SUDAH empat belas kali Datin Nuraina menjeling jam di dinding. Sejak pulang dari usrah di Masjid Al-Taqwin, dia belum menjamah walau sesuap nasi. Seleranya mati. Hatinya runsing tiada ketenangan. Fikirannya kacau akibat terganggu dengan peristiwa petang tadi. Bayangan wanita yang muncul di rumahnya masih bermain-main di fikiran. Kata-kata yang keluar dari bibir wanita itu juga masih terngiang-ngiang di telinganya hingga ke saat ini. Hatinya kembali berdebar kencang!
“Ish, mana pulak perginya anak awak ni tak reti-reti nak
balik? Dah tengah malam dah ni!” Datin Nuraina menghempaskan badan di atas sofa
berbentuk L buatan Itali. Rasa marah dilepaskan kepada si suami yang ralit
menghadap television.
“Sekejap lagi Zaf balik lah tu. Cuba awak bawa bertenang.
Pergi makan dulu. Sedap juga lauk rendang yang Lestari masak,” Dato’ Mustapha
cuba memujuk hati isteri yang tidak keruan.
“Saya dah hilang selera makan ni bang. Abang tu lain lah,
boleh duduk goyang kaki macam tak ada apa-apa masalah. Abang tak risau pasal
Zaf ke?” dada Datin Nuraina kembali berombak. Kesal dia melihatkan sikap suami
yang bagai acuh tidak acuh dengan musibah yang bakal menimpa keluarga mereka.
Dato’
Mustapha menjeling ke arah isterinya. Arif benar dia dengan perubahan sikap
wanita yang sudah dikahwini hampir tiga puluh tahun itu. Cerita yang
disampaikan oleh Datin Nuraina petang tadi memang agak mengganggu fikirannya.
Bohonglah jika hati seorang bapa tidak terkesan dengan cerita itu. Bezanya dia
masih mampu mengawal perasaan.
“Kita belum
tahu niat sebenar dia datang nak berjumpa Zaf. Awak pun satu. Budak tu baru nak
buka mulut awak dah cantas setiap ayat dia. Macam mana kita nak tahu perkara
sebenar?” Dato’ Mustapha menuturkan kata dengan berhati-hati. Bimbang pula api
kemarahan isterinya akan bertambah membara.
“Nak
dengar cerita perempuan tu? Jangan harap lah saya nak percaya sepatah pun cakap
dia. Abang tak ingat apa dia dah buat pada Zaf? Pada keluarga kita? Saya...”
Datin Nuraina tidak meneruskan kata-kata tatkala telinganya menangkap bunyi
enjin kereta yang memasuki laman rumah. Bingkas dia bangun dan menuju ke pintu.
“Kenapa
lambat balik ni Zaf? Tahu tak Umi dan Walid dah lama tunggu Zaf?” Datin Nuraina
tidak menunggu lama sebaik wajah Zafran tersembul dari balik pintu.
“Assalammualaikum.
Kenapa ni Umi? Kan Zaf memang selalu balik waktu ni kalau pergi main futsal?
Umi dengan Walid dah makan? Zaf nak naik mandi dulu lah ya,” Zafran menyalami
kedua ibu bapanya. Adab yang dipraktikkan sejak dahulu lagi.
“Tak
payah nak mandi-mandi. Duduk dulu kat sini. Umi dengan Walid ada perkara nak
bincang dengan Zaf,” Zafran mengesan ketegasan dari suara uminya. Keningnya
terjungkit memandang Walid yang buat muka seposen.
“Ada apa
ni Umi? Apa yang penting sangat ni?” Zafran duduk di sisi Datin Nuraina.
Tangannya mengusap lembut belakang umi yang kelihatan tidak tenang. Hatinya
turut dipalu kerisauan kalau-kalau ada berita kurang enak tentang adiknya yang
menuntut di United Kingdom.
“Ha, apa
tunggu lagi bang. Bagitahu lah pada Zaf,” Datin Nuraina pass baton kepada suaminya.
“Eh,
kita pula. Awak yang beriya-iya. Awak ajelah yang cakap,” Dato’ Mustapha
terkejut dengan permainan isterinya. Tak
pasal-pasal dia pula yang diminta menyuarakan tentang perkara itu. Lagipun dari
awal dia memang kurang bersetuju dengan cadangan isterinya yang agak
tergesa-gesa itu.
