Orang Cantik dan Orang Hensem

Sunday, October 28, 2012

iNTiP-iNTiP BaB 33



Bab 33
            AMANI cuba membuka matanya yang terasa berat. Deringan jam loceng yang membingitkan telinga menyesakkan kepala. Dicapai jam tersebut untuk dimatikan deringan yang hampir memecahkan gegendang telinganya.
            Pukul tiga pagi! Siapa pulalah yang mengunci jam pada waktu begini? Amani merengus dan berbaring semula. Cuba dipeluk tubuh Zafran namun yang ada hanyalah sebiji bantal panjang yang terbaring kaku di sebelahnya. Secara automatik matanya menjadi segar. Amani terduduk di atas katil. Ke mana pula Zafran pergi meninggalkan dia tidur keseorangan?
            Amani melihat pintu bilik yang sedikit renggang. Cahaya yang datang dari luar bilik itu menggamit nalurinya. Mungkinkah Zafran berada di luar? Amani mengeluh perlahan. Sejak seminggu yang lalu Zafran berperangai pelik. Sering kali Amani mendapati Zafran termenung jauh. Seolah-olah ada permasalahan berat yang sedang membebani fikirkannya. Apabila ditanya, jawapannya tidak ada apa-apa.
            Perlahan-lahan Amani menuruni tangga. Cuba dijejak suaminya yang menghilang di waktu tengah malam begini. Amani sudah nekad. Akan disoal selidik suaminya itu tentang masalah yang bermain di fikiran. Akan dicungkil rahsia yang dipendam oleh Zafran!
            Cahaya suram dari ruang dapur membawa jasad Amani ke situ. Beberapa ketika Amani terpaku di situ memikirkan apa yang dibuat oleh Zafran di dapur lewat malam begini. Abang lapar agaknya? Itulah, suruh makan tadi tapi tak mahu! Amani mengomel sendirian sebelum memetik suis lampu di tepi dinding.
            SURPRISE!!!” Zafran terpacak di hadapan Amani sambil menatang sebiji kek kecil. Senyuman lebar menghiasi wajahnya yang kelihatan penat. Sepasang matanya sembab bagaikan mata panda.
            Amani kelu tiada reaksi. Dipandang Zafran atas bawah berkali-berkali. Apron merah jambu yang selalu digunakan untuk memasak, kini tergantung pula di badan Zafran. Dijeling pula sinki serta kawasan dapur. MasyaAllah! Bersepahnya bagai baru lepas dilanggar garuda.
            “Abang! Abang mengigau ke?” Amani merapati Zafran apabila dilihatnya Zafran sekadar tersenyum tanpa jawapan. Cuba dirasa dahi Zafran jika ada perubahan suhu badan.
            “Sayang! Apa ni? Abang waras lagilah,” Zafran menarik tangan Amani dari terus meraba dahinya. Ingat aku demamlah tu...
            “Abang buat apa ni? Sekarang pukul tiga pagi tau!” Amani mencari jawapan dari wajah Zafran. Senyuman yang terukir di wajah lelaki itu cuba ditafsir namun gagal.
            “Sayang, selamat hari tua yang ke 24! Memang betul-betul dah tua bucuk abang ni! Birthday sendiri pun tak ingat!” Zafran mencium wajah Amani bertalu-talu. Wajah terpinga-pinga itu begitu mengusik hatinya. Berjaya juga dia memberikan kejutan kepada Amani. Tidak sia-sia dia tidak tidur dari tadi menyiapkan kek serta makanan untuk permaisuri hatinya itu.
            “Abang buat semua ni? Ni, kek ni abang buat sendiri? Chicken chop ni pun abang masak sendiri?” Amani memerhatikan juadah yang terhidang di atas meja kecil berhias cantik. Jiwanya benar-benar tersentuh dengan usaha Zafran.
            “Ye sayang. Abang masak sendiri tau,”
            “Pandainya abang masak?” Amani memandang penuh curiga. Manakan tidak, kalau sebelum ini segelas air pun dia yang sediakan untuk Zafran.
