“O-M-G,”
Wardah menghampiri halaman kecil milik keluarga Raihanah. Matanya melingas
memerhatikan deretan pasu pelbagai saiz yang tersusun kemas. Jemari Wardah
menyentuh kelopak bunga Cattleya. Hatinya tersayat tatkala melihat bunga orkid
berwarna ungu itu gugur ke tanah.
“Ish!
Dari upah aku mengajar, lagi afdal kalau Aunty Raihanah upah aku jadi tukang
kebun dia! Jaga bunga-bunga dia ni. Kasihan kau bunga...” Wardah sudah
membongkok di tepi pasu. Kalau dia punya kuasa magis, pasti direnjiskan magical dust kepada bunga-bunga itu
supaya kembali mekar mewangi. Abacadabra!
“Aimy
Wardah? Buat apa tu?”
Wardah
berdiri lurus. Aunty Raihanah masih lagi seperti dua puluh tahun yang lalu.
Gemar memanggilnya dengan nama penuh. Demi terpandangkan seraut wajah wanita
itu, Wardah mengukir senyuman paling manis. Wajah keibuan Raihanah mengundang
damai di hatinya. Penuh sopan Wardah meraih tangan Raihanah lalu dikucup
belakang tangan wanita itu.
“Dah
lama sampai? Kenapa tak masuk ke dalam?” Raihanah memaut bahu Wardah. Sepintas
lalu dia mencuri pandang penampilan Wardah pada petang itu. Baju kurung kain
kapas yang dipadankan dengan sepasang kasut sukan Adidas mengundang senyuman di
bibirnya. Hmm... She’s rare and unique!
“Baru
je aunty. Saja Wardah tengok-tengok pokok bunga aunty ni,” Wardah mengulum
senyuman. “Aunty, orkid aunty dah layu saya tengok tadi,”
“Itulah
Wardah. Aunty cukup sayang dengan bunga-bunga ni. Tapi sejak awal tahun ni
aunty sibuk betul. Balik sekolah dah lewat. Malam-malam buat kelas tambahan
pulak. Itu yang bunga-bunga ni terabai. Dah tak cukup kasih-sayang! Budak dua
orang di rumah ni bukan suka sangat nak bertanam bunga ni,” Raihanah mengeluh
perlahan.
“Uhuk
uhuk uhuk. Mama mengata Adik ya?” kepala Hanani tersenggul dari balik pintu.
Senyuman nakal tergaris di bibirnya.
“Eh,
eh! Ada orang terasa ya Wardah? Kita tak sebut pun nama dia, kan? Adik tergigit
cili api ke?”
“Ala
Mama ni! Siapa lagi budak dua orang kat rumah ni kalau bukan Adik dengan
Abang?” Hanani menarik muncung tak comel.
“Alah...
gurau pun tak boleh anak Mama ni. Tak remaja la macam ni!” Raihanah meraih
tangan Hanani. Ciuman spontan diberikan pada pipi kanan Hanani.
“Ish,
Mama ni! Malu la Adik kena cium depan Kak Wardah!” wajah Hanani merona merah.
Segan masih diperlakukan seperti anak kecil di hadapan tetamu.
“Kakak?
Panggil Cikgu Wardah lah! Ni kan tutor Biologi Adik!” Raihanah memberi isyarat
kepada Hanani agar bersalaman dengan Wardah.
“Eh,
Nani minta maaf Cikgu Wardah,” Serba salah Hanani menghulurkan tangannya.
“Tak
apa Nani. Panggil Kak Wardah aje. Lebih selesa,” Wardah mengukir senyuman.
Kotak memorinya tidak merekod nama Hanani dalam zaman kanak-kanaknya. Jika
dikira perbezaan usia mereka, Wardah pasti Hanani masih belum wujud sewaktu
mereka tinggal berjiran dahulu. Imbauan kenangan lama menyebabkan dia kecut
perut.
Ada di rumahkah ‘suami’ yang dikahwini dua
dekad yang lalu? Hendak bertanya dia malu. Hendak bertentang mata dia belum bersedia!
“”Eh,
jomlah kita masuk dalam Wardah!” Raihanah dan Hanani sudah berpimpinan tangan
menuju ke pintu. Kemesraan anak-beranak itu mencuit hati Wardah. Alangkah
beruntungnya Hanani masih punya ibu untuk bermanja!
“Err...
Aunty!” teragak-agak Wardah menyapa.
“Ye
Wardah?”
“Boleh tak kami belajar
kat pergola tu? Saja ambil angin luar. Ehem, Nani tak kisah kan?” Lambat-lambat
Wardah menyampaikan hajat di hati. Tolonglah tak kisah, dik! Kak Wardah belum
sedia nak berdepan dengan abang Nani tu!
“Boleh
aje kak. Nani tak kisah. I will follow
you!” Hanani menyanyi mengikut tema iklan yang selalu didengarinya.