Zafran
memerhatikan kedua orang tuanya yang saling bermain tarik tali. Jarang benar
dia melihat Umi seserius ini. Perkara apakah yang bermain di fikiran mereka?
“Okay, awak tak nak cakap biar saya yang
cakap. Macam ni Zaf, Umi dengan Walid nak Zaf kahwin!” Datin Nuraina melepaskan
bom atom di depan Zafran.
“Oh, itu
aje? Zaf ingatkan benda apa lah tadi! Memanglah Zaf akan kahwin Umi. Bagi Zaf
masa stabilkan hidup Zaf dulu. Paling cepat tahun depan Zaf bagi menantu kat
Umi dan Walid!” Zafran melepaskan nafas kelegaan. Ingatkan perkara apa yang
besar sangat tadi. Isu kahwin sudah terlalu kerap diperkatakan oleh uminya
sebelum ini. Tapi akhirnya isu itu mati begitu sahaja. Zafran sudah mula
menapak ke arah anak tangga.
“Tapi
Umi nak Zaf kahwin dalam masa terdekat. Kalau boleh bulan depan!” suara Datin
Nuraina mematikan langkah Zafran. Wajah uminya ditatap lama. Menunggu
kalau-kalau uminya akan ketawa tanda bergurau. Namun wajah uminya terlalu
serius. Jantung Zafran mengepam lebih laju.
“Kenapa
tiba-tiba ni Umi? Zaf belum bersedia nak kahwin. Bagi Zaf masa. InsyaAllah
tahun depan Zaf bawa calon menantu ke rumah kita ni. Lagipun Umi tahu kan, Zaf
mana ada steady girlfriend,” tangan
Umi diraih dan diusap lembut.
“Umi tak
kira. Kalau Zaf tak ada calon lagi, Umi ada! Yang penting Zaf kahwin,” Datin
Nuraina memalingkan wajah. Hati keibuannya tersentuh melihat wajah Zafran yang
kelihatan resah. Namun dia yakin ini lah yang terbaik untuk anaknya. Dia hanya
mahu melihat Zafran hidup bahagia!
Zafran
terkedu di atas sofa. Dia jarang menolak permintaan Umi. Namun permintaan kali
ini dirasakan terlalu keterlaluan dan berat untuk ditunaikan. Kahwin bulan
depan? Dengan calon Umi yang entah siapa-siapa pula tu! Wajah Qaisara anak
Tengku Mariani terbayang di fikiran Zafran. Bukan dia tak tahu, dari dahulu
lagi Tengku Mariani menyimpan hajat untuk berbesan dengan uminya. Qaisara
memang cantik. Namun sikap manja dan keanak-anakan terlalu menebal dalam diri
gadis itu. Obesesinya pada kartun Hello Kitty terlalu tinggi! Dari kereta,
pakaian, kasut hingga ke beg tangan semuanya bercirikan Hello Kitty! Malah
Qaisara pernah menghadiahkan tali leher corak kartun itu kepadanya! Zafran
menggelengkan kepala.
“Zaf tak
setuju! Kalau betul Umi nak Zaf kahwin bulan depan, biar Zaf sendiri yang cari
calonnya,” Zafran sudah berdiri. Dia perlu tegas dalam menentukan soal masa
depannya. Isteri bukan boleh ditukar ganti seperti baju. Zafran mahu satu yang
istimewa yang boleh dijadikan teman hidup hingga ke hujung nyawa.
Datin
Nuraina kembali panas punggung. Wajah yang hadir petang tadi kembali
menghantuinya. Bagaimana jika Zafran memilih perempuan itu sebagai isteri?
Sia-sialah rancangan yang telah diatur!
“Tak
boleh. Calon menantu pilihan Umi ni calon terbaik. Orangnya lemah lembut, penuh
budi bicara. Agamanya ada. InsyaAllah boleh memberikan zuriat yang baik untuk
keturunan kita. Zaf dengarlah cakap Umi...” Datin Nuraina mengesat air mata.
Dia tahu Zafran akan lemah dengan air matanya.
