Orang Cantik dan Orang Hensem

Monday, November 4, 2013

Bab 13 - Main Kahwin-Kahwin



           “AAA…CUM!” Wardah kesat hidung untuk ke sekian kalinya. Hujung hidungnya sudah mula merah akibat terlalu kerap bersin. Dadanya sendiri sudah mula rasa semput.
            “Nah. Special hot Milo!
Mug merah sudah bertukar tangan. Wardah meniup perlahan permukaan air. Perlahan-lahan dihirup Milo panas yang dibancuh oleh Fawwaz. Tekaknya terasa lega.
            “Thanks Along!” Wardah tersengih pamer gigi yang tersusun cantik.
            “Sama-sama. Kau ni pergi mengajar ke pergi berkubang sebenarnya? Habis baju kau basah dengan becak! Along dah bilaskan tadi. Kalau ayah balik nanti bising pulak orang tua tu,”
Fawwaz capai remote Astro di atas meja. Beberapa siaran rancangan silih berganti di kaca televisyen. Namun perhatiannya lebih tertumpu kepada Wardah yang sedang berselimut tebal di atas sofa.
“Ish, apa Along ni? Mestilah pergi mengajar! Lagi mau tanya tau! Aacum!” Bahu Wardah terhincut sedikit.
“Habis tu yang kau jalan kaki dalam hujan tadi buat apa? Nasiblah Along lalu kat situ. Ingatkan nak bagi tumpang kat awek cun tadi. Sekali kau rupanya yang main hujan,” Fawwaz geleng kepala.
Spontan fikirannya teringat kembali peristiwa lewat petang tadi. Kelibat perempuan yang berjalan dalam hujan renyai membuatkan hatinya dipagut rasa simpati. Mujur juga dia memberhentikan kenderaan. Jika tidak memang jauhlah adiknya itu kena menapak sehingga ke rumah. Paling malang jika ada yang ingin mengambil kesempatan kepada Wardah. Maklumlah, kes jenayah semakin berleluasa sekarang ini.
            “Alah, sekali-sekala nak imbau kenangan zaman kanak-kanak. You should try playing in the rain, Along! It’s a lot of fun!” Wardah buat-buat teruja. Fuuuun la sangat Wardah oi! Kalau lebih lama kau main air hujan tadi, dah kena demam panas agaknya kau ni!
            Thanks to you Hasif Wafiy! Huh! Wardah ketap bibir. Tidak berapa lama lelaki itu meninggalkan dia di tepi jalan, hujan yang sudah berhenti kembali turun membasahi bumi. Perjalanannya bagaikan dirahmati. Bukan calang-calang hujan yang turun. Siap dengan kilat sabung-menyabung.
 Mujurlah Allah menghantar Alongnya sebagai hero penyelamat. Kalau tidak ada harapan cerah mati kejung dipanah petir petang tadi. Isk isk isk. Spontan Wardah menggeleng kepala.
“Bukan ke patutnya ayah ambil kau dari rumah Aunty Raihanah?”
Fawwaz masih belum berpuas hati. Selagi belum mendapatkan jawapan, hatinya berasa tidak tenang.
“Iya Along. Selalunya memang ayah yang ambil orang. Tapi tadi anak Aunty Raihanah offer nak hantarkan orang balik,” Wardah menjawab malas. Hesy Along ni! Kalah inspektor!
“Anak aunty? Yang mana satu? Adik ipar Along tu?”
“Ye. Hasif tu lah...” Wardah julingkan mata.
“Huyooo! Cinta bersemi kembali! Kau orang dah bercinta balik ke? Kiranya nak dapat adik iparlah Along ni? This time for real?” Fawwaz terjerit kuat. Nampak teruja bukan main lagaknya saat itu.
“Ayah nak dapat menantu? Betul ke ni Wardah?” kepala Wahid terjegul di muka pintu.
Kemunculan Wahid yang mencelah perbualan mereka menyebabkan Wardah hampir terlompat dari kerusi. Bila masa saja ayah sudah pulang dari masjid, dia sendiri tidak pasti. Wardah urut dada.
“Ish ayah ni. Masuk tak bagi salam pun tau. Terkejut orang! Jangan dengar cakap Along ni ayah. Merepek aje!” Wardah geleng kepala. Cuak. Encik Wahid bin Zainuddin ni bukan boleh dibuat bergurau tentang soal jodoh anak daranya! Pasti saja dia akan mendapat tazkirah percuma sebentar lagi.
“Ayah dah bagi salam dah tadi. Korang yang rancak sangat berborak sampai tak dengar,” Wahid melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Wardah. Kedua-dua belah kakinya direnggangkan. Tangannya mula menggosok perlahan lutut yang terasa berbisa.
“Lenguh ke ayah? Meh orang picitkan,” Wardah bingkas mengalih posisi. Sepasang tangannya mula memicit lembut betis ayahnya.
“Lain kali ayah drive ajelah ke masjid tu ayah. Kalau tak pun biar Along yang hantarkan ayah ke sana,” Fawwaz memecah kesunyian. Bukan sekali dua mereka adik-beradik menegah Wahid dari berjalan kaki ke masjid. Namun ayahnya tetap berkeras.
“Ish, kamu balik kerja pun waktu orang tengah azan! Tak apalah Along. Memang ayah lebih suka berjalan kaki ke masjid. Selagi masih ada tenaga ni. Bukannya jauh sangat pun. Sampai depan simpang tu dah berteman dengan Haji Hamdan pulak. Lagi pun setiap langkah kita ke masjid tu dijanjikan Allah ganjaran yang besar,” Wahid bersandar pada sofa. Picitan Wardah mendatangkan kelegaan pada batang kakinya yang sudah berkhidmat lebih separuh abad.
“Aha!” Wahid memetik jari.  “Berbalik pada topik kita tadi... hmm... Wardah dah ada calon suami ye?” Wahid jeling ke sisi kirinya.
“Uhuk uhuk uhuk!” Terbatuk-batuk Wardah mendengarkan soalan Wahid. Sebentar tadi dia menyangkakan bahawa Wahid sudah pun terlupa tentang soal itu. Sekilas Wardah menghantar isyarat maut kepada Fawwaz. Kerap sangat mulut Along mencampakkan dirinya ke jurang berbahaya.