            “Abang beli buku resepi la sayang. Lepas tu abang tengok cara-cara memasak dari Youtube,” kembang-kempis hidung Zafran menceritakan kepada Amani. Tidak pernah seumur hidupnya masuk ke dapur untuk memasak. Namun demi Amani dia sanggup melakukan semua itu.
            Sweetnya suami sayang ni! Dah tahap kena potong kaki dah ni! Tak sabar betul sayang nak rasa masakan abang,” Amani melentok manja di bahu Zafran. Berbunga-bunga hatinya saat ini dengan layanan diberikan oleh Zafran. Kalah cerita novel!
            “Eh, nantilah dulu... Sebelum makan, abang nak beri sayang sesuatu. Abang harap sayang sudi terima hadiah yang tak seberapa dari abang ni. Jom,” Zafran menarik tangan Amani supaya mengikut dia keluar dari rumah.
            Hampir terjojol keluar mata Amani apabila mendapati sebiji kereta yang dihiasi riben gergasi di ruang parkir rumah. Mujurlah dia dapat mengawal diri. Jika tidak pasti terjaga jiran tetangga mendengar jeritannya di pagi syahdu itu.
            Zafran menghulurkan kunci kereta kepada Amani. Sebak juga hatinya apabila melihat sepasang mata Amani yang berkaca-kaca.
            “Abang, kenapa buat semua ni?”
            “Sebab abang sayang sayang! Ini hadiah sempena birthday sayang, dan juga hadiah sayang lulus ujian lesen kereta minggu lepas. Dah, janganlah menangis sayang. Jom tengok kereta,” Zafran membukakan pintu kereta Volkswagen Scirocco merah itu. Dengan badan yang menggeletar, Amani melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu.
            Hebat benar kereta yang dihadiahkan oleh Zafran! Segala-galanya serba mewah.  Dia merasakan diri begitu kerdil di dalam kereta itu. Terasa dirinya tidak layak untuk dilimpahi kemewahan begini. Selepas kematian arwah abah, dia tidak pernah mendapat apa-apa hadiah pada hari jadinya. Hanya ciuman emak dan adik-adik yang memeriahkan hari istimewa itu.
            “Sayang tak suka ke?” Zafran meraih tangan Amani. Wajah keruh Amani ditatap lama menagih jawapan.
            “Suka bang! Cuma sayang rasa mewah sangat kereta ni. Kalau abang belikan Viva pun sayang dah bersyukur. Asalkan dapat bergerak sudahlah,” Amani mengucapkan dengan berhati-hati.
            “Tak apa sayang. Ni hadiah abang untuk sayang,” Zafran mencium dahi Amani. “Dah, tak mau sedih-sedih. Tengok GPS ni. Lepas ni kalau sayang nak pergi mana-mana, masukkan aje alamat kat sini. Lepas tu ikut aje direction yang dia bagi. InsyaAllah selamat sampai,” Zafran menghulurkan GPS dimaksudkan kepada Amani.
            “Oh, kalau macam tu bolehlah sayang spot check abang lepas ni. Manalah tau kot-kot abang ada perempuan lain ke,” bersahaja Amani mengusik suaminya.
            Zafran tersentak mendengarkan kata-kata Amani. Berubah terus riak di wajahnya apabila diserkap jarang sebegitu oleh Amani. Sedikit sebanyak hatinya berasa bimbang jika Amani dapat mengesan perkara yang disorokkan olehnya. Terdetik pula di hatinya untuk menceritakan perkara sebenar kepada Amani.
            “Ehem. Sayang... Abang ada perkara nak beritahu sayang,” Zafran sudah berasa resah. Tak pasal-pasal belakang bajunya basah dengan peluh dalam dingin pagi itu.
            “Ala, kejap lagilah bang... Jom makan yang abang susah-payah masak tadi?” Amani sudah menarik tangan Zafran menuju ke dapur. Perutnya teruja untuk merasa air tangan suaminya sendiri. Lambat-lambat Zafran menurut juga langkah Amani. Ah, tak apalah, kejap lagi boleh beritahu!
