Bab 10
“FAHAM tak?” Wardah meneliti wajah
Hanani yang sedikit berkerut. Sudah kali ketiga dia memberi penerangan tentang
proses ovulasi dan kitaran haid wanita. Kesabarannya sudah mula menipis. Rasa
ingin diketuk-ketuk kepala Hanani dengan jag air di tepi mereka. Ewah, kau
ingat anak beruang ye? Wardah cepat-cepat beristighfar.
“Nak
Kak Wardah terangkan lagi?” Wardah bertanya lagi melihatkan Hanani yang
terkebil-kebil.
“Boleh
ke?” Hanani membalas malu-malu. Kenapalah lembab sangat kau ni otak nak serap
ilmu?
“Boleh,”
Wardah tersengih lebar. Nafasnya ditarik dalam-dalam sambil mencari cara lain
untuk membantu Hanani memahami subtopik yang satu ini.
“Jom
ikut akak,” Wardah mencapai sebatang kapur dari beg galasnya. Kapur yang
digunakan sewaktu menjalani latihan mengajar di sekolah dulu nampaknya akan
berbakti lagi pada hari ini. Beberapa biji bubble
gum pelbagai warna turut dibawa ke tengah garaj kereta.
Wardah
melutut di atas permukaan bersimen sambil tangannya mula melukis bentuk rahim
wanita. Sudah acap kali lukisan yang sama ditunjukkan kepada Hanani, bezanya
kali ini saiz rahim yang dilakar adalah berpuluh kali ganda lebih besar dari
kertas A4.
Selesai
melukis, Wardah meletakkan beberapa biji bubble
gum di dalam ovari sebelah kiri dan kanan. Bubble gum yang berfungsi sebagai ovum digolekkan sebiji di laluan
tiub Fallopio. Lalu dia terus mengulang semula penerangan yang sama kepada
Hanani. Sesekali dia memerhatikan Hanani yang kelihatan tekun mendengar.
“Pada
tahap ini, dinding rahim akan menebal untuk preparation
proses penempelan zigot jika persenyawaan berjaya. Tapi bagi anak dara macam
kita ni, bila ovum tadi tak disenyawakan, akan berlaku perubahan hormon dalam
badan kita. Jadinya... dinding rahim yang menebal tadi akan luruh menjadi haid,”
Wardah mengakhiri penerangannya. Sepasang matanya memandang Hanani yang senyap
semenjak tadi.
“Nani?” Wardah
mengawangkan tangannya di hadapan Hanani. Hah, masih tak faham ke? Wardah sudah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Cara mana lagi harus dilakukan untuk
membantu Hanani memahami subtopik ini?
“Kak!
You are brilliant! Genius! Bila akak lukis rahim gergasi
ni, siap demonstrate pergerakan ovum
semua, terus Nani faham kak! Kalau keluar soalan dalam exam, confirm Nani akan
bayangkan semula bubble gum dan semua
ni!”Hanani terlompat gembira sambil memeluk Wardah.
“Sayaaaang kak
Wardah!”Spontan Hanani memberi ciuman di pipi kiri Wardah. Ciuman sesaat yang membuatkan
Wardah terkesima sendirian. Segaris senyuman perlahan-lahan terukir di
bibirnya. Oh... macam ni rasanya bila ada adik perempuan!
Semenjak menjadi tutor
kepada Hanani, dia mula merasakan pengalaman baru dalam hidupnya. Kemesraan
Raihanah dan Hanani membuatkan dia berasa benar-benar selesa.
Sekurang-kurangnya satu kawasan lompong dalam hatinya bagaikan terisi dengan
kehadiran mereka. Wardah menahan sendu.
“Hmm, Nani... Kak
Wardah nak tumpang solat boleh tak?” Wardah menepuk bahu Hanani.
“Boleh kak. Jom masuk rumah
ye?” Hanani terlebih dahulu melangkah ke pintu rumah diikuti oleh Wardah. Sejak
mula mengajar di rumah Raihanah, tidak pernah sekali pun dia menjejakkan kaki
ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Hendak terkencing pun dia sanggup tunggu
hingga pulang ke rumah.
Kaki kanan Wardah
melangkah masuk ke ruang tamu yang kemas tersusun. Ada potret besar gambar
Aunty Raihanah dan arwah Uncle Yusof tergantung di dinding utama. Hiasan kaca
dan kristal pula teratur di dalam almari kayu bertingkat. Mengenali Aunty
Raihanah, dia sudah maklum minat wanita itu terhadap perhiasan mewah seperti
itu.
Sepasang mata Wardah
terpandangkan bingkai gambar kayu yang disusun di atas console table. Dari kejauhan begitu potret keluarga itu kelihatan
samar-samar. Wardah melangkah setapak ke ruang tamu. Hatinya meronta-ronta mahu
melihat gambar terbaru ‘suaminya’. Maklumlah, sudah dua dekad mereka terpisah.
“Kak?”suara Hanani
membantutkan langkah kaki Wardah. Terdiam dia berdiri di tengah ruang tamu.
“Akak nak ke mana? Bilik
tetamu kat sini kak,” Hanani menyambung bicara sambil menggamit tangan.
“Oh, akak saja nak
tengok sofa rumah Nani ni. Empuk ya?” spontan Wardah melabuhkan punggung di
atas sofa kulit. Ish, apa punya alasan lah!
“Akak nak duduk rehat
dulu ke? Nani pasangkan TV ya?”
“Ehhh... takpe takpe
takpe. Akak nak solat dulu!” Wardah bingkas bangun menuju ke arah bilik tetamu.
Kepalanya ditoleh sekilas ke arah potret keluarga itu. Ada senyuman yang tak
dapat disembunyikan.
Kejap lagi aku datang
balik ya!
WARDAH
meletakkan telekung dan sejadah di atas katil bujang bilik tetamu. Dia duduk di
hujung katil sambil meluruskan pinggangnya yang terasa lenguh. Matanya melingas
memerhatikan ruang bilik sederhana besar itu. Selain daripada katil bujang, terdapat
juga almari kecil di sudut bilik dan sebuah meja belajar di tepi tingkap.
Wardah memerhatikan
buku-buku rujukan setebal tiga inci di atas meja tersebut. Sticky notes yang mengandungi formula matematik turut ditampal di
atas meja. Agaknya di bilik inilah Hanani mengulang kaji.
Jam di dinding dicuri
pandang. Oh, dia tidak boleh berlengah. Lekas-lekas Wardah menyarungkan semula
tudung di kepalanya. Sebaik pintu mahu ditutup, matanya terpandangkan satu
objek di sudut bilik yang cukup menarik perhatiannya. Bagaikan ada tarikan
magnet yang membawa kakinya ke situ.
“What the f...ish!” Wardah mengangkat pokok kaktus dari atas lantai.
Tumbuhan berduri itu dibelek 360 darjah. Wardah berasa seram sejuk. Dia pasti
benar pokok kaktus itu berasal dari Blooms. Cop kedai di bawah pasu itu
menjelaskan segalanya. Hiasan pada kaktus itu pula adalah sentuhan tangannya
sendiri. Mana mungkin dia melupakan itu!
Setiap sentuhan dan
gubahannya pada setiap bunga juga adalah berbeza. Dia pasti kaktus di tangannya
ini dibeli oleh Ju-on untuk kekasihnya a.k.a musuhnya si mamat sengal yang
miang!
Wardah memicit kepala
yang berdenyut. Satu persoalan yang mengganggu fikirannya saat ini adalah
bagaimana pokok kaktus itu boleh berada di rumah Aunty Raihanah? Di bilik
Hanani pulak tu! Sepasang kening Wardah sudah bercantum. Orang genius
sepertinya memang gemar merungkai misteri.
Aha! Wardah memetik
jari. Dia pasti lelaki miang yang sengal itu menjalinkan hubungan bersama
Hanani. Dasar lelaki gatal! Wardah membentak sendirian. Tak cukup dengan Nyonya
Mansur, budak sekolah tak lepas SPM pun hendak dirembatnya. Dah la kedekut. Hadiah
dari Nyonya Mansur diberi pula kepada Hanani. Dasar cheapskate!
Wardah mengepal
penumbuknya. Lelaki itu memang harus diajar. Akan dibongkarkan rahsia lelaki
itu kepada Hanani dan Aunty Raihanah nanti.
“Akak dah solat?”