“Tak adalah ayah! Mana ada. Along ni yang memandai-mandai. Well Along, you are the one who should find a spouse. Umur pun dah lanjut tau. Tak laku nanti baru tahu!” Wardah jelir lidah kepada Fawwaz.
Excuse me dik! Orang lelaki ni, makin berusia makin laku tau. Lagi banyak pengalaman kata orang. Tengok aje ayah tu. Bukan main Kak Sari dan Mak Cik Solehah berebut nak tawan hati ayah!  Orang perempuan tu yang kena kahwin awal. Nilai tu semakin susut seiring dengan pertambahan usia!” Wardah tergelak mendengarkan hujah Fawwaz. Wajah Wahid yg merona merah mengusik hati mereka.
“Tah ayah ni! Kak Sari dengan Mak Cik Solehah tu berlumba-lumba nak ngorat ayah tau. Dah macam perang juadah petang! Tapi orang tengok ayah steady  je,” Wardah pandang Wahid. Rasanya satu taman perumahan sudah mengetahui bagaimana dua orang wanita itu saling berusaha untuk memenangi hati ayah mereka.
Setiap petang ada sahaja kudapan yang dihantar ke rumah. Kononnya terlebih masak. Kalau dah seminggu tiga kali terlebih masak tak ke pelik tu? Wardah geleng kepala sendirian. Kesian pun ada melihatkan kesungguhan dua orang wanita itu. Namun sayangnya pintu hati ayah sudah terkunci rapat semenjak pemergian ibu.
“Jangan nak alih topik, Wardah. Ayah ni dah tua. Tak ada terfikir pun nak cari pengganti. Kalau ayah nak, dari dulu lagi ayah boleh cari. Sekarang ni ayah tumpukan pada anak-anak. Wardah pun dah besar panjang. Sesuai sangatlah nak berumah tangga,” Wahid mengulum senyuman.
“Hesy, tak naklah orang! Orang muda lagilah. Ayah pun cakap yang orang ni memasak pun tak pandai lagi!” Wardah geleng kepala laju-laju.
“Haaa... Kalau tak pandai kenalah belajar. Ayah paling risaukan Wardah tau. Kalau Wardah kahwin, lega ayah rasa. Lainlah Along. Along tu lelaki. Ayah tak risau sangat,” Wahid paut bahu Wardah. Sepasang mata Wahid yang berkaca menyentuh perasaan Wardah.
Hmmm... Aku ni memang banyak menyusahkan ayah agaknya! Wardah menahan sendu di dalam hati. Jika dibandingkan dirinya dan Fawwaz, memang dia yang kerap bikin masalah dan buat ayah bersusah hati. Dari segi pelajaran memang mereka sama-sama lulusan universiti. Namun jalan hidup yang dipilihnya sekarang memang tersimpang jauh dari janji-janji yang pernah disemai pada ayah dahulu.
Bukan dia sengaja berkeras hati. Bukan dia sengaja mahu menjadi seperti ini. Berpakaian seperti lelaki, tidak punya pekerjaan yang stabil, hilang teman-teman... Memang dia sendiri yang memilih jalan ini. Namun dia punya sebab. Malah ayah dan Along sendiri sudah arif tentang peristiwa itu.
“Oit! Mengelamun teringatkan Hasif ke?” Fawwaz campak bantal kecil tepat mengenai wajah Wardah.
“Eiii! Along ni! Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni selain anak Aunty Raihanah tu tau!” Wardah bulat mata. Menyampah betul dirasakan apabila digosipkan bersama lelaki kejam itu.
“Kenapa pulak? Dulu bukan main rapat lagi Wardah dengan dia. Aunty Raihanah cakap Hasif tu solo lagi. Kalau betul Wardah berjodoh dengan dia, memang senang hati ayah ni!” Wahid tersengih pula.
Wardah raup muka.
Eiii! Kenapalah dengan ayah dan Along ni? Cerita dua puluh tahun dulu mana boleh diguna pakai lagi dengan situasi sekarang! Hasif yang dia kenal dulu bukan seperti yang sekarang!
Hasif yang dulunya sangat protective pada dirinya kini sudah bertukar menjadi diktator! Brutal and annoying! Ish, dia tak mahu!
“Orang tak minatlah. Tu cerita lamalah ayah. Cerita zaman orang berhingus. Sekarang orang dah besar. Orang dah ada taste  tau,”
 “Iya? Bila nak tunjuk pada ayah taste kamu tu? Ayah tengok macam tak ada social life aje kamu ni. Jangan sampai jadi anak dara tak laku pulak nanti Wardah oi,”
Huh! Wardah bagai terpukul. Kejam betul kata-kata ayah! Namun ada kebenaran apa yang dikatakan oleh ayah. Dia mana punya kawan lelaki. Hidupnya hanya sekitar di Blooms dan rumah.
Siapa sahaja yang mahu menghulurkan salam perkenalan kepada dirinya yang sentiasa berpenampilan seperti lelaki?
Split personality bak kata si mamat sengal!
“Ala ayah... Jodohkan aje si Wardah dengan anak Aunty Raihanah tu yah! Mesti aunty setuju. Hari tu Along tengok bukan main lebar senyuman aunty bila tengok Wardah. Berseri-seri muka aunty!” Fawwaz semakin giat mengusik.
“Itulah... Kalau Wardah ni tak ada calon, memang ayah nak jarum-jarumkan dengan anak Aunty Raihanah tu!” Wahid pura-pura berkata serius. Seronok melihatkan Wardah yang gelisah dan resah.
Wardah menyapu peluh di belakang tengkuk. Kesungguhan di wajah ayah dan Along mengundang resah yang bukan sedikit. Biar betul dorang ni?
“Chup! Siapa cakap orang tak ada kawan? Orang adalah kawan dengan seseorang. Tapi orang tak nak kecoh-kecoh je!” Wardah berdiri tiba-tiba. Meremang bulu romanya apabila melihatkan keseriusan ayah dan Along yang mahu menjodohkan dia dengan Hasif Wafiy.
“Kau ni biar betul. Tup-tup la pulak ada kawan. Along tengok kau tak pegang handphone pun. Tak bergayut macam orang lain pun!” Fawwaz ubah posisi duduk. Sepasang matanya membulat memandang wajah Wardah. Biar betul adiknya sudah punya teman istimewa?