            Amani membelek kek coklat yang kelihatan begitu gebu dan dihias cantik dengan sebatang lilin. Aroma dari chicken chop juga membangkitkan seleranya walaupun jam sudah pukul empat pagi. Tabik spring toing toing dia kepada usaha Zafran yang satu ini!
            Zafran menghulurkan kek coklat yang dibakar sendiri kepada Amani. Di pagi hening itu kedengaran suara lunak Zafran mengalunkan lagu ‘Allah Selamatkan Sayang’ diikuti dengan kucupan tujuh serangkai diterima oleh Amani.
            “Hm, mesti sedap ni!” Amani mengambil sepotong kek lalu disuapkan ke mulut dengan teruja. Namun wajahnya berubah sebaik mulutnya memulakan kunyahan. Erk! Kerasnya! Ada bahan tambahan simen cap Lafarge ke apa ni?
            “Sedap tak sayang?” Zafran terkesan perubahan di wajah Amani. Dari tersenyum manis kini senyumannya sudah sedikit kelat. Berdebar pula dirasakan untuk mengetahui komen Amani tentang kek itu.
            “Sedap bang,” Amani pamer wajah teruja. Tidak sampai hati untuk memperlekehkan usaha yang telah dilakukan oleh Zafran sepanjang malam tadi.
            “Betul ke ni? Lain macam je bang tengok muka sayang tu?” Zafran mula berasa curiga. Lambat-lambat aje dilihatnya Amani mengunyah kek yang dipotong kecil tadi. Zafran mencubit sepotong lagi kek lalu disuap ke dalam mulut. Adoi! Aku masak kek atau konkrit tadi?
            Amani menghamburkan tawanya tatkala melihat kerut di dahi Zafran. Pastinya Zafran memahami reaksi yang terlukis di wajahnya sebaik kek tadi melalui tekaknya.
            Sorry sayang. Tak jadi rupanya kek abang ni...,” Zafran sedikit kecewa. Usahanya terasa sia-sia apabila kek yang dibuat sendiri tidak seperti yang  diharapkan.
            “Alah, abang... Ni kan first time abang baking. Kira okay lah ni. There’s still room for improvement! Hiasan dah cantik sangat! Dah, tak mau la monyok. Jom kita makan chicken chop pulak. Hmmm... Bau pun dah cukup menggoda!” Amani cuba mengambil hati Zafran. Dia mengalih pula perhatian kepada hidangan utama yang telah dimasak oleh Zafran.
            “Hah, yang ni biar abang rasa dulu!” Zafran merampas garfu yang dipegang oleh Amani dengan pantas. Hanya seinci lagi sebelum sepotong daging ayam itu dijamah oleh Amani.
            Zafran menyuapkan potongan kecil daging ayam itu ke dalam mulut sambil diperhatikan oleh Amani. Tidak sampai seminit Zafran sudah pun berkejaran ke sinki dan memuntahkan segala isi perutnya. Tergamam Amani meyaksikan reaksi Zafran.
            “Abang! Abang okay tak? Amani menggosok belakang badan Zafran. Segelas air kosong yang dihulurkan kepada Zafran diteguk dengan rakus oleh lelaki itu.
            “Nasib baik abang yang rasa dulu!” Zafran mengesat bibirnya dengan belakang tangan. Kembang tekaknya mengingatkan rasa pelik yang ditelannya tadi. Mujurlah bukan Amani yang melalui pengalaman Fear Factor sebentar tadi. Phewww....
            “Ish, takkanlah teruk sangat? Mari sayang rasa,” Amani dihambat rasa ingin tahu. Tangannya sudah mula mencapai garfu di atas meja.
            “Jangan sayang! Tak sedap langsung! Memang horrible!” Zafran terus mengemas meja. Cuba disembunyikan rasa kecewa yang menghantui. Hampir empat jam memasak namun tiada suatu pun yang boleh ditelan oleh tekak. Hmmm...
