“ASSALAMMULAIKUM,” Hasif melonggarkan
ikatan tali leher sebaik melangkah masuk ke ruang tamu. Dia duduk bersandar di
atas sofa sambil memejamkan mata. Cuba merehatkan badan serta minda setelah
seharian penat bekerja.
“Awal Abang balik hari ni?” Hanani
muncul sambil menatang sedulang hidangan petang. Kaki kiri Hasif yang
diletakkan di atas meja ditolak ke bawah.
“Cuba sopan sikit duduk tu. Kita ada
tetamu ni!” Hanani menjuihkan bibir.
“Siapa datang? Kak Ju?” Hasif cuba
buka mata kirinya. Adui, beratnya!
“Ish, tak ada maknanya Kak Ju. Ni
tutor Adik ada kat sini. So sila buat
perangai senonoh sikit ye,” Hanani menyusun pinggan serta cawan di atas meja.
Tidak sia-sia meluangkan masa di dapur bersama Mama. Setakat menyediakan
masakan ringkas seperti ini pejam mata pun boleh. Ewah, berlagak pulak!
“Abang!” Hanani menyiku lutut Hasif.
Matanya menyorot ke arah wajah lelaki itu. Misai serta jambang yang melata di
wajah Hasif diperhati lama. Comotnya! Hanani tergelak sendiri.
Hasif membuka matanya sekali lagi.
Keningnya terangkat sedikit mendengarkan tawa halus adiknya. “Kenapa?”
“Abang tu la. Tak terurus langsung
muka tu. Jambang tu tak boleh tebal lagi? Dah macam bhai jual roti,”
“Ish, janggut ni kan sunnah!” Hasif
mengusap-usap jambangnya.
“Memang la sunnah, bang. Tapi perlu
la jaga kebersihan diri tu jugak. Trim la
bagi kemas. Baru lah hensem! Ni dah macam orang hilang bini je,” Hanani
membebel lagi.
“Abang penat. Tak ada masa. Memang
tak sempatlah nak belek-belek muka macam orang perempuan,” Hasif memejamkan
kembali matanya. Dia benar-benar letih. Kerja di pejabat tidak pernah surut. Sentiasa
saja dihambat deadline.
“Abang!”
“Hmm,” Hasif menjawab malas.
“Abang tak pernah jumpa lagi kan
tutor Adik?”
“Hmmmm,”
“Abang nak tahu tak siapa?” sepasang
mata Hanani sudah bercahaya.
“Hmmmmmm...” masih pejam mata.
“Alaaa, Mama memang sengaja nak buat
surprise kat Abang. Tapi Adik tak
sabar la nak beritahu Abang! Hee... Abang dulu suka main kahwin-kahwin yeee!
Siap bersanding lagi, kan? Tak payah nak sorok la. Adik dah tahu dah! Kak
Wardah, isteri olok-olok Abang tu la yang mengajar Adik sekarang ni! Kalau
Abang nak tahu, Kak Wardah ada tengah solat dalam guest room tu! Mesti Abang excited
nak jumpa dia kan! Mama cakap dah twenty
years korang terpisah!” Hanani mengulum senyuman.
Kalau ikutkan memang dia turut
berpakat dengan Mama untuk merahsiakan identiti Wardah. Tapi melihatkan
penampilan Hasif yang selekeh membuatkan dia tidak sampai hati untuk menemukan
mereka dalam keadaan begitu. Sekurang-kurangnya sementara Kak Wardah solat,
sempatlah Abang pergi bersihkan diri terlebih dahulu.
Hanani pandang wajah Hasif. Menunggu
reaksi dari perkhabaran yang disampaikan tadi. Terkejutkah? Gembira? Terharu
atau tak ambil peduli?
“Abang?”
Hanani cuit bahu Hasif. Amboi, asyiknya mengimbau kenangan!
“Abang??” Hanani menguatkan suara.
Aik,
masih diam tiada respons!
“Aaaabang!” Lengan Hasif digoncang kuat.
“Ye betul la tu!” Hasif menjawab
spontan. Matanya dibuka. Merah.
“Abang! Abang tidur?” Hanani tarik
muncung. Geramnya!