“Along ingat orang ni monyet eh nak bergayut-gayut? Lagipun takkan semua benda nak tunjuk depan Along dengan ayah. Orang main SMS dengan Whatsapp dalam bilik mana Along nak tahu!” Wardah peluk tubuh. Ceritanya perlu kedengaran meyakinkan. Dia tidak mahu ada perancangan untuk menjodohkan dia dengan lelaki itu lagi di masa akan datang.
“Betul ke ni Wardah?” Wahid pandang wajah Wardah lama-lama.
“Betul,” Wardah angguk kepala. Serius, Wardah... serius!
“Siapa namanya?” Fawwaz mencelah pula.
“Hesy, tak payah sibuklah Along!” Wardah bulat mata. Eiii, Along ni! Spoil betullah.
“Eh, bagitahulah siapa namanya. Ataupun Wardah mereka-reka cerita aje ni? Ayah tak percaya. Ayah tahu Wardah tak ada berkawan dengan siapa-siapa. Sebab tu lah ayah nak jodohkan Wardah dengan si Hasif tu!”
Riak di wajah Wardah berubah sudah. Hm, sampai hati ayah dengan Along tak percayakan aku. Macam lah aku ni tak laku langsung! Wardah layan sentap. Tapi memang betul pun! Kalau diikutkan sejarah mana pernah dia membawa pulang mana-mana lelaki menghadap mereka. Ah, nama siapa pula yang hendak dipetik di saat-saat genting begini?
“Haaa, lama sangat nak fikir nama boyfriend sendiri. Nampak sangat lah menipunya tu ayah!” Fawwaz pecah ketawa.
“Ehhh.. siapa cakap orang membohong? Okay, okay. His name is A... Adam. Kalau ayah tak percaya, nanti orang tunjuk kat ayah. Yang penting orang tak nak dah ayah atau Along nak match making kan orang dengan anak Aunty Raihanah lepas ni! Sabtu nanti orang ajak dia datang rumah! Dah! Orang nak siapkan meja makan. Dah lapar ni!”
Wardah lekas-lekas berlalu masuk ke dapur. Wajahnya yang merah perlu dilarikan dari pandangan mata ayah dan Along. Memang sifat semula jadinya begitu. Terasa darah panas menyerbu ke muka apabila dia terpaksa bercakap bohong kepada kedua-dua lelaki kesayangannya itu tadi.
Wardah buka pintu peti ais.
Udara sejuk menyerbu ke wajahnya yang terasa membahang. Gila! Kau ni memang gila Aimy Wardah! Wardah ketuk kepala. Entah mengapalah hidupnya menjadi kacau-bilau semenjak bertemu dengan mamat sengal itu.
Bukan setakat hidupnya sudah terancam. Tak pasal-pasal nama Adam pula yang mulutnya menyebut laju sebentar tadi. Nak buat macam mana, Adam dan Amri sahajalah lelaki yang dikenalinya. Mustahil pula dia mahu berkomplot dengan Amri. Bukan dia tidak tahu lelaki itu menaruh perasaan kepadanya. Bimbang lelaki itu salah faham pula nanti.
Wardah menyeluk telefon bimbit dari dalam saku seluarnya. Ada getaran halus yang melanda seluruh tubuhnya saat itu.
Well now... How should I tell him?
Wardah berfikir sejenak. Selang beberapa minit, jemari Wardah menari laju di atas keypad. Butang ‘send’ ditekan setelah ayat dikarang diulang baca hampir sepuluh kali.
Wardah melepas keluhan. Resah.
Minta-mintalah dia cakap ‘yes’. Wardah pejam mata rapat-rapat. Sudikah Adam keluar bertemu dengannya Sabtu nanti?
Well, I’m sorry that I have to drag you into my mess, Adam!


“Ayah!” Fawwaz goncang lengan Wahid. Pelbagai soalan menyerbu masuk ke mindanya. Namun lidahnya terasa kelu. Pandangan matanya bertembung dengan sepasang mata Wahid.
“Betul ke apa kita dengar tadi, ayah?”
             Wahid kelip mata.
“Itulah Fawwaz! Tak hilang lagi terkejut ayah ni! Niat ayah nak mengusik adik kamu aje tadi. Mana tahu dia betul-betul nak bawakan calon menantu jumpa ayah pulak nanti! Hesy, nasiblah ayah ni tak ada sakit jantung!” Wahid urut perlahan dadanya. Terasa masih sukar untuk mempercayai kata-kata Wardah sebentar tadi.
Biar betul aku dah nak bermenantu?

Sunday, September 29, 2013

Bab 12 - Main Kahwin-Kahwin


            ABACADABRA! Puff!
Ouh, nope! I’m still here! Wardah garu kepala yang tidak gatal. Dia benar-benar berharap dia punya kuasa untuk menghilangkan diri dalam sekelip mata. Tak sanggup lagi untuk berada di rumah Aunty Raihanah saat ini. Wardah beranikan diri untuk angkat kepala.
            Zappp!
Adoi! Pandangan mata Hasif Wafiy yang cukup tajam menusuk terus ke hatinya. Sudah beberapa kali dia tercedera dan terdera dengan jelingan lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu.
            Kepercayaannya sudah mula goyah. Harapannya sudah mula punah. Jika tadi dia yakin benar lelaki itu gagal mengecam dirinya, namun kini dia sudah berubah fikiran. Selain daripada kata-kata yang dibisikkan oleh lelaki itu sewaktu meletakkan tubuhnya di atas sofa, kejadian seterusnya turut menguatkan lagi nalurinya.
            Semangkuk air yang dibawa oleh Hanani untuk direnjis menyedarkan dia dari pengsan (kononnya) habis ditelangkupkan oleh lelaki itu ke mukanya! Lencun habis dia dari kepala hingga ke perut!
            “Nah Wardah. Ni ada tudung dengan pakaian Nani. Wardah salin dulu ya. Kesian kat Wardah. Hasif ni lah! Bukan nak pegang elok-elok mangkuk air tu tadi!” Raihanah memukul perlahan belakang anak terunanya.