“Ha,
kalau macamtu pergilah ambil buku-buku Adik bawa ke luar. Wardah, aunty nak ke
dapur kejap ye. Kalau Hanani mengelamun, piat aje telinga dia tu,” Raihanah
sempat berpesan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
Wardah
memerhatikan kelibat Raihanah yang hilang di balik pintu. Beberapa saat
sepasang matanya membuang pandang ke dalam rumah. Macam sunyi je. Belum balik kerja
agaknya ‘suami’ aku tu! Wardah tersenyum sendiri.
Phewww!
“Jemput
makan Wardah,” Raihanah meletakkan sepinggan
popia daging di atas meja. Pantas saja tangan Hanani mencapai sepotong dan
disuapkan ke mulut.
“Sedapnya Mama! Jemput
la makan Kak Wardah. This is one of Mama’s killer cookings tau!” Hanani bercakap dengan mulut yang
separa penuh. Belum habis mengunyah, tangannya sudah menyambar sepotong lagi.
Wardah mencapai juga sepotong popia yang diuar-uarkan begitu lazat itu. Sedap
sangatkah sampaikan Hanani begitu gelojoh?
Oh, memang sedap! Inti
daging yang dimasak cukup rasa itu disaluti pula dengan kulit popia yang
ranggup. Memang lain dari yang lain! Wardah sudah berkira-kira mahu meminta
resepi nanti. Of course bukan dia
yang mahu memasak! Tapi mahu disuruh ayah atau Along tolong buatkan! Hehehe.
“Wardah, macam mana
dengan Nani ni? Ada harapan tak nak score
untuk Biologi?” Wardah terkesan riak kebimbangan pada wajah Raihanah.
“InsyaAllah boleh
aunty. Saya tengok Nani ni cepat faham konsep-konsep kalau saya demonstrate dan beri analogi pada dia.
Ada masa lagi kan aunty. Saya akan bantu Nani sebaik mungkin. A tu dah dalam
tangan kalau Nani rajin ulang-kaji,” Wardah ikhlas berkata-kata. Sememangnya
dia melihat potensi Hanani untuk mendapat A adalah tinggi. Tidaklah seteruk
yang digambarkan oleh ayahnya minggu lalu. Sejujurnya tanpa kelas tambahan ini
pun Hanani boleh berjaya. She can nail
it! Dia yakin itu.
“Alhamdulillah. Lega
aunty dengar. Selalu dia dapat markah cukup-cukup makan aje. Risau aunty! Nani
ni tak suka subjek yang menghafal. Subjek Sejarah pun dia struggle sikit. Tapi kalau bab mengira, memang dia cekap,” Raihanah
bercerita sambil melihat lukisan tangan Wardah pada sekeping kertas A4. Gambar
rajah sistem peranakan wanita siap berlabel itu dilukis dengan pen pelbagai
warna. Pasti lebih mudah untuk diingati.
“Kak Wardah dulu grad dari universiti mana? Sekarang akak
kerja kat mana? Ceritalah sikit pasal akak,” Hanani menyuapkan sepotong lagi
popia ke mulutnya sambil mata memandang Wardah. Entah mengapa dia mahu
mengetahui lebih banyak tentang Wardah. Dia selesa dengan penampilan Wardah
yang selamba dan sempoi.
Wardah terdiam
sebentar. Dia jarang-jarang berbual tentang dirinya dengan orang yang baru
dikenali. Malahan dia sudah lama tidak duduk berbual dengan orang lain. Dalam life cycle dia selama ini hanya ada
Wahid, Along, Kak Melur, Amri dan Blooms. Kawan-kawan belajar dulu pun sudah
lama sangat tidak dihubungi. Buat apa mahu mendekatkan diri dengan kenangan
lama yang merobek hati?
“Hmm, akak belajar kat
USM dulu. Sekarang akak kerja biasa-biasa je. Not related to teaching field at
all. Cert yang akak ada tu simpan buat pekasam aje kat rumah,” Wardah
tersengih sendiri. Serba-salah mahu berterus-terang tentang masa depan dirinya
yang tak berapa cerah itu. Bimbang memberi pengaruh buruk pula kepada Hanani.
“Sayangnya kak. Nani
rasa you are a great teacher. Senang
Nani faham konsep akak tunjuk tadi. Lagipun akak ni comel la! Buat orang
semangat nak study! Kan Mama kan? Kak
Wardah ni comel la!” sebaris ayat
terakhir itu membuatkan Wardah tersipu malu. Akak pakai macam ni memang la
nampak comel dik. Cuba kalau awak nampak akak yang sebenarnya. Tentu semangat
tu lari tak balik-balik dah!
