Bab 23
“SAH?”
“Sah!” empat orang saksi yang duduk mengelilingi Zafran
saling mengangguk sesama sendiri. Zafran meraup wajahnya. Ucapan syukur basah
di bibirnya tidak henti-henti. Dijeling sekilas ke arah Amani yang sudah pun
bergelar isterinya yang sah. Alahai, sedang mengelap air mata nampaknya dia.
Sedih atau pun terharu tu?
“Boleh kita teruskan dengan upacara
sarung cincin?” Puan Sri Suriana, adik kepada Datin Nuraina bertanya.
“Sekejap ya Mak Lang. Zaf nak buat
sujud syukur dulu,” Zafran meloloskan diri ke mini surau yang terdapat di
tingkat bawah rumahnya. Sempat lagi
dikerling wajah si isteri yang masih setia menanti di atas tilam putih berhias
cantik. Kali ini Amani juga menjeling malu ke arahnya. Senyuman manis itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Bagaikan
hilang pedoman dirasakan sebentar.
“Alhamdulillah. Tahniah Amani!
Semoga berkekalan ke akhir hayat,” Syuhada berbisik ke arah Amani. Disapu
setitis air yang bertenggek di birai mata sahabatnya itu. Kursyiah juga menahan
sebak di dada. Alangkah manisnya hari ini jika Ahmad berada bersama-sama mereka
untuk mewalikan sendiri pernikahan Amani. Menyaksikan sendiri betapa indahnya
majlis pernikahan yang berlangsung di rumah biras mereka.
Sedikit pun dia tidak membantah
apabila Dato’ Mustapha dan Datin Nuraina meminta kebenaran untuk mengadakan
majlis pernikahan di rumah mereka di Kuala Lumpur. Selepas beribu wang ringgit
yang keluarga birasnya laburkan untuk majlis pertunangan bulan lalu, memang dia
berasa terhutang budi sangat-sangat kepada mereka. Tambahan pula dua biji bas disediakan untuk
orang kampungnya ke Kuala Lumpur. Melihatkan persiapan rapi yang dilakukan oleh
keluarga birasnya, memang dia surrender.
Mustahil dia mampu menyediakan majlis gilang-gemilang seperti ini untuk Amani di
pondok buruk mereka.
“Mak, mak okay ke?” Amani menyentuh pipi emaknya yang basah.
“Eh, mak okay! Cuma sedih sikit. Teringatkan arwah abah kamu...”
“Amani pun teringatkan arwah abah.
Mak, Amani janji. Walaupun dah kahwin, Amani takkan lupakan tanggung jawab pada
keluarga kita. Amani sayang mak sangat-sangat. Terima kasih besarkan Amani.
Terima kasih sebab menjadi abah dan emak kepada kami adik-beradik...” Amani
memeluk tubuh emaknya. Cuba dikawal rasa sedih yang menyesakkan dada.
“Iyalah Amani. Mak tahu kamu anak
yang bertanggung jawab. Zafran tu pun sama. Syukurlah kamu jumpa orang macam
tu. Sudah, jangan menangis dah. Habis baju lis
mak ni nanti,”
“Lace
lah mak!” Amani menyeka air matanya. Wajahnya kembali tersenyum. Hari ini
merupakan hari yang paling membahagiakan dalam hidupnya. Sungguh dia masih
tidak percaya telah bergelar isteri kepada diktator yang sering sahaja
membuatkan dia berasa terhina dan bersedih. Entah sejak bila lelaki itu mula
menyimpan rasa kepadanya? Akan disoal selidik Zafran cukup-cukup nanti!
“Ha, pengantin lelaki dah datang
dah!” Mak Ngah Temah bersuara dari belakang. Bunyi macam berbisik, tapi volumenya kuat sampai ke luar rumah
boleh didengar. Amani membetulkan duduk serta veilnya. Hatinya kembali berdebar-debar. Sebentar lagi dia akan
bersentuhan dengan Zafran untuk pertama kalinya. Nak dapat kiss lah kejap lagi ni kan?
Zafran duduk di hadapan Amani. Dagu
runcing Amani disentuh lembut. Wajah Amani yang menunduk diangkat sedikit
supaya memandang ke arahnya. MasyaAllah! Jelmaan puteri bunian ke apa dia ni?
Cantiknya ciptaan Allah... Saat itu dia merasakan bumi terhenti berputar dari
paksinya. Ratusan tetamu yang mengerumuni mereka bagaikan lenyap dengan
tiba-tiba. Hanya mereka berdua berada di situ. Zafran terbuai dalam alunan
perasaan yang cukup indah...
“Oh meletup cium-cium! Ha, cepat cium! Eh?”
latahan Mak Ngah Temah yang tersadung di anak tangga disambut dengan gelak tawa
tetamu. Zafran kembali ke alam nyata. Ish, mak cik ni lagi...