            “Sorry ya Cik Wardah. Habis basah baju cik tu. Entah macam mana boleh terlepas pulak tadi,” Hasif bersuara perlahan. Wardah panggung kepala. Setitis air yang mengalir dari kepalanya dikesat dengan tapak tangan.
            “Err... tak apa,” Wardah balas pendek. Sungguh dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Awkward momento! Tangannya mencapai pakaian Hanani dan segera berlalu ke bilik tetamu yang sudah terkopak tombol pintunya.
Menurut Aunty Raihanah, kunci bilik itu memang sudah lama hilang dari simpanan. Kerana kebijaksanaannya mengunci pintu dari dalam dan melompat keluar dari tingkap sebentar tadi, penyudahnya pintu itulah yang menjadi mangsa keadaan. Syabas Aimy, syabas!
Wardah keluar semula selepas siap menyalin pakaian. Kalau diturutkan rasa hati, memang dia ingin terus pulang ke rumah. Namun melihatkan Aunty Raihanah yang beriya-iya menjemput dia duduk bersama di meja makan, dia jadi serba salah. Sudahlah dia membuatkan wanita itu susah hati sebentar tadi. Lambat-lambat Wardah menapak jua menyertai mereka.
“Jemput makan Wardah. Ni Nani ada buat cekodok. Aunty pula beli karipap inti daging dari kantin sekolah tadi,” Raihanah menyuakan pinggan kepada Wardah. Secawan teh panas turut dituang untuk gadis itu.
“Akak okay?” Hanani mengambil tempat di sebelah Wardah. Terkejut bukan kepalang dia dengan peristiwa petang tadi. Manakan tidak, bukan main dia terpacak berdiri di depan pintu bilik tamu, alih-alih dilihatnya Wardah dikendong masuk oleh Hasif melalui pintu hadapan. Tak ke pelik bin ajaib tu?
“Akak okay. Maafkan saya buat aunty dan Nani risau,” Wardah ikhlas memohon maaf. Bila dikenang kembali, memang tindakan gila yang diambilnya tadi. Sememangnya setiap kali bertemu dengan Hasif, perkara-perkara luar biasa yang akan dilakukannya! Sungguh di luar kawalan.
“Hmm, sebenarnya kenapa Kak Wardah panjat tingkap tadi?” Hanani sukar membendung rasa ingin tahunya. Dari terbawa-bawa ke dalam mimpi, lebih baik dia bertanya saja kepada empunya badan!
Wardah tersedak kecil. Alah, alasan apa lagi yang harus diberikan kepada tiga pasang telinga yang sedang sedia menunggu penjelasan darinya ini? Dia sudah kehabisan idea. Kering-kontang sudah otaknya diperah bekerja petang ini.
“Err... sebenarnya... hmm... akak, akak cuba nak tunjukkan... hmmm... cara-cara pergerakan peristalsis pada Nani!” Wardah senyum paksa. A note to myself: one lie leads to the others, Aimy!
“Peris apa?” kening Raihanah sudah bercantum.
“PE-RIS-TAL-SIS. Peristalsis tu pergerakan otot dalam sistem pencernaan kita, Mama,” Hanani menjelaskan pada ibunya.
“Ye, betul tu Nani. Itu yang akak cuba nak demonstrate pada Nani untuk kelas akan datang sebenarnya. Tadi tu akak saja nak practice. Akak tengok Nani lebih mudah faham kan kalau akak buat macam tu?” Wardah menjawab penuh keyakinan kali ini. Terlupa sudah perancangan asalnya untuk meletak jawatan.
“Betul la Mama. Tadi Kak Wardah demonstrate pasal menstrual cycle. Baru Adik faham sekarang ni!”
Wardah angguk-angguk kepala sambil tersenyum.
“Hesy, jangan nak buat dah kerja panjat tingkap macam tadi Wardah. Cukuplah tadi sekali. Wardah cari cara lain ajelah ye untuk bagi Nani faham. Jangan sampai bahayakan diri sendiri!” Raihanah geleng-geleng kepala. Ada tingkap ke dalam usus kita ni?
“Hm, baik aunty,” Wardah buat-buat tunduk patuh. Lega hatinya bila Raihanah berkata begitu. Kalau tidak pecah kepala pula dia hendak memikirkan kaitan panjat tingkap dengan proses pencernaan makanan itu.
“Amboi, ada orang tu tak berkelip pandang Kak Wardah! Mengimbau kenangan keee,” Hanani berdehem beberapa kali. Serentak Wardah dan Raihanah memandang Hasif.
Zappp!
Wardah tunduk untuk kesian kali. Hesy! Ada laser ke apa dalam mata mamat-sengal-yang-miang tu?
“Haah, tengah mengimbau kenangan,” Hasif ukir senyuman manis. Mana mungkin Abang lupakan kejadian ditendang dalam tren dan peristiwa jatuh terkangkang depan klien bulan lepas adik oiii. Dua kali abang dimalukan cikgu Adik ni!
“Eh, Hasif ingat lagi ye? Memang Hasif cam muka Wardah?” Raihanah bertanya pula. Tak sangka anak lelakinya itu masih boleh mengecam Wardah sedangkan sudah dua puluh tahun mereka terpisah.
“Ish. Mestilah Hasif ingat Mama. Tak mungkin Hasif boleh lupa!” dua kali kau malukan aku, jatuhkan maruah aku, cederakan aku... Eiii! Memang mustahil la aku boleh lupa!
Hasif menyuap sebiji cekodok ke dalam mulut. Pura-pura bertenang padahal hatinya terasa hangat membara. Cekodok di dalam mulut dikunyah lumat-lumat. Alangkah bagusnya kalau cekodok ni adalah jelmaan kepala kau perempuan!
“Tak sangka Mama! Ingatkan Hasif dah lupa. Tapi muka Wardah dah lain kan sekarang?” Raihanah merenung wajah Wardah. Makin dewasa makin manis anak Wahid yang seorang ini.
“Memang lain sangat-sangat Ma! Berubah terus dah Cik Wardah kita hari ni,” Hasif terkesan perubahan riak di wajah Wardah. Mama tak tahu macam mana cikgu Adik ni bila kat luar, Mama. Perangai macam jantan. Pakaian macam jantan. Adui, manalah Mama jumpa cikgu macam ni?