“Sekarang ni dah kurang
comelnya. Mama tengok bertambah cantik ada lah. Kalau Adik nak tahu, masa
kecil-kecil dulu lagi comel. Dengan tocang tinggi dan mini skirt pinknya. Siap pakai lipstick merah lagi. Kak Wardah ni selalu main kahwin-kahwin dengan
Abang tau,” Raihanah galak mengusik Wardah.
“Iya? Mama tak ada ke
gambar dorang masa dulu-dulu?” Hanani teruja bukan main. Tak menyangka abangnya
dah ada ‘isteri’!
“Ada... Nanti Mama cari
balik dalam album lama-lama. Boleh tunjuk balik dekat pengantin dua orang ni,”
“Uhuk uhuk uhuk,”
Wardah menahan batuk. Perbualan dua beranak di hadapannya itu menyebabkan dia
serba tak kena. Kenapa la dia gatal sangat main kahwin-kahwin dulu? Tak boleh
ke main polis sentri atau galah panjang? Ala aunty... jangan la singkap
kenangan lama tu dah. Dah tebal doploh inci
muka saya ni.
“Eh, minum air tu Wardah,”
segelas sirap limau disua pada Wardah.
“Terima kasih aunty.
Aunty, saya ingat nak balik dulu la. By
the way, sedap popia aunty ni. Nanti aunty share resepi ya?” Wardah sudah mengeluarkan handphone dari sling bag
untuk menelefon ayahnya. Kelam-kabut saja tingkahnya waktu itu.
“Laa... duduk la dulu
kita borak-borak. Awal lagi ni Wardah. Ke Wardah ada janji dengan siapa-siapa?
Nak berdating ye?” Raihanah mengusik lagi.
Wardah tersengih.
Matanya mencuri pandang pada jam di pergelangan tangan. Memang awal. Baru 5.30
petang. Untuk tempoh beberapa bulan ini, dia sudah meminta untuk bekerja
separuh hari dua kali seminggu untuk menjayakan kelas bersama Hanani. Hidupnya juga
sudah tidak punya banyak kawan. Memang dia tidak ada apa-apa program selepas
ini. Jauh sekali mahu keluar berdating!
Lelaki mana pula yang mahu disauk untuk dijadikan boyfriend?
Namun mengenangkan
‘suaminya’ bakal pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang, punggungnya sudah
mula terbakar. Tak sanggup hendak berlama-lama lagi. Bimbang benar jika mereka
terserempak nanti. Lagi teruk agaknya mereka kena ‘bahan’ nanti.
“Haaa... betul la tu
Kak Wardah nak pegi dating Mama!
Tengok tu.. kemain kusyuk dia daydreaming!
Alahai... melepaslah Abang!” usikan Hanani dan Raihanah membawa Wardah kembali
ke alam nyata. Pipinya merona merah tidak semena-mena. Memang teruk dia disakat
oleh Raihanah dan Hanani petang itu.
“Ish, mana ada boyfriend la Nani. Ntah-ntah Nani yang
dah ada kan?” Wardah cuba mengalihkan perhatian.
“Eh, Nani pulak yang
kena!” Nani tersengih menampakkan sebaris gigi tersusun cantik.
“Kalau tak ada apa-apa planning duduk la lama sikit Wardah.
Nanti aunty hantar Wardah balik. Lagi pun kami tinggal berdua je ni,” Raihanah
memujuk lagi.
“Ye lah kak. Bukannya
ada orang lain. Abang kursus di Langkawi dua minggu,”
“Oh ye?” Terjungkit
kening Wardah mendengarkan kata-kata Hanani. Kalau begitu memang tidak perlulah
dia tergesa-gesa untuk pulang. Sememangnya dia berasa seronok berbual dengan Aunty
Raihanah dan Hanani. Kemesraan mereka membuatkan dia berasa selesa. Di rumah hanya
manusia berjantina XY yang menemani dia berbual. Sekali-sekala berbual dengan
manusia berjantina XX seronok pula dirasakannya.
Wardah menyimpan
kembali telefon bimbitnya. Alah, apalah salahnya meluangkan masa satu jam lagi
bersama mereka. Namun dia tak betah pula duduk berbual tentang kisah dirinya
semata-mata. Bukan ada yang menarik pun. Lebih banyak yang pahit dari yang
manis. Hmm... Pandangan Wardah jatuh pada sebaris pokok bunga yang
tak-cukup-kasih-sayang di hadapannya. Senyuman lebar terukir di wajahnya.
“Aunty ada hand fork dengan trowel?”
“Nak buat apa?” hampir
serentak Raihanah dan Hanani bersuara. Dah kenapa gardening tools pula yang diminta oleh Wardah?
Wardah masih tersenyum.
Kakinya melangkah ke arah koleksi pelbagai jenis bunga milik Raihanah.
“Nak bagi kasih-sayang
kat bunga-bunga ni,”
No comments:
Post a Comment