            “Abang minta maaf sayang. Esok abang bawa sayang makan kat luar ye?” Zafran pamer wajah mendung. Tergambar riak bersalah kerana merosakkan keindahan malam hari lahir Amani.
            “Tak apa abang! Usaha dan niat abang ni pun dah cukup buat sayang terharu. Alaaa... Abang janganlah tayang muka sedih macam ni. Tak hensem tau! Hmm, sayang ada hadiah untuk abang!” Amani tersenyum malu. Pipinya merona kemerahan dengan tiba-tiba.
            Birthday abang dah lepaslah sayang...”
            “Bukan hadiah birthday. Tapi ni hadiah sebab abang sudi jadikan sayang permaisuri dalam hidup abang. Sudi bersabar dengan karenah sayang... Sudi bersusah payah kejut sayang pukul tiga pagi dan masak semua ni...” Amani tersenyum penuh makna.
            “Hadiah apa ni sayang?” Zafran mengerutkan kening. Berdebar lain macam pula jantungnya di saat ini.
            “Amani merapatkan tubuhnya kepada Zafran. Dibisikkan beberapa patah perkataan dengan wajah yang hangat merona. Amani menundukkan wajah sementara menunggu jawapan dari Zafran.
            Buat seketika Zafran terdiam tanpa reaksi. Hanya sepasang matanya sahaja yang berkelip beberapa kali. Otaknya bekerja keras cuba mencerna bait-bait kata yang dilafazkan oleh Amani sebentar tadi. Dipandang wajah isterinya lama-lama untuk mendapatkan kepastian.
            “Betul ke boleh sayang?"
            Amani menganggukkan kepala sebelum kembali tertunduk malu. Melebar terus senyuman di wajah Zafran. Yabedabeduuu! Batin Zafran menjerit kuat. Tanpa membuang masa dicempung tubuh Amani dan dibawa mendaki tangga.
Saat begini kamar tidur mereka dirasakan begitu jauh sekali. Dalam diam dia bertahmid di dalam hati. Akhirnya Allah telah memakbulkan doa yang tidak putus-putus dikirim setiap waktu.
“Abang,”
“Ye sayang,” Zafran meletakkan Amani di atas katil. Ditatap penuh kasih wajah Amani di balik cahaya samar.
“Tadi abang cakap nak bagitahu sesuatu pada sayang?”
“Oh, lain kalilah sayang. Tak penting pun,” Zafran sudah duduk di sebelah Amani. Ah! Mana ada yang lebih penting pada waktu-waktu genting sebegini. Fikirannya hanya berpusat tentang mereka sahaja ketika ini.
Zafran mendekati tubuh Amani yang tersembunyi di balik selimut. Disingkap rambut panjang Amani yang menutupi sebahagian wajahnya. Satu kucupan hangat diberikan pada dahi Amani. Pandangan tajam Zafran membuatkan Amani tertunduk malu. Zafran memejamkan matanya.
Bismillah... Errr... Terlupa pulak doa malam pertama....

psttt... ada tak yang rindu pada TKC?

12 comments:

  1. rindu teramat amat sangat dek....tapi cam tak puas2 gak dek hehe tamak nye akak dek!!!dek please! lah tak nak lah natrah jadi penghalang kebahgiaan amani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      dugaan sikit-sikit je kak.
      untuk mengukuhkan lagi hubungan amani dan zafran!:)

      Delete
  2. Replies
    1. Wan Ruzanaaaa...
      Lya kalau boleh nak post tiap2 ari bab baru...ini kira penawar rindulah yeee...:)

      Delete
  3. of course la rinduuuuuuu sangat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn...Lya memahami....
      tu yg bagi ubat rindu...
      hehehe...

      Delete
  4. Rindu kt mereka berdua.... Bila Zaf nak berterus terang dengan Amani.... jangan sampai hati Amani kecewa bila dapat tahu sendiri....

    ReplyDelete
  5. Awww sweetnya......heeeee tk Sabar tgu novel ni

    ReplyDelete