Wardah terasa kebas bontot. Nampaknya Aunty Raihanah dan Hasif tidak bercakap tentang perkara yang sama. Aunty Raihanah sudah tentulah sedang seronok mengimbau kenangan mereka masa kecil dahulu. Yang si Hasif pula sedang sibuk menyindir dirinya. Wardah rasa serba tak kena.  
“Hasif nak tahu, Uncle Wa...”
“Aunty! Ehem. Wardah rasa nak balik dulu lah,” Wardah lekas-lekas potong ayat Raihanah. Dia tak mahu Raihanah menyebut pula tentang ayahnya. Biarlah Hasif tidak tahu siapa dirinya yang sebenar. Beg sandang di atas lantai dicapai laju.
“Nak balik dah?” Raihanah pandang wajah Wardah.
“Ye aunty. Dah lewat ni. Nanti ayah nak ke masjid untuk Maghrib. Lagipun hujan dah berhenti tu,” Wardah terus menyalami Raihanah dan Hanani. Lagi lama saya kat sini hancur berkecai agaknya badan saya ni terkena panahan mata anak aunty tu.
“Kalau macam tu biar Hasif hantarkan Cik Wardah balik ye Mama,” Hasif turut berdiri.
Wajah Wardah pucat mendengarkan kata-kata Hasif. Senyuman di bibir lelaki itu sudah dapat ditafsir. Nampaknya lelaki itu masih belum puas membuat perhitungan dengannya.
“Ish! Tak payah susah-susah Encik Hasif. Saya boleh call ayah saya nanti,” Wardah geleng kepala laju-laju. Nak naik berdua dengan kau? Hesy, minta nyawa! Minta nyawa!
“Eh, eloklah Hasif hantarkan Wardah balik. Senang hati aunty. Ni, bagi kat ayah ya!” Raihanah hulur tupperware berisi cekodok dan pisang goreng. Hanani pula sudah buka pintu kereta Mazda 3 Hatchback untuknya.
Dengan berat hati Wardah masuk juga ke dalam perut kereta. Doa pelindung diri dibaca dalam hati sebaik kereta Hasif perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan rumah.
Wardah berasa seram semacam. Kali terakhir mereka bertemu dulu, lelaki itu berjaya membuatkan seluruh anggota tubuhnya menggigil ketakutan. Dia bimbang peristiwa yang sama berulang lagi! Wardah buang pandang ke luar tingkap. Cuba mencari ketenangan diri.
 “What are you? A nutcase?” suara Hasif memecah kesunyian antara mereka. Spontan Wardah pandang wajah lelaki itu.
“Excuse me?”
A cuckoo perhaps?” Ada senyuman sinis terukir.
“What?!” Wajah Wardah merah menahan marah.
Hasif membelok dengan tiba-tiba. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Hasif paling badan 90 darjah ke kiri menghadap Wardah di hadapannya.
“Aku tanya, kau ni gila ye? Psychopath? Setiap kali aku jumpa kau, ada je benda gila yang kau buat!” fikiran Hasif ligat memutarkan kembali setiap perbuatan gadis itu.
If I am a nutcase, then you are a pervert!” sepasang mata Wardah bulat memandang Hasif.
What??!” Hasif geleng kepala. Aku pervert? Hina sangat darjat yang awak bagi tu Cik Wardah oi!
Look, kalau kau masih rasa aku sengaja peluk kau dalam tren dulu, then YOU ARE TOTALLY WRONG. Aku tak sengaja. Case closed!” Hasif pamer wajah serius.
“Oh really? Then yang dalam office tu? Tak sengaja jugak?”
Erk! Hasif terdiam. Yang itu memang dia sengaja. Tapi niatnya sekadar ingin mengusik gadis itu. Langsung tak terlintas dia mahu mengapa-apakan perempuan-tak-berapa-perempuan itu.
“Jawablah! Kenapa diam?” Wardah menjeling geram. Memang dasar pervert!
“Alah, kau tu lagi teruk! Split personality agaknya? Kejap macam jantan. Kejap macam perempuan. Kau ni spesis apa sebenarnya?”
Giliran Wardah terdiam pula. Ah, lelaki ni memang! Mulut macam puaka! I should add another nickname for you: mamat-miang-yang-sengal-bermulut-puaka! Wardah merengus kasar.
That is none of your business! Just take me home! Pervert!” Wardah pandang depan. Tangannya disilangkan ke dada. Skala kemarahannya sudah meningkat. Berdepan dengan lelaki yang seorang ini memungkinkan dia melakukan perkara-perkara gila sekali lagi. Ah, memang betul agaknya aku ni psyhcopath!
“Kau dengar sini baik-baik ye perempuan, tomboy or whoever you are. Kalau kau cuba influence Nani buat benda yang bukan-bukan, jaga kau! Aku sekolahkan kau nanti! Nasiblah Nani dah selesa belajar dengan kau. Kalau tak aku akan pastikan kau tak payah datang rumah aku lagi!” kereta Hasif kembali meluncur di atas jalan raya. Tangannya terasa panas tatkala memegang stering kereta.
Hasif menjeling ke sisi kirinya. Wajah Wardah yang cemberut dicuri pandang. Ya, memang betul penampilan minah ini cukup berbeza daripada pertemuan mereka yang sebelum ini. Walau tanpa solekan, tapi Wardah kelihatan seperti perempuan sejati. Entah mengapa agaknya perempuan ini mahu menyerupai lelaki. Hai... dunia memang dah akhir zaman! Hasif terleka memandang wajah Wardah.
“Baik kau tengok jalan daripada tengok aku. Aku korek mata kau nanti!” Wardah memberi amaran. Geram mengenangkan sikap Hasif yang terlalu selamba menjadikan dirinya bahan santapan mata.
Huh. Macam lah aku terpesona dengan kau! Hasif tekan hon dengan kuat. Perasaan marahnya dilempiaskan kepada penunggang motosikal yang mencilok di hadapan.
You know what, kau bukannya ada apa-apa yang menarik pun. Tak fahamlah aku kenapa Mama pun suka sangat dengan kau!”
Alah, kau pun suka kat aku dulu. Bukan setakat suka, dah kahwin pun dengan aku! Wardah membidas di dalam hati. Kata-kata Hasif tidak diambil peduli. Bertikam lidah dengan dia ni sampai bila pun tak habis!
“Dah. Turun.” Hasif tekan brek.
Wardah pandang luar. Bibirnya diketap geram. Kawasan perumahannya terletak lebih satu kilometer lagi dari situ. Takkan mamat ni nak suruh aku menapak dari sini?
“Tunggu apa lagi tu? Takkan nak suruh aku bukakan pintu pulak. Memang tak la kan!” Hasif bersuara sinis.
“Rumah aku kat depan lagi la,”Wardah pandang kanan.
“Apa dia?”
“Rumah aku kat de...”
WHATTTT?!” Hasif potong ayat Wardah. Sebelah tangannya diletakkan di belakang cuping telinga. Pura-pura tak mendengar apa yang dikatakan oleh Wardah.
I said, MY HOUSE IS...”
“APAAAA? Alaaa... tak dengarlah,” Hasif ukir senyuman menyakitkan hati.
Hey! You know what? You are a stupid, retard pervert! Memang malang si Nyonya Mansur tu dapat kau tau tak?” jari Wardah berjarak seinci dari hidung Hasif. Sakit hatinya dengan senyuman serta tawa yang meletus dari bibir lelaki itu.
Wardah capai beg sandang serta tupperware pemberian Raihanah. Tak guna dia bercakap dengan lelaki itu lagi. Buat sakit darah tinggi aje! Wardah buka pintu kereta. Baru hendak keluar dia toleh semula ke arah Hasif.
 “Kalau ikutkan aku nak quit dari mengajar Nani. Tak nak tengok muka kau ni lagi! Tapi as you said... my world is about to get interesting kan? I’ll make sure yours will too! Thanks for the free ride Encik Hasif!”
Wardah melangkah keluar. Kedua-dua belah kakinya terasa basah dan sejuk. Euuuww! Wardah pandang bawah. Separuh seluar pallazo Nani yang dipinjamnya sudah bertukar warna. Kau turunkan aku kat becak? Memang suami mithali betul lah! Sepasang matanya tajam memandang Hasif.
Bye-bye Cik Wardah! Take care dan selamat burn calorie!” Hasif tekan pedal minyak meninggalkan Wardah terkulat-kulat di situ.
Wardah menyeret kakinya di atas permukaan jalan. Hatinya terasa penuh. Penuh dengan pelbagai rasa yang sukar diungkap. Wajah Hasif yang tersenyum jahat muncul di layar fikirannya.
Eiii! I make sure I’ll vanish that smirk on your face... The game is on Mr Hubby!


Monday, September 23, 2013

Bab 11 - Main Kahwin - Kahwin


            “ASSALAMMULAIKUM,” Hasif melonggarkan ikatan tali leher sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Dia duduk bersandar di atas sofa sambil memejamkan mata. Cuba merehatkan badan serta minda setelah seharian penat bekerja.
            “Awal Abang balik hari ni?” Hanani muncul sambil menatang sedulang hidangan petang. Kaki kiri Hasif yang diletakkan di atas meja ditolak ke bawah.
            “Cuba sopan sikit duduk tu. Kita ada tetamu ni!” Hanani menjuihkan bibir.
            “Siapa datang? Kak Ju?” Hasif cuba buka mata kirinya. Adui, beratnya!
            “Ish, tak ada maknanya Kak Ju. Ni tutor Adik ada kat sini. So sila buat perangai senonoh sikit ye,” Hanani menyusun pinggan serta cawan di atas meja. Tidak sia-sia meluangkan masa di dapur bersama Mama. Setakat menyediakan masakan ringkas seperti ini pejam mata pun boleh. Ewah, berlagak pulak!
            “Abang!” Hanani menyiku lutut Hasif. Matanya menyorot ke arah wajah lelaki itu. Misai serta jambang yang melata di wajah Hasif diperhati lama. Comotnya! Hanani tergelak sendiri.
            Hasif membuka matanya sekali lagi. Keningnya terangkat sedikit mendengarkan tawa halus adiknya. “Kenapa?”
            “Abang tu la. Tak terurus langsung muka tu. Jambang tu tak boleh tebal lagi? Dah macam bhai jual roti,”
            “Ish, janggut ni kan sunnah!” Hasif mengusap-usap jambangnya.
            “Memang la sunnah, bang. Tapi perlu la jaga kebersihan diri tu jugak. Trim la bagi kemas. Baru lah hensem! Ni dah macam orang hilang bini je,” Hanani membebel lagi.
            “Abang penat. Tak ada masa. Memang tak sempatlah nak belek-belek muka macam orang perempuan,” Hasif memejamkan kembali matanya. Dia benar-benar letih. Kerja di pejabat tidak pernah surut. Sentiasa saja dihambat deadline.
            “Abang!”
            “Hmm,” Hasif menjawab malas.
            “Abang tak pernah jumpa lagi kan tutor Adik?”
            “Hmmmm,”
            “Abang nak tahu tak siapa?” sepasang mata Hanani sudah bercahaya.
            “Hmmmmmm...” masih pejam mata.
            “Alaaa, Mama memang sengaja nak buat surprise kat Abang. Tapi Adik tak sabar la nak beritahu Abang! Hee... Abang dulu suka main kahwin-kahwin yeee! Siap bersanding lagi, kan? Tak payah nak sorok la. Adik dah tahu dah! Kak Wardah, isteri olok-olok Abang tu la yang mengajar Adik sekarang ni! Kalau Abang nak tahu, Kak Wardah ada tengah solat dalam guest room tu! Mesti Abang excited nak jumpa dia kan! Mama cakap dah twenty years korang terpisah!” Hanani mengulum senyuman.
            Kalau ikutkan memang dia turut berpakat dengan Mama untuk merahsiakan identiti Wardah. Tapi melihatkan penampilan Hasif yang selekeh membuatkan dia tidak sampai hati untuk menemukan mereka dalam keadaan begitu. Sekurang-kurangnya sementara Kak Wardah solat, sempatlah Abang pergi bersihkan diri terlebih dahulu.
            Hanani pandang wajah Hasif. Menunggu reaksi dari perkhabaran yang disampaikan tadi. Terkejutkah? Gembira? Terharu atau tak ambil peduli?
“Abang?” Hanani cuit bahu Hasif. Amboi, asyiknya mengimbau kenangan!
            “Abang??” Hanani menguatkan suara.
Aik, masih diam tiada respons!
 “Aaaabang!” Lengan Hasif digoncang kuat.
            “Ye betul la tu!” Hasif menjawab spontan. Matanya dibuka. Merah.
            “Abang! Abang tidur?” Hanani tarik muncung. Geramnya!
            “TERRRR... tidur! Nani cakap apa tadi?” Hasif tongkah kelopak mata. Sepasang matanya kini ditala pada wajah Hanani dengan bersungguh-sungguh.
            “Eiii, malaslah nak ulang balik! Nyampah!” Hanani cubit lengan Hasif.
            “Alalala... sorry la dik. Abang memang betul-betul penat. Bagi Abang naik, mandi dan solat dulu. Dah segar nanti kita sembang lagi ya,” Hasif berdiri tegak. Lehernya dilentokkan ke kiri dan kanan untuk membuang lenguh.
            “Okay?” Hasif pandang wajah Hanani.
            “Hmm,” Hanani pandang dinding.
            “Macam tu lah adik Abang!” Hasif gosok kepala Hanani. Beg kerja di tepi sofa dicapai sebelum dia mula mendaki anak tangga. Sebentar lagi azan Asar akan berkumandang. Dia mahu menunaikan tanggungjawab yang satu itu di surau kawasan perumahan. Bukan selalu dia dapat pulang awal dari pejabat. Peluang yang ada harus digunakan dengan sebaiknya.



            WARDAH mundar-mandir di dalam bilik. Sudah berapa ribu langkah dia berjalan dia sendiri tidak pasti. Boleh pecah lemak kalau diamalkan selalu.
            “Relax Aimy! Have a seat first!” Wardah bercakap sendiri. Dia duduk gelisah. Bibirnya digigit-gigit perlahan. Otaknya ligat mencari idea untuk mengelak dari bertemu dengan mamat-miang-yang-sengal.
            Mentolnya harus cepat menyala. Sudah lebih lima belas minit dia menguncikan diri di dalam bilik. Kalau di rumah sendiri bolehlah dia menyorok di situ sehingga esok. Tapi dia di rumah orang. Bukan sembarangan orang pulak tu. Manusia ini sudah diisytiharkan sebagai musuh abadi!
            Wardah mengetap gigi. Apa pun yang terjadi, dia tidak boleh bertentang mata dengan lelaki itu. Ada banyak sebab yang membuatkan dia resah.
            Sebab yang pertama: Lelaki itu sudah dua kali dicederakan dengan niat! Peristiwa di dalam tren serta di bilik pejabat Hasif terlayar kembali di ruang minda. Macam mana agaknya lelaki itu jatuh dari kerusi ya?
            Sebab yang kedua: Lelaki itu telah melihat dia berpakaian seperti lelaki. Dia pasti Hasif Wafiy tidak teragak-agak untuk membocorkan rahsianya yang satu itu. Aunty Raihanah pasti akan hilang kepercayaan kepadanya. Malah yang paling ditakuti adalah sekeping hati ayah yang akan terluka lagi kerana sikapnya.
            Sebab yang ketiga: Lelaki itu adalah ‘suami’ yang dikahwini dua dekad lalu. Dia tidak punya relevant explanation untuk sebab yang ketiga ini. Namun yang pastinya dia tidak mahu lelaki itu mengetahui siapa sebenarnya wanita yang mencederakan dirinya. Manakan tidak, suatu ketika dahulu dia pernah menjadi budak perempuan yang berlari memohon perlindungan lelaki itu sewaktu dibuli geng Boroi!
            Wardah geleng kepala. Sebenarnya masih terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang ‘dikahwini’ dan yang dimusuhi adalah orang yang sama. Terus hilang feel! Kecil betul dunia aku ni. Balik-balik jumpa orang yang sama! Wardah merengus sendirian.
            “Kak Wardah dah habis solat?” ketukan pintu kedengaran disusuli suara ceria Hanani dari luar bilik.
            “D.... dah! Tengah nak pakai tudung,” Wardah gugup menjawab.
            “Nanti dah siap akak keluar ya! Ada orang nak jumpa akak ni!” Wardah dapat membayangkan senyuman lebar di wajah Hanani saat ini. Kau sorang aje lah yang excited dik! Kak Wardah dah rasa nak putus nyawa ni!
            “Ok... Okay Nani. Give me five minutes!” skala gelabahWardah meningkat dengan tiba-tiba. Tidak boleh tidak, dia harus meninggalkan rumah ini dalam apa jua cara sekali pun.
            Wardah merapati tingkap empat segi bersaiz sederhana. Jeriji besi tidak berkunci itu dibuka perlahan-lahan. Engsel tingkap yang tidak bergris menghasilkan bunyi yang menyakitkan telinga. Wardah menahan ngilu. Matanya memandang ke luar halaman. Langit yang tadinya cerah kini sudah bertukar mendung. Sesekali kedengaran dentuman guruh dan pancaran kilat di kaki langit.
            Wardah menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah nekad. Beg sandang di atas katil dicapai pantas. Meja belajar dipanjat tanpa teragak-agak. Wardah mengemaskan cengkaman pada birai tingkap. Sepasang kakinya dilunjurkan ke luar. Bismillah...
            Perlahan-lahan Wardah menolak keluar tubuhnya dari tingkap bilik. Hujung jarinya berpaut kuat pada bingkai tingkap. Wardah menahan debaran di dada. Kerja memanjat tingkap bukanlah kepakarannya. Kalau bukan kerana ‘mamat’ itu,  jangan haraplah dia hendak buat aksi pencuri begini! Segenap tenaga dikerah kepada otot-otot tangan yang bekerja keras menampung berat badannya.
            “Hiyahh! Sikit lagi! Sikit aje lagi! Don’t give up now, Aimy! You don’t wanna bump into that pervert!” Wardah memotivasi diri. Hujung kakinya cuba menyentuh permukaan bersimen di bawah sana.
            “Aimy Wardah??!!”
            “Opocot mak kau!” cengkaman tangan Wardah pada bingkai tingkap terlepas terus tatkala mendengarkan suara Raihanah. Sekelip mata tubuhnya mendarat di atas lantai.