Zafran
mencapai seutas rantai tangan bertatah berlian yang ditempah khas untuk Amani.
Dipakaikan di pergelangan tangan Amani dengan berhati-hati. Kemudian Amani pula
menyarungkan sebentuk cincin platinum kepada jari manis Zafran. Tanda mereka
berdua sudah saling memilikki.
“Salam
suami nak,” Kursyiah berbisik sedikit kepada Amani apabila dilihat anaknya
kelihatan kaget. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Amani
menghulurkan tangannya yang sejuk bedi kepada Zafran. Diraih tangan Zafran,
lalu dibawa ke hidung dan bibir untuk dicium. Debaran di dada sukar digambar.
Tangan lelaki kedua yang diciumnya selepas tangan tua arwah abah. Bagai tak
jejak bumi dirasakan seketika.
Zafran
merasakan damai di hati tatkala Amani mencium tangannya. Tanpa disuruh, Zafran
mendekatkan bibirnya ke dahi Amani. Riuh-rendah usikan tetamu sedikit pun tidak
menganggu konsentransi Zafran tatkala itu. Dengan lafaz bismillah dia mencium
dahi isterinya. Lama.
‘Abang
sayang sayang...’ sebaris ayat itu bergema di ruang hati hati Zafran.
“Hold ya. One...two...Ok! Nice shot!”
Zafran dan Amani bermandikan cahaya flash.
Entah berapa kali mereka diminta mengulang pose
bersalam dan pose Zafran mencium dahi
Amani. Amani berasa kebas seluruh anggota badannya apabila ciuman hangat Zafran
menyentuh tangan, dahi dan kedua belah pipinya. Selamba sahaja Zafran mengikut
rentak permintaan jurugambar sedangkan pipinya sudah merah menahan malu.
Tambahan lagi ratusan pasang mata menjadi saksi kepada setiap aksi mereka.
Setelah
sesi bergambar bersama keluarga dan tetamu selesai, Amani dan Zafran diminta menukar
persalinan kedua. Walaupun tiada majlis bersanding, namun Datin Nuraina
beriya-iya menyediakan dua set pakaian pengantin untuk anak dan menantu
kesayangannya itu.
Amani
sudah siap menyarung dress keemasan
yang ditaburi jahitan batu swarovski sewaktu Zafran masuk untuk menyalin
pakaian. Nurin, jurumekap yang membantu Amani lekas-lekas menyematkan keronsang
terakhir di selendang Amani sebelum meninggalkan mereka berdua.
“Alah,
melepaslah pulak...” Zafran mengeluh sambil menghampiri Amani.
“Apa
yang melepas?” Amani mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang dimaksudkan
suaminya itu. Tambahan lagi ditinggalkan berdua dalam bilik besar ini
menyebabkan kesemua bulu romanya tegak berdiri. Seram!
“Melepas
nak tolong sayang salin baju!” ujar Zafran selamba. Ditariknya kedua tangan
Amani rapat ke bibir lalu dicium penuh kasih. Amani terpinga-pinga dengan
tindakan romantis Zafran. Tidak tahu reaksi apa yang perlu diberi. Penyudahnya
dia menunduk sahaja.
“Kenapa
diam je? Sayang tak seronok ke kita dah kawin?” Zafran merendahkan badannya
untuk menyaingi ketinggian Amani. Diintai wajah Amani yang sudah merah itu. Oh,
malu rupanya...
“Seronok,”
Amani menjawab sepatah. Dikerling sekilas mata Zafran yang masih memanah ke
arahnya. Ish ish ish... Suami aku ni, tak paham ke yang aku ni pemalu orangnya.
“Dah
kawin mana boleh malu-malu lagi sayang. Dah sah... dah halal pun,” Zafran
menarik tubuh Amani lebih rapat ke arahnya lalu dipeluk dengan selamba. Wangian
yang dipakai Amani menusuk ke hidung Zafran. Diusap perlahan kepala Amani yang
sudah dibalut selendang itu. Macam mana rupa rambut isteri aku ni ya?
Gulp!
Amani menelan liur. Kedua tangannya lurus di sisi badan. Kaku tidak bergerak.
Nafasnya juga putus-putus. Berdebar betul dirasakan.
“Tak
siap la...” Datin Nuraina terkaku di muka pintu. Terasa sudah salah timing pula apabila menangkap adegan
mesra anak dan menantunya. Itulah, siapa suruh tak kunci pintu!
“Menantu
Umi ni dah siap. Zaf belum lagi,” Zafran melepaskan rangkulannya pada tubuh
Amani dengan selamba. Sedikit pun dia tidak berasa malu pada Uminya.
