“DADDY!”
Pelukan
Emir mematikan langkah Zafran dari mendekati Natrah. Sepasang mata Zafran yang
merah menyala bertukar redup apabila menatap wajah comel Emir yang masih setia
memeluk kuat lututnya. Cair hatinya apabila melihatkan malaikat kecil itu. Terlupa
sebentar pada rasa marah yang membakar di jiwa.
“Abang,
ni lah Kak Nurul. Ibu Emir. Kak Nurul, yang hensem ni suami saya,” Amani
tersenyum nakal saat memperkenalkan Zafran dan Natrah. Spontan tangannya meraih
lengan Zafran dan melentok manja di dada lelaki itu. Sedikit pun dia tidak
terkesan dengan bahang kepanasan yang sedang membakar suasana ketika itu.
“Apa
khabar Encik Zafran? Saya Nurul Natrah. Ibu kepada Emir Luqman. Maaflah sebab
selalu tumpangkan Emir di rumah encik,” Natrah memberanikan diri untuk membuka
mulut. Wajah Zafran yang kusut ditentang dengan hati yang gundah. Natrah cuba
menghantar isyarat mata kepada Zafran. Cuba disampaikan bait-bait kemaafan dari
redup pandangan matanya.
Zafran bagaikan
tersedar dari mimpi. Baru disedari kasih yang tumpah kepada Emir selama ini
adalah zuriat milik Natrah dan Edward! Zafran kehilangan kata-kata. Perasaannya
berbaur pelbagai rasa. Setelah bertahun tidak mendengar suara itu, jantungnya
melagukan rentak yang tidak ketahuan.
Api
kemarahan yang menjulang sewaktu dia berdiri di anak tangga kelima, hilang
sebaik sahaja Emir Luqman berdiri di sebelahnya. Otaknya berlumba-lumba
menyusun ayat, namun bibirnya pula terkunci mati. Sesungguhnya dia jadi keliru.
“Eh,
kenapa Kak Nurul cakap macam tu? Tak menyusahkan kami langsung. Kami seronok
layan Emir ni tau! Betul tak abang?” Amani menjawab bagi pihak Zafran setelah
dilihatnya Zafran sekadar berdiam diri. Pandangan mata Zafran yang masih
terpaku pada wajah Natrah mengundang sedikir rasa cemburu di dadanya. Tahulah
Kak Nurul tu cantik. Hmm...
“Betul,”
Zafran menjawab sepatah. Reaksi apa yang hendak diberi pun dia tidak tahu. Rasa
penat memandu sepanjang malam pun masih belum hilang. Kini ditambah pula dengan
satu lagi kejutan yang tidak pernah terbayang di kotak fikirannya. Ah,
kehadiran Natrah benar-benar mengocak ketenangan hatinya.
“Where did you go, Daddy? I miss you,” Emir menggenggam tangan
Zafran. Cuba ditarik perhatian Zafran supaya memberi tumpuan kepada dirinya
pula. Tiga tahun dia dibesarkan tanpa kasih-sayang seorang ayah. Mengenali
Zafran telah melengkapkan hidupnya. Dunianya terasa sempurna.
Zafran
merendahkan badan untuk menyaingi ketinggian anak kecil itu. Ditatap wajah Emir
Luqman lama-lama. Baru dia perasan sepasang pandangan redup itu diwarisi dari
ibunya, dan anak mata biru itu pula diwarisi dari Edward.
Zafran
mengeluh perlahan. Sebenci mana pun dia kepada Natrah dan Edward, namun dia
harus akur kepada satu kenyataan. Kasihnya ikhlas tertumpah kepada Emir!
“I miss you too. I had work to do. But I
promise, tomorrow we will go to Mc Donalds, ya?” rambut Emir dielus lembut.
Sebuah senyuman terukir di wajah Zafran apabila melihatkan Emir terlompat
kegirangan. Sesungguhnya anak sekecil ini tidak layak
dihukum atas kesalahan kedua ibu bapanya.
“Hm,
abang nak naik dulu sayang. Penatlah,” Zafran sudah kembali mendaki anak tangga.
Sedaya-upaya dia mengelak dari berbalas pandangan dengan Natrah yang berdiri
tidak jauh darinya. Dia perlu berehat dan berfikir semasak-masaknya sebelum
membuat sebarang keputusan berkaitan Natrah. Biarlah amarah itu disimpan
dahulu.
Empat tahun lalu apabila dia membuat keputusan untuk
meninggalkan Natrah, dia tidak perlu memikirkan tentang perasaan orang lain.
Hanya hatinya seorang yang terluka menanggung kesakitan. Namun kini, sebarang
keputusan yang dibuat akan melibatkan Amani dan juga Emir. Zafran mengeluh
perlahan.
“Amani
pun naik dulu ye kak. Entah macam mana boleh tertidur depan TV tadi. Emir, do you want to sleep with me and daddy?”
dua pasang mata melekap pada wajah Emir. Natrah dan Amani sama-sama menanti
anak kecil itu untuk membuat pilihan.
“It’s okay mama. I want to sleep with Ibu,”
Emir sudah memeluk pinggang Natrah. Beberapa jam berjauhan dengan ibunya
membangkitkan rasa rindu di hati anak kecil itu. Natrah tersenyum mendengarkan
jawapan Emir. Terubat rasa cemburunya melihatkan Emir Luqman tidur berpelukkan
dengan Amani sebentar tadi.