            “Ya Allah, Wardah! Wardah tak apa-apa? Kenapa panjat tingkap ni, nak?” Raihanah menerpa ke arah Wardah. Tubuh gadis itu digosok-gosok secara rambang. Tak tahu bahagian mana yang mungkin cedera. Jantungnya bagai nak tercabut risaukan anak dara orang yang tercedera di kawasan rumahnya.
            “Err... Okay Aunty. Wardah okay. Sikit je ni,” Wardah menggosok-gosok punggungnya yang terasa kebas. Wajahnya terasa hangat. Pasti kedua-dua belah pipinya sedang merona merah dengan hebatnya saat ini! Kenapa balik awal pulak Aunty Raihanah hari ni?
            “Betul okay?” Raihanah mencari sepasang mata Wardah untuk mendapatkan kepastian. Jatuh terjelepuk macam nangka busuk dan masih okay? Memang gagah anak dara si Wahid ni!
            “Ye aunty. Tak ada apa-apa. Aunty jangan risau ya?” Wardah cuba berdiri tegak untuk membuktikan yang dia masih kuat. Dia tak mahu Raihanah risaukan dirinya. Lagi pun memang dia tak apa-apa. Hanya bontotnya saja terasa sengal. Dan maruahnya yang sedikit tercalar kerana Raihanah menyaksikan peristiwa memalukan sebentar tadi.
            “Mama, siapa yang bergayut pada tingkap guest room tu? Hasif nampak dari bilik tadi,” Hasif melangkah merapati Raihanah. Bukan main laju dia turun ke bawah tatkala ternampak kelibat gadis yang memanjat dinding rumahnya.
            Sh...shoot! Si mamat – miang – yang – sengal! Wardah ketap bibir. Spontan dia memalingkan tubuhnya. Homai... helah apa lagi yang harus digunakan kali ini. Wardah menahan ketar di kepala lututnya. Otaknya ligat mencari idea.
            “Wardah jatuh ni Sif. Nasib tak ada apa-apa katanya,” Raihanah mendapatkan anak sulungnya.
            “Wardah?” Hasif kerut kening. Pandangan matanya ditala ke arah gadis yang sedang berdiri menghadap dinding. Siapa pula ni? Macam tak ada tamadun datang rumah orang siap memanjat tingkap. Pintu kan ada?
            “Laaa... Mama tak pernah beritahu kamu kan. Wardah ni tutor Adik. Mari sini Wardah. Dah lama Aunty nak temukan korang. Hasif ingat lagi tak siapa ni?” senyuman Raihanah melebar sesaat sebelum wajahnya bertukar pucat. Sepantas kilat dia berlari mendapatkan Wardah yang sudah jatuh terbaring di atas lantai.
            Wardah pejam mata rapat-rapat. Berlakon pengsan elok-elok, Aimy Wardah! Be a drama queen! Dia memesan diri sendiri. Ini saja idea spontan yang datang di saat-saat genting begini. Break a leg!
            “Hasif, tolong Mama angkat Wardah masuk dalam. Lekas!”
            Erk! Wardah rasa nak tercekik anak tekaknya sendiri. Walaupun pandangan matanya hitam kelam, namun dia dapat mendengar derap langkah yang bergegas menghampirinya. Wardah mematungkan diri. Dia sudah kehabisan buah catur! Peluh sudah mula membasahi dahinya saat tangan tegap membetulkan kedudukan tubuhnya.
            Ya Allah! Janganlah dia cam aku! Wardah memohon di dalam hati.
Perlahan-lahan dia merasakan tubuhnya diangkat dari permukaan lantai yang keras. Untuk pertama kalinya dalam hidup dia berada di dalam dakapan lelaki ajnabi. Begitu rapat sehingga menyebabkan dia terpaksa menahan gigilan halus yang melanda tubuhnya. Dalam kedudukan begitu dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung lelaki itu yang pantas. Dia jadi nervous! Hormon-hormon kewanitaanya bagai berpesta. Hesy, darurat ni... darurat!
Setapak.
Dua tapak.
Sepuluh tapak.
Wardah mengira di dalam hati. Dia ternanti-nanti jerkahan maut dari Hasif. Namun kini dia amat pasti Hasif tidak mengecam wajahnya. Yelah, penampilannya hari ini cukup berbeza daripada pertemuan-pertemuan mereka sebelum ini. Dia yakin rahsianya masih selamat tersimpan kemas. Jika Hasif dapat mengecam dirinya, pasti saja lelaki itu sudah mencampakkan semula tubuhnya ke atas lantai sejak tadi.
“Letak kat atas sofa tu, Sif. Adik! Tolong ambil air. Cepat!” laungan Raihanah kedengaran kuat menampar cuping telinganya. Pastinya wanita itu berasa cuak dengan kejadian petang ini. Maafkan Wardah buat aunty risau! Wardah janji ini yang terakhir!
Wardah merasakan tubuhnya diletakkan perlahan-lahan di atas sofa lembut. Tangan lebar Hasif membetulkan kedudukan kepalanya di atas bantal empat segi. Wardah berasa terbuai seketika. Alahai, sopan jugak kau ni rupanya mamat sengal! Nasiblah kau tak cam aku. Lepas ni memang aku letak jawatan dari mengajar Hanani! We are not going to see each other anymore! The end! 
Wardah senyum dalam hati. Lega hatinya bukan kepalang. Kalau tahu begini mudah, tak perlulah dia melakukan aksi stunt sebentar tadi. Sampai dua kali tubuhnya menghentam lantai simen hari ini. Hukum karma agaknya atas apa yang pernah dilakukan kepada lelaki itu dahulu.
“You know what Miss Wardah, it is such a small world isn’t it? And believe me... your world is just about to get interesting! Gotcha!”
Degupan jantung Wardah yang baru hendak berentak normal kembali kuat menghentam dada. Wardah mengawal diri. Kata-kata yang dibisikkan oleh Hasif di telinganya tadi bagai tali gantung yang melilit lehernya.
Apa maksud dia? Please don’t tell me that he reconigsed me! He didn’t! Kan? Dia tak cam aku kan tadi?

Kan? Kan?

Nota kaki: Kalau suka sila klik Like dan Share! :)