“Ha,
yelah. Cepat sikit. Uncle Arsyad
dengan Aunty Laila nak jumpa kamu,”
Datin Nuraina menutup kembali pintu. Tidak mahu diganggu privasi pengantin baru
itu. Dia menuruni tangga dengan senyuman sampai ke telinga. Nampak gayanya
cepatlah dia menimang cucu!
“Tulah
awak! Dah kantoi dengan Umi. Mesti Umi fikir bukan-bukan,” Amani memuncung
sedikit. Ya Allah, malunya pada Umi! Umi, bukan saya yang tak sabar. Tapi anak
Umi ni yang gelojoh!
“Alah,
Umi memang tahu pun yang anak dia ni gatal,” Zafran ketawa besar. Songkok
hitamnya ditanggalkan dan diletakkan di atas kepala Amani. Amani tidak jadi
hendak marah melihatkan gelagat Zafran. Spontan tangannya membantu Zafran
membuka butang baju Melayu satu persatu sehingga selesai.
“Awak,
saya turun dulu lah ye. Melissa nak ambil gambar sama-sama tadi,” Amani
mencipta alasan. Lebih lama berdua-duaan di sini bimbang pula semakin sukar
mengawal tingkah laku Zafran.
“Sayang...
Lepas kawin ni tak nak panggil saya-awak lagi. Biasakan panggil abang-sayang.
Barulah mesra!” Zafran mencuit hidung Amani. Memang sudah lama dia menyimpan
hasrat untuk menyentuh hidung itu. Apabila sudah sah, bolehlah dia berbuat
sesuka hati.
“Hmm.
Baik awak...eh, abang! Sayang turun dulu ya,” Amani mengelak apabila Zafran
cuba menarik hidungnya sekali lagi. Lekas-lekas dia menuju ke pintu.
“Sayang...”
“Ye
aw...abang?” Amani yang sudah sampai di muka pintu menoleh kembali ke arah
suaminya. Lidahnya masih keras untuk memanggil ‘abang’.
“Tolong
bukakan butang je ke? Baju dengan seluar ni tak nak tolong bukakan sekali?”
“Abang!”
Amani terjerit kecil. Cepat sahaja dia menutup kembali pintu kamar pengantin
mereka, meninggalkan Zafran yang masih bersisa dengan ketawa.
‘Oh
lari ye.Tak ape sayang... Abang nak
tengok sayang nak lari mana malam nanti,’
AMANI menghampiri
tetamu yang hadir. Selain dari saudara mara, penduduk Kampung Kepayang, serta
rakan kenalan, ibu dan bapa mertuanya turut menjemput kesemua staf di Megah
Holdings untuk meraikan pengantin. Amani melayan bergambar bersama rakan
sepejabat sambil berkenalan dengan ahli keluarga barunya. Walaupun berasa
canggung, namun mujurlah kebanyakan saudara Zafran ramah dan mesra dengannya.
Namun ada juga seorang dua yang menjeling tidak senang.
“Amani?”
Amani
berpaling ke arah empunya suara yang menegurnya. Wajah Fahim yang sedikit sugul
itu mengusik rasa di hatinya. Semenjak Zafran mengumumkan tarikh pernikahan
mereka, Fahim sentiasa mengelak dari bertegur dengannya. Ada lukakah di hati
lelaki itu?
“Fahim!
Awak dah makan? Datang dengan siapa?” Amani cuba meramahkan suasana. Ingin
dikikis buang jurang antara mereka.
“Dah
lama dah sampai. Sempatlah tengok sendiri majlis pernikahan tadi...,” lirih
saja suara Fahim ketika itu. Amani menjadi serba salah. Bagaimana hendak
dirawat hati sahabatnya ini?
“Ha,
Fahim! Thanks for attending our wedding!
Ingatkan tak datang! Jangan segan-segan ya. Jemput makan. Nasi arab pun ada
bawah khemah sana,” Zafran menghimpit di sebelah Amani dengan tiba-tiba.
Tangannya laju sahaja merangkul pinggang si isteri. Umpama menghantar isyarat
kemenangan kepada Fahim.
“Oh.
Memang meriah majlis ni boss. Tapi saya
nak balik dah ni. Sebelum balik ni... Hm, kalau boleh saya nak ambil gambar
dengan Amani,” Fahim tayang wajah mengharap.
“Yeah, sure boleh! Bagi kamera awak tu pada
Razlan. Ok, marilah sini,” Zafran menggamit Fahim agar berdiri di sebelah
kirinya. Amani pula berdiri di sebelah kanannya. Heh, jangan haraplah dapat
ambil gambar berdua dengan bini aku!
Klik! Klik!
“Okay Fahim. Terima kasih kerana datang. Kami
nak jumpa tetamu lain pula ye. Jumpa
di office isnin nanti!” Zafran
menarik tangan Amani supaya berjalan di sisinya. Terasa kejam juga apabila
melihat wