dicium dengan rasa hormat. Datin Nuraina juga
tidak ketinggalan mencium dahi Amani. Buat seketika mereka bermandikan cahaya flash. Momen indah yang perlu dirakam.
Aktiviti
seterusnya adalah sesi bergambar. Tidak henti-hanti Amani tersenyum sepanjang
hari itu. Wajah Kursyiah juga kelihatan cukup ceria. Malah ibu serta
adik-adiknya turut mendapat tempias tajaan pakaian daripada Zafran. Teringatkan
Zafran rindu pula dirasakan saat ini. Amani berlalu ke bilik untuk mendapatkan
telefon bimbitnya. Dia ingin mendengar suara lelaki itu. Suara tunangannya!
“Assalammualaikum...
Boleh saya cakap dengan tunang Amani?” Amani bermukadimah. Semenjak naik taraf
sebagai tunangan ni, dia berasa berani untuk bergurau dengan lelaki itu.
“Waalaikummusalam.
Tunang Amani yang kacak di sini!” hati Zafran berbunga tatkala mendengarkan suara
Amani. Diturutkan saja rentak lakonan Amani.
Ketawa
Amani kedengaran di hujung talian. Sempat lagi si Zafran ni memuji diri
sendiri. Memang perasan! Amani tersenyum bahagia. Jantungnya bagaikan berdenyut
mengepam darah yang berbentuk hati di kala ini. Hujung veil dipintal penuh asyik.
“Amboihhh...
Kemain lagi beromantika dalam
telefon. Macamlah jauh sangat!” Syuhada menarik Amani dan dibawa ke tepi
tingkap. Zafran yang segak berbaju Melayu dari rona yang sedondon sedang
tersenyum melambai ke arah mereka. Terus Amani mematikan panggilan.
“Saya
ingat awak tak datang?” Amani menunduk malu tatkala Zafran menghampiri birai
tingkap biliknya. Syuhada yang faham-faham sendiri sudah berlalu meninggalkan
mereka.
“Datanggg...
Mana boleh tak datang. Tapi saya duduk luar je. Umi tak bagi naik! Nasib baik
dapat juga tengok gambar sayang yang Syu MMS,” senyuman Zafran melebar. Matanya
tidak lepas dari meneliti wajah Amani yang sudah bergelar tunangan itu. Syukur
Alhamdulillah! Setapak lagi sebelum mereka diijabkabulkan. Dia benar-benar
tidak sabar untuk bergelar suami Amani. Tambahan pula dilihatnya Amani semakin
hari semakin cantik dan manja. Kalau boleh hari ni juga dia mahu menggenggam
tangan tok kadi!
“Awak
dah makan? Umi dengan Walid mana?” Amani cuba mengalih perhatian Zafran yang
tidak henti-henti memandangnya. Letih pula dia hendak kontrol ayu sepanjang
masa.
“Dah,
makan dah sayang. Umi dengan Walid dah pergi masjid. Nanti dorang terus baliklah,”
“Habis
tu? Awak balik dengan siapa?”
“Saya
tidur sini lah. Tu bilik dah siap ada air-cond.
Awak boleh temankan,” senyuman nakal terukir di bibir Zafran. Serta-merta wajah
Amani bertukar merah.
“Cakaplah
betul-betul. Awak balik dengan siapa?” Amani bertanya lagi. Mulutnya sedikit
memuncung ibarat sedang merajuk. Comel pula Zafran melihatnya. Inilah pertama
kali Amani menunjukkan rajuknya. Sudah ada peningkatan!
“Saya
balik dengan Ilham lah. Kawan yang saya cerita kat awak sebelum ni kan. Kejap
lagi kami geraklah,” Zafran menahan debaran. Sabarlah wahai hati, sebulan aje lagi!
“Awak,
tunggu sekejap ye,” Amani berlalu meninggalkan Zafran yang terkebil-kebil di
tepi tingkap. Tidak sampai tiga puluh saat Amani kembali dengan sebuah kotak
beriben merah hati.
“Ini
hantaran hati saya untuk awak. Saya tak mampu nak berbalas dulang hantaran
macam yang keluarga awak bagi. Ni aje
yang saya mampu. Saya harap awak sudi terima. Mudah-mudahan manfaatnya untuk
kita bersama,” Zafran terharu tatkala melihat isi yang terkandung di dalam
kotak itu. Senaskah tafsir Al-Quran itu disentuh dengan hati yang bahagia. Dia
mencapai sekeping nota yang disisipkan oleh Amani.
‘Kerana Allah kita bertemu,
Kerana Allah kasih bertamu,
Kerana Allah kita bersatu...’
Aduyai,
bahagianya hati ini. Zafran memandang Amani yang masih setia menanti di birai
jendela. Wajah bujur sireh yang manis itu ditatap penuh kasih. Bertunang
bukanlah pasport untuk mereka bersentuhan sewenang-wenangnya. Jika tidak, ingin
sekali dia mengucup kedua belah tangan Amani yang telah memberikan hadiah yang
cukup bermakna ini.
“Terima kasih sayang. Inilah hadiah paling berharga yang pernah
saya dapat,” Zafran tersenyum bahagia.
“Terima kasih jugak sebab berhabis wang ringgit untuk
majlis ni. Saya tak tahu macam mana nak balas budi ni,”
“Senang je. Setiap hari kena kasi satu kiss!” Zafran menunjuk ke arah pipi
kanannya. Senyuman gatalnya melebar bukan main.
“Hah???” Amani membulatkan mata. Biar betik dia ni?
“Bukan sekaranglah sayang. Lepas kahwin nanti. Majlis ada
lagi sebulan. Jadi bila kita kahwin nanti awak dah hutang tiga puluh ciuman tau
pada saya! Hai, matilah saya kena gomol nanti!” Zafran ketawa mengekeh
melihatkan Amani yang kehilangan kata-kata untuk membalas. Wajah merah itu
sudah cukup menggambarkan apa yang berada di benak gadis itu.
“Bertuahnye
budak dua ekor niii!!! Kat sini korang buat drama Korea ye! Aku ingatkan jebon
mane tadi. Rupanya pasangan merpati sejoli sedang memadu asmara!” suara Mak
Ngah Temah yang macam loudspeaker tu mengejutkan
Amani dan Zafran. Mati terus tawa di bibir Zafran.
‘Jebon
dipangilnya aku?’ Zafran menjauhi birai tingkap bilik Amani. Kelibat Ilham dan
Syuhada yang sedang ketawa di bawah pokok mempelam sempat ditangkap anak
matanya.
* * * * * * * * *
Fahim menyapu setitis air matanya yang berguguran.
Lekas-lekas dia menjauhkan diri dari kemeriahan teman sepejabat yang tidak
henti-henti mengucapkan tahniah kepada Zafran dan Amani. Dia tidak menyangka
pengumuman yang ingin dibuat oleh Zafran sebentar tadi merupakan berita yang
paling buruk pernah diterimanya.
Sedikit pun dia tidak curiga apabila
Zafran menghimpunkan mereka di hadapan biliknya. Bila nama Amani disebut dan
berdiri di sebelah Zafran, disangkakannya Amani akan meletakkan jawatan. Pada
waktu itu hatinya sudah sedikit renyuk dan bimbang. Manakan tidak, sudah hampir dua minggu Amani tidak masuk
bekerja. Perasaan rindunya kepada gadis bermata cantik itu bukan sedikit.
Pengumuman tarikh penikahan Amani dan
Zafran membuatkan otaknya menjadi tepu. Dia tidak percaya. Sehinggalah kad
jemputan ke majlis yang akan berlangsung lebih kurang tiga minggu lagi berada
di tangannya. Cetakkan timbul berwarna emas itu jelas merujuk kepada Amani dan
Zafran.
Allah! Sakit benar hatinya saat itu.
Bagai sudah ditumbuk lumat seperti sambal. Dia sempat berbalas pandangan dengan
Amani. Gadis itu kelihatan serba-salah, namun tetap tersenyum ke arahnya.
Senyuman apakah itu Amani? Adakah senyuman mengejek? Ataupun senyuman simpati?
Fahim meraup wajahnya.
Semenjak bila Amani dan Zafran sudah
dilamun cinta? Adakah sebelum hatinya terpaut kepada Amani? Adakah mereka
sengaja mempermain-mainkan hatinya? Dia benar-benar celaru.
Fahim beristighfar. Hatinya perlu ditenangkan. Otaknya
perlu direhatkan. Dia tidak boleh berfikir dengan rasional dalam waktu begini. Perasan
marah dan kecewa memudahkan kerja syaitan memesongkan imannya. Dia tidak
mahu berdendam. Kerana pastinya perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada
perancangannya.
Fahim menekan butang ‘G’ pada badan
lif. Dia perlu menjauhkan diri daripada kemeriahan di pejabat. Sorakan mereka
umpama umpat keji yang sedang meraikan kekecewaannya. Tanpa memandang ke kiri
dan ke kanan Fahim melangkah keluar dari perut lif. Begitu tergesa-gesa sehinggakan
melanggar bahu seorang wanita baru hendak melangkah masuk.
“Buta ke???” Arisya merengus geram.
Bahunya diusap kerana dilanggar dengan agak keras oleh lelaki yang kelihatan berserabut
itu. Arisya membetulkan dress
sendatnya. Hampir sahaja dia melangkah masuk ke dalam lif, namun sekeping kad
yang terdampar di atas lantai bagaikan menarik perhatiannya.
Kad itu diambil dan ditatap dengan
mata yang bersinar dengan api kemarahan yang sukar dibendung. Arisya merengus
dan merenyukkan kad jemputan perkahwinan yang pastinya dicicirkan oleh lelaki
yang merempuh keluar sebentar tadi. Arisya membatalkan hasrat untuk bertemu
dengan Zafran.
Penghawa dingin kereta yang dipasang
semaksimum mungkin belum mampu melawan bahang api kemarahan Arisya. Sekeping CD
yang dibawa untuk menawan hati Zafran dipatahkannya. Segala maklumat portfolio
syarikat Dato’ Mazlan yang berjaya dicurinya sudah tidak bermakna lagi
sekarang. Dia sudah merancang untuk mengumpan Zafran dengan maklumat sulit
tender jutaan ringgit yang menjadi rebutan antara Megah Holdings dan MBina Holdings.
Dia pasti benar Zafran akan tunduk kepadanya. Namun berita perkahwinan Zafran
menghancurkan segala rancangannya!
“Amani? Berani kau rampas kebahagiaan
aku? Hak aku? Aku takkan lepaskan kau!” Arisya memecut keretanya meninggalkan
perkarangan parkir dengan dendam yang membara.
Semoga Amani dan Zafran akan tabah menghadapi dugaan semasa bertunang .... walupun sebulan kan.... TQ Fahmi kerana x mengikut perasaan marah ... jangan ikut perangai Arisya yang x betul tu kkk... best...
ReplyDeleteTerima kasih sue! :)
DeleteCepat2 la dia org kawin...best3....nak lg plez...good job ;-)....
ReplyDeleteHihi..x sabar nk tunggu dorang kawin ye?tq sudi baca ya!:)
Deletebest2.. tak sbr tunggu sambungan
ReplyDeleteTerima kasih farida..:)
DeleteNantikan sambungannya ya..
liya.. ade ayat tergantungkah di sini?
ReplyDelete"Amani tersenyum malu mengenangkan keadaan malam pertama yang akan berlaku lebih kurang dari sekarang."
Aah am...tergantung pulak kat ctu..tq tau!:)
Deletebest nye..Zafan dn Amani dh selesai brtunang.tp rase nye cam Arisa tk puas ati je.......pape pn jgn pisah kn Zafran ngan Amani ye dek.cam ne lak kalu Zafran jumpa balik ngan Natrah.........ape lah plak cite Fahim...akak rase yg derita nya harus Amani yg sweet tu.tk nk lh dek...cian kat Amani...suke dng Umi Zafran,baik sngt.cepat2 smbg ye dek dh tk sabar akak nk bc.....pape pn akak sayang LYA.nov yg amat menarik..........
ReplyDeleteTq kak norihan..
DeleteTerima kasih sudi baca karya x seberapa ni...
♥ akak jgk! :)
best..best..sebab cerita ni takde kawin paksa...
ReplyDeletealahhhh mcm mana nak bacaa cerita seterusnyaa.. sy nk baca jugakkk. nieee email kita nursha.jamudin@gmail.com .. suke suke sukeeee.....
ReplyDelete