“TERRRR... tidur! Nani cakap apa
tadi?” Hasif tongkah kelopak mata. Sepasang matanya kini ditala pada wajah
Hanani dengan bersungguh-sungguh.
“Eiii, malaslah nak ulang balik!
Nyampah!” Hanani cubit lengan Hasif.
“Alalala... sorry la dik. Abang memang betul-betul penat. Bagi Abang naik,
mandi dan solat dulu. Dah segar nanti kita sembang lagi ya,” Hasif berdiri
tegak. Lehernya dilentokkan ke kiri dan kanan untuk membuang lenguh.
“Okay?”
Hasif pandang wajah Hanani.
“Hmm,” Hanani pandang dinding.
“Macam tu lah adik Abang!” Hasif
gosok kepala Hanani. Beg kerja di tepi sofa dicapai sebelum dia mula mendaki
anak tangga. Sebentar lagi azan Asar akan berkumandang. Dia mahu menunaikan
tanggungjawab yang satu itu di surau kawasan perumahan. Bukan selalu dia dapat
pulang awal dari pejabat. Peluang yang ada harus digunakan dengan sebaiknya.
WARDAH
mundar-mandir di dalam bilik. Sudah berapa ribu langkah dia berjalan dia
sendiri tidak pasti. Boleh pecah lemak kalau diamalkan selalu.
“Relax
Aimy! Have a seat first!” Wardah
bercakap sendiri. Dia duduk gelisah. Bibirnya digigit-gigit perlahan. Otaknya
ligat mencari idea untuk mengelak dari bertemu dengan mamat-miang-yang-sengal.
Mentolnya harus cepat menyala. Sudah
lebih lima belas minit dia menguncikan diri di dalam bilik. Kalau di rumah
sendiri bolehlah dia menyorok di situ sehingga esok. Tapi dia di rumah orang.
Bukan sembarangan orang pulak tu. Manusia ini sudah diisytiharkan sebagai musuh
abadi!
Wardah mengetap gigi. Apa pun yang
terjadi, dia tidak boleh bertentang mata dengan lelaki itu. Ada banyak sebab
yang membuatkan dia resah.
Sebab yang pertama: Lelaki itu sudah
dua kali dicederakan dengan niat! Peristiwa di dalam tren serta di bilik
pejabat Hasif terlayar kembali di ruang minda. Macam mana agaknya lelaki itu
jatuh dari kerusi ya?
Sebab yang kedua: Lelaki itu telah
melihat dia berpakaian seperti lelaki. Dia pasti Hasif Wafiy tidak teragak-agak
untuk membocorkan rahsianya yang satu itu. Aunty Raihanah pasti akan hilang
kepercayaan kepadanya. Malah yang paling ditakuti adalah sekeping hati ayah
yang akan terluka lagi kerana sikapnya.
Sebab yang ketiga: Lelaki itu adalah
‘suami’ yang dikahwini dua dekad lalu. Dia tidak punya relevant explanation untuk sebab yang ketiga ini. Namun yang
pastinya dia tidak mahu lelaki itu mengetahui siapa sebenarnya wanita yang
mencederakan dirinya. Manakan tidak, suatu ketika dahulu dia pernah menjadi budak
perempuan yang berlari memohon perlindungan lelaki itu sewaktu dibuli geng
Boroi!
Wardah geleng kepala. Sebenarnya
masih terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang ‘dikahwini’ dan
yang dimusuhi adalah orang yang sama. Terus hilang feel! Kecil betul dunia aku ni. Balik-balik jumpa orang yang sama!
Wardah merengus sendirian.
“Kak Wardah dah habis solat?” ketukan
pintu kedengaran disusuli suara ceria Hanani dari luar bilik.
“D.... dah! Tengah nak pakai
tudung,” Wardah gugup menjawab.
“Nanti dah siap akak keluar ya! Ada
orang nak jumpa akak ni!” Wardah dapat membayangkan senyuman lebar di wajah
Hanani saat ini. Kau sorang aje lah yang excited
dik! Kak Wardah dah rasa nak putus nyawa ni!
“Ok... Okay Nani. Give me five
minutes!” skala gelabahWardah meningkat dengan tiba-tiba. Tidak boleh
tidak, dia harus meninggalkan rumah ini dalam apa jua cara sekali pun.