“Okay then. Selamat malam! Kak Nurul
kalau sakit atau nak apa-apa, panggil aje
Amani ye,”
“Ye lah.
Terima kasih, Amani,” Natrah menunggu Amani mendaki tangga. Sebaik pintu bilik
ditutup, Natrah melepaskan satu keluhan berat. Pertemuan dengan Zafran malam
ini adalah di luar dari perancangannya. Segala-salanya berlaku lebih awal dari
jangkaan. Natrah memejamkan mata. Wajah kusut Zafran sebentar tadi terbayang
semula di ruang fikirannya.
Natrah
menekap kedua-dua belah tangannya di dada. Jantungnya berdegup pantas, nafasnya
terasa sesak. Walaupun Zafran kelihatan marah,
walaupun Zafran menidakkan kehadirannya sebentar tadi, namun buat
pertama kalinya selepas empat tahun dia merasa begitu tenang. Jiwanya terbuai
dengan alunan melodi bahagia.
Natrah tersenyum lebar. Betapa hebatnya penangan aura
Zafran. Walaupun wajah lelaki itu keruh seperti lumpur, namun pertemuan
sebentar tadi mampu menjemput hadir puing-puing indah di dalam hati. Entah
bagaimana agaknya andai Zafran sudi melemparkan senyuman kepadanya nanti. Mahu
pengsan agaknya dia!
“Ibu, why are you smiling?” Emir membulatkan
matanya kepada Natrah. Dari tadi dia memerhatikan ibunya yang tersengih seorang
diri.
“Because I’m happy.
Aren’t you happy?” Natrah mengusap lembut kaki Emir yang terlunjur dari
birai katil. Hampir terlupa dia kepada kehadiran Emir di dalam bilik itu.
“No. I’m just
sleepy,” Emir menguap besar. Matanya yang merah ditenyeh beberapa kali.
Terhibur hati Natrah dengan keletah Emir.
“Alright then. You
better sleep now,” Natrah membaringkan tubuh kecil itu di atas katil. Dahi
Emir dikucup lama. Ritual harian yang tidak pernah ditinggalkan.
“Ibu?”
“Yes honey,”
“I love you. And
yes, I’m happy seeing you happy,” Emir memejamkan mata. Menyambung lena
yang terganggu kerana kepulangan Zafran sebentar tadi.
“I love you too,”
Natrah menyapu setitis air mata yang mengalir. Hatinya berasa sayu. Kehadiran
Emir bagaikan magis dalam hidupnya. Kalau bukan kerana Emir, dia pasti sudah
membunuh diri selepas peristiwa hitam dirogol Edward. Kalau bukan kerana Emir,
dia tidak akan punya kekuatan untuk pulang ke Malaysia menjejaki Zafran. Kalau
bukan kerana Emir, sudah pasti dia dijerkah oleh Zafran sekejap tadi.
Semuanya kerana Emir Luqman Abdullah. Ya Tuhanku, terima
kasih untuk kurniaan terhebat ini!
Ole-ole untuk mereka yang rindukan Amani dan Zafran!
=)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleterasa x puas lah.... kasihan Zafran nak kena jaga hati isteri tersayang dan hati anak kecil lagi.... tapi Natrah x ada hati langsung bila nak meruntuhkan rumahtangga orang lain.... asyik Amani dan Zafran ja nak jaga hati orang lain...
ReplyDeleteZafran ambil lah keputusan yang akan memberi kebahagian pada diri sendiri dan kelurga yang baru di bina.... jangan buat Amani berjauh hati....
Stuju!
DeletePtt natraah fikir sama pasal amani
Zafran serba salah tu..nak jage hati sume orang...=)
Deletenak lagi.. nak lagi...
ReplyDeleteoh.kena tunggu bonus no 2 nanti ni!:)
DeleteHarap akal zafran berfungsi dgn baik... ;p
ReplyDeleteYg lepas tu biarlah berlalu... Walau bkn salah natrah sbb dia mangsa.. Yg pasti jg bukan slh zafran kan.
Lg pon zafran dah move on.. Amani is his future
tq for d comment mizz acu!:)
Deleteaiyakkkk..sikit nye..
ReplyDeletehaip onee! kena belajar bersyukur!:p
Deletepleaseeee... whatever it is.. zafran harus mementingkan Amani... HARUS!! MESTI!! Natrah tak boleh selfish... Zafran bukan miliknya.. :)
ReplyDeletetq hk!kita nantikan kesudahan cerita ni nanti ye!:)
DeleteYeahhhhhhh finally setelah lama menunggu....best!!!!!
ReplyDeleteterima aksih sabar menanti tengku anys....:)
Deletethank dek,ilang kerinduan kat amani!namun terkalu bahasa nk komen dek...sedeh n hope zafran tetap mengasihi amani walau natrah akan beli jiwa zafran ngan kisah sedeh yg die dirogol n si kecil!!!terlalu naif wat amani disakati...hepy2 kn ending nye ye dek!!!!!!!!!!!!dapat baca yg ne wat tk sabar2 dek nk tunggu.
ReplyDeleteApa tajuk citer ni?
ReplyDelete