“Opocot jantan gatal
tak guna!” kedatangan Hanani secara tiba-tiba mengejutkan Wardah. Tanpa sedar
pokok kaktus tersebut terlepas dari tangannya dan terhempas ke lantai. Wardah pandang
muka Hanani dengan wajah bersalah.
“Kak Wardah minta
maaf,dik! Akak terkejut,” Wardah menunduk mengutip serpihan pasu yang sudah
pecah. Penyakit terkejutnya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Tambahan lagi
abangnya di rumah begitu galak mengusik.
“Tak apa, kak. Salah Nani
tak ketuk dulu pintu,” Hanani turut membantu Wardah membersihkan lantai.
“Habislah boyfriend Nani marah nanti,” Wardah
mengomel sendirian. Geram dengan diri sendiri yang begitu cuai.
“Ish akak ni. Nani mana
ada boyfriend la! Kaktus ni abang
yang bagi. Dia pun tak nak agaknya. Dia tak kisah punyalah!” Nani tersengih cuma.
Tangan Wardah terhenti
dari mengutip serpihan pasu pecah apabila mendengarkan kata-kata Hanani. Betul ke
apa aku dengar ni?
“S...si..siapa bagi
kaktus ni?” Wardah mengulang tanya.
“Abang...”
“Abang Nani?” Dada
Wardah bergetar hebat.
“Iya lah. Abang Nani.
Anak Mama. Suami yang akak main kahwin-kahwin dulu,” Nani memandang wajah pucat
Wardah. Apa kena pulak ni?
“Siapa nama abang Nani?”
Pandangan mata Wardah sudah berpinar.
“Ish akak ni. Nama suami
sendiri pun tak ingat ye?” Hanani masih mahu mengusik. Wardah sekadar
menggelengkan kepala. Cepatlah jawab Hanani oi! Akak rasa nak pengsan dah ni!
“Nama dia, Hasif...”
“Wafiy?” mulut Wardah
menyebut perlahan. Ah! Mana mungkin dia melupakan nama itu.
“Eh, ingat pula ye? Tadi
kata tak ingat!” Hanani tergelak kecil. “Eh, panjang umur abang. Kita sebut-sebut
nama dia, terus dia sampai!” Hanani menjenguk dari tingkap bilik.
Sepasang mata Wardah
turut mengintai dari balik langsir. Tubuh tegap yang keluar dari kereta itu
diperhatikan dari jauh. Walau dari jauh, walau hanya belakang tubuh yang
kelihatan, dia kenal lelaki itu.
Mamat-miang-yang-sengal!
Kaki Wardah terasa
lembik tak pijak bumi. Ada manik-manik peluh yang membasahi belakang baju
kurungnya saat itu. Rasa teruja ingin berjumpa ‘suami’ yang terpisah sekian
lama berganti pula dengan rasa takut yang bukan kepalang.
“Jom kak kita keluar. Nani
ada buat cekodok tadi,” Hanani menarik tangan Wardah yang sejuk.
“Tak apalah. Nani keluarlah
dulu. Akak nak solat ni,” Wardah merasa cemas semacam.
“Eh, bukan Kak Wardah
dah solat ke tadi? Asar belum masuk kak,” Hanani kebingungan.
“Akak rasa akak
terkentut la masa solat tadi. So akak
nak solat semula. Kejap lagi akak keluar ya,” Wardah menutup pintu bilik dengan
tergesa-gesa. Punat kunci tidak lupa ditekan.
Wardah menahan debaran
di dada yang menggila. Sepasang kakinya terasa lemah tidak berdaya. Otaknya
terasa serabut.
Argghh! Mati kau kali
ni Aimy Wardah!
hehe...nk jadik citer...amek lh ko wardah...u pikir lh sendiri...tk sabar akk dek nk tau riaksi suami olok2 wardah dn jugak muslihat cik wardah nk membolos kn diri...
ReplyDeletePOTATI BUNDLE TIGER (Nortical Art) - TITIAN ART
ReplyDeleteBuy POTATI westcott scissors titanium BUNDLE TIGER (Nortical Art) on T-shirts, 4x8 sheet metal prices near me t-shirts, patterns, POTATI BUNDLE titanium dioxide sunscreen TIGER (Nortical 바카라 사이트 Art). POTATI BUNDLE TIGER (Nortical Art). T-Shirt. pure titanium earrings