Wardah merapati tingkap empat segi
bersaiz sederhana. Jeriji besi tidak berkunci itu dibuka perlahan-lahan. Engsel
tingkap yang tidak bergris menghasilkan bunyi yang menyakitkan telinga. Wardah
menahan ngilu. Matanya memandang ke luar halaman. Langit yang tadinya cerah
kini sudah bertukar mendung. Sesekali kedengaran dentuman guruh dan pancaran
kilat di kaki langit.
Wardah menarik nafas dalam-dalam. Dia
sudah nekad. Beg sandang di atas katil dicapai pantas. Meja belajar dipanjat tanpa
teragak-agak. Wardah mengemaskan cengkaman pada birai tingkap. Sepasang kakinya
dilunjurkan ke luar. Bismillah...
Perlahan-lahan Wardah menolak keluar
tubuhnya dari tingkap bilik. Hujung jarinya berpaut kuat pada bingkai tingkap. Wardah
menahan debaran di dada. Kerja memanjat tingkap bukanlah kepakarannya. Kalau bukan
kerana ‘mamat’ itu, jangan haraplah dia
hendak buat aksi pencuri begini! Segenap tenaga dikerah kepada otot-otot tangan
yang bekerja keras menampung berat badannya.
“Hiyahh! Sikit lagi! Sikit aje lagi!
Don’t give up now, Aimy! You don’t wanna bump
into that pervert!” Wardah memotivasi diri. Hujung kakinya cuba menyentuh
permukaan bersimen di bawah sana.
“Aimy Wardah??!!”
“Opocot
mak kau!” cengkaman tangan Wardah pada bingkai tingkap terlepas terus tatkala mendengarkan
suara Raihanah. Sekelip mata tubuhnya mendarat di atas lantai.
“Ya Allah, Wardah! Wardah tak
apa-apa? Kenapa panjat tingkap ni, nak?” Raihanah menerpa ke arah Wardah. Tubuh
gadis itu digosok-gosok secara rambang. Tak tahu bahagian mana yang mungkin
cedera. Jantungnya bagai nak tercabut risaukan anak dara orang yang tercedera
di kawasan rumahnya.
“Err... Okay Aunty. Wardah okay. Sikit
je ni,” Wardah menggosok-gosok punggungnya yang terasa kebas. Wajahnya terasa
hangat. Pasti kedua-dua belah pipinya sedang merona merah dengan hebatnya saat ini!
Kenapa balik awal pulak Aunty Raihanah hari ni?
“Betul okay?” Raihanah mencari sepasang mata Wardah untuk mendapatkan
kepastian. Jatuh terjelepuk macam nangka busuk dan masih okay? Memang gagah anak dara si Wahid ni!
“Ye aunty. Tak ada apa-apa. Aunty jangan
risau ya?” Wardah cuba berdiri tegak untuk membuktikan yang dia masih kuat. Dia
tak mahu Raihanah risaukan dirinya. Lagi pun memang dia tak apa-apa. Hanya bontotnya
saja terasa sengal. Dan maruahnya yang sedikit tercalar kerana Raihanah
menyaksikan peristiwa memalukan sebentar tadi.
“Mama, siapa yang bergayut pada
tingkap guest room tu? Hasif nampak
dari bilik tadi,” Hasif melangkah merapati Raihanah. Bukan main laju dia turun
ke bawah tatkala ternampak kelibat gadis yang memanjat dinding rumahnya.
Sh...shoot!
Si mamat – miang – yang – sengal! Wardah
ketap bibir. Spontan dia memalingkan tubuhnya. Homai... helah apa lagi yang
harus digunakan kali ini. Wardah menahan ketar di kepala lututnya. Otaknya ligat
mencari idea.
“Wardah jatuh ni Sif. Nasib tak ada
apa-apa katanya,” Raihanah mendapatkan anak sulungnya.
“Wardah?” Hasif kerut kening. Pandangan
matanya ditala ke arah gadis yang sedang berdiri menghadap dinding. Siapa pula
ni? Macam tak ada tamadun datang rumah orang siap memanjat tingkap. Pintu kan
ada?
“Laaa... Mama tak pernah beritahu
kamu kan. Wardah ni tutor Adik. Mari sini Wardah. Dah lama Aunty nak temukan
korang. Hasif ingat lagi tak siapa ni?” senyuman Raihanah melebar sesaat
sebelum wajahnya bertukar pucat. Sepantas kilat dia berlari mendapatkan Wardah
yang sudah jatuh terbaring di atas lantai.
Wardah pejam mata rapat-rapat. Berlakon
pengsan elok-elok, Aimy Wardah! Be a
drama queen! Dia memesan diri sendiri. Ini saja idea spontan yang datang di
saat-saat genting begini. Break a leg!
“Hasif, tolong Mama angkat Wardah
masuk dalam. Lekas!”
Erk! Wardah rasa nak tercekik anak
tekaknya sendiri. Walaupun pandangan matanya hitam kelam, namun dia dapat
mendengar derap langkah yang bergegas menghampirinya. Wardah mematungkan diri. Dia
sudah kehabisan buah catur! Peluh sudah mula membasahi dahinya saat tangan
tegap membetulkan kedudukan tubuhnya.
Ya Allah! Janganlah dia cam aku! Wardah
memohon di dalam hati.
Perlahan-lahan
dia merasakan tubuhnya diangkat dari permukaan lantai yang keras. Untuk pertama
kalinya dalam hidup dia berada di dalam dakapan lelaki ajnabi. Begitu rapat
sehingga menyebabkan dia terpaksa menahan gigilan halus yang melanda tubuhnya. Dalam
kedudukan begitu dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung lelaki itu
yang pantas. Dia jadi nervous! Hormon-hormon
kewanitaanya bagai berpesta. Hesy, darurat ni... darurat!
Setapak.
Dua
tapak.
Sepuluh
tapak.
Wardah
mengira di dalam hati. Dia ternanti-nanti jerkahan maut dari Hasif. Namun kini dia
amat pasti Hasif tidak mengecam wajahnya. Yelah, penampilannya hari ini cukup berbeza
daripada pertemuan-pertemuan mereka sebelum ini. Dia yakin rahsianya masih
selamat tersimpan kemas. Jika Hasif dapat mengecam dirinya, pasti saja lelaki
itu sudah mencampakkan semula tubuhnya ke atas lantai sejak tadi.
“Letak
kat atas sofa tu, Sif. Adik! Tolong ambil air. Cepat!” laungan Raihanah
kedengaran kuat menampar cuping telinganya. Pastinya wanita itu berasa cuak
dengan kejadian petang ini. Maafkan Wardah buat aunty risau! Wardah janji ini
yang terakhir!
Wardah
merasakan tubuhnya diletakkan perlahan-lahan di atas sofa lembut. Tangan lebar
Hasif membetulkan kedudukan kepalanya di atas bantal empat segi. Wardah berasa
terbuai seketika. Alahai, sopan jugak kau ni rupanya mamat sengal! Nasiblah kau
tak cam aku. Lepas ni memang aku letak jawatan dari mengajar Hanani! We are not going to see each other anymore! The
end!
Wardah senyum dalam hati. Lega
hatinya bukan kepalang. Kalau tahu begini mudah, tak perlulah dia melakukan
aksi stunt sebentar tadi. Sampai dua
kali tubuhnya menghentam lantai simen hari ini. Hukum karma agaknya atas apa
yang pernah dilakukan kepada lelaki itu dahulu.
“You know what Miss Wardah, it is such a small world isn’t
it? And believe me... your world is just about to get interesting! Gotcha!”
Degupan
jantung Wardah yang baru hendak berentak normal kembali kuat menghentam dada. Wardah
mengawal diri. Kata-kata yang dibisikkan oleh Hasif di telinganya tadi bagai
tali gantung yang melilit lehernya.
Apa
maksud dia? Please don’t tell me that he
reconigsed me! He didn’t! Kan? Dia tak cam aku kan tadi?
Kan?
Kan?
Nota kaki: Kalau suka sila klik Like dan Share! :)
Nota kaki: Kalau suka sila klik Like dan Share! :)
hehe...u r catch up wardah...
ReplyDeletehehehehe. gotcha wardah!
Deletehahaha.... hehehe.... x leh nak kata apa... nak gelak je... wardah u r so funny
ReplyDeletewardah yang clumsy! :D
Deletesalam lya...best n3 ni
ReplyDelete