“Umi,
kahwin bukan perkara main-main. Macam mana Zaf nak kahwin dengan orang yang Zaf
tak cinta? Kenal pun tidak! Macam mana kalau Zaf tak bahagia? Umi nak
bertanggung jawab? Umi bagi lah peluang Zaf cari sendiri calon isteri Zaf,”
Zafran mengendurkan suara. Perang psikologi sudah bermula antara Zafran dan
Datin Nuraina.
“Siapa
kata tak bahagia kalau berkahwin dengan pilihan ibu bapa? Bercinta selepas
kahwin bukan benda mustahil. Tengok Umi dengan Walid! Kami kahwin atas jodoh
ibu bapa. Alhamdulillah bahagia sehingga sekarang. Restu ibu bapa tu yang
penting! Cinta dan sayang boleh dipupuk,” Datin Nuraina masih cuba memancing
hati Zafran. Dia tidak boleh kalah!
“Macam
mana kalau kita bagi Zaf pilih calon isterinya sendiri. Bawa balik dan
perkenalkan dulu pada kita. Kemudian kita buat keputusan,” Dato Mustapha
akhirnya bersuara. Dia tidak sampai hati melihat wajah Zafran yang kusut.
Memang lah dia hidup bahagia bersama Nuraina, calon ibunya. Namun itu bukan
jaminan kebahagiaan bagi Zafran.
Datin
Nuraina menjegilkan biji matanya. Suami yang diharap dapat memberi sokongan
akhirnya sudah berpaling tadah. ‘Siaplah dalam bilik nanti!’ Datin Nuraina
menghantar isyarat mata kepada suaminya.
“Ehem,
macamni lah. Awak dengan Zaf dua-dua sudah ada calon kan? Sebagai ketua
keluarga, biar saya yang buat penilaian. Siapa nama kedua-dua calon menantu
Walid ni?” Dato’ Mustapha membetulkan duduk. Kata putus perlu diberi sebelum
berlaku perbalahan keluarga.
“Amani!”
serentak nama itu terpacul dari bibir Zafran dan Datin Nuraina.
* * * * * *
ZAFRAN
menghempas badan di atas tilam empuk. Matanya sahaja yang tajam merenung siling
bilik, namun tumpuannya langsung tidak berlegar di situ. Fikirannya sudah
terbang terlalu jauh mengenangkan perdebatan hebat dengan Umi sebentar
tadi. Perdebatan yang berakhir dengan
suatu keputusan yang tidak terduga.
Siapa sangka Uminya telah jatuh sayang kepada Amani? Satu
pertemuan yang berlaku hampir tiga minggu lalu rupanya mencambahkan keinginan
tinggi untuk bermenantukan Amani! Zafran tersenyum sendiri. Punyalah dia
bimbang jika Uminya ingin menjodohkan dia dengan Qaisara. Rupa-rupanya dia dan
Umi mempunyai citarasa yang sama. Betullah kata orang, mana tumpahnya kuah jika
tidak ke nasi?
Dari perbincangan ringkas tadi, Umi sudah tidak
sabar-sabar untuk melangsungkan majlis pernikahannya. Majlis persandingan boleh
dilakukan kemudian apabila adiknya pulang sewaktu cuti semester nanti. Ini
bermakna tidak lama lagi dia akan memilikki Amani! Zafran mengusap dada. Perasaan tidak sabar mengetuk-ngetuk pintu hatinya.
Tiba-tiba Zafran menepuk dahinya sendiri. Dia tidak
pernah meluahkan perasaan kepada Amani. Bagaimana dia begitu yakin bahawa dia
tidak bertepuk sebelah tangan? Bagaimana jika Amani menolak lamarannya? Lebih
parah lagi jika Amani mengambil langkah drastik dengan meletakkan jawatan dari
Megah Holdings. Manik-manik peluh sudah mula kelihatan di dahi Zafran. Dia
berasa seram sejuk.
Perkahwinan bukan melibatkan dia seorang. Tetapi
melibatkan dua jiwa. Jiwanya dan jiwa Amani! Jiwanya memang sudah terang-terang
rela diserahkan untuk Amani. Namun sudikah Amani mempersuamikan dia yang selalu
bersikap kejam sepanjang perkenalan mereka? Zafran mengeluh berat.
Dia perlu mencari jalan untuk menawan hati Amani secepat
mungkin. Tambahan pula Umi sudah berangan jauh hendak menghantar rombongan
meminang ke Kampung Kepayang. Masalahnya Amani adalah seorang wanita yang
terlalu berbeza daripada wanita-wanita yang pernah dikenalinya dahulu. Kalau
Arisya atau Irine, mudahlah dia menaburkan wang ringgit untuk mendapatkan
persetujuan!
Tetapi hatinya sudah ditawan oleh adalah Amani Ahmad. Walaupun
naif dan dan berhati lembut, namun Zafran sangat pasti jalan penuh ranjau perlu
dilalui untuk memiliki sekeping hati itu. Bayangan Fahim yang masih cuba-cuba
mendekati Amani terbias di ruang ingatannya. Zafran membulatkan tekad. Walau apa pun yang terjadi, Amani mesti
dimiliki! Zafran terlena dalam mimpi yang ditemani Amani.
“KALAU
dari awal disebut nama Amani tadi kan senang? Tak perlu nak berbalah anak-
beranak!” Dato’ Mustapha melepaskan tawa. Senaskah tafsir Al-Quran diletakkan
di atas meja sisi. Matanya mengekori kelibat Datin Nuraina yang sedang menempek
krim di wajah. Walaupun sudah separuh abad, namun kejelitaan isterinya masih
seperti dahulu!
“Mana
lah saya tahu yang Zaf sukakan Amani. Abang tau aje lah sebelum ni Zaf tu suka
rapat dengan perempuan jenis macam mana. Jenis tak cukup kain! Alhamdulillah,
mujur semuanya dipermudahkan Allah, bang. Lagi cepat Zaf kahwin, lagi senang
hati saya. InsyaAllah Amani akan jadi isteri yang baik. Berkenan betul saya
dengan budak tu. Nanti abang jumpa dia mesti abang faham apa yang saya cakap,”
Datin Nuraina sudah melabuhkan badan di sisi suaminya. Seperti biasa lengan
Dato’ Mustapha menjadi bantal pengalas kepalanya.
“Iya
lah. Mudah-mudahan tindakan kita ni betul untuk masa depan Zaf. Mudah-mudahan
Natrah tak datang menganggu keluarga kita lagi,” Dato’ Mustapha mengucup dahi
isterinya penuh kasih. Kedua-dua tangannya ditadah untuk membaca doa sebelum
tidur yang diaminkan oleh Datin Nuraina.
Siapakah Natrah? Jangan
lupa nantikan sambungan Bab 18 minggu hadapan! :)
wow suspen je bab ni..best best.... haishh tak sabar nak tunggu sambungan.... :)
ReplyDeletedah sambung!:)
Deletehaha slmt ko Zaf,.seri ngan umi ko hehe
ReplyDeletecitarasa mak dgn anak same!
DeleteAmani x nak pun...
ReplyDeleteMesti mak ngan adik2 dia nak sangat2...
Boss yang baik hati datang meminang...
Lepas nih ada ramailah yang dok kacau amani...
Sebab dapat cekup jerung besar yang juga cuba dijerat orang lain...
~w.t~
tq masih sudi membaca!:)
Deletebest best! suspen pula di situ nyee.
ReplyDeleteuntungnye amani dapat lelaki yg kacak,kaya.mcm sempurana jee.
bertuah bertuah. hehe
hahaha...
Deleteitu lah...dalam novel boleh la nak demand lelaki sempurna!:p
to lya zara
ReplyDeletesaya dah baca novel awak ni dari bab 1 hingga 16, serius best!!!
teruskan berkarya :)
terima kasih iman lily!
Delete:)
sama2.. :)
Deletejemput ke blog kita, baca karya kita yg tak seberapa tu hehe :)
harap sudi :) *mata mengedip2*
waaa..iman pon menulis jugak ke?tinggalkan link..lya cube cari tadi tapi x jumpa..
Delete:)
ya..baru je :) *malu*
Deletealamak lupa pulak nak tggalkan link hehe
ni link nya ya http://imanlily.blogspot.com/.
terima kasih lya :)
Haha... Citer ni mmg lawak 💕
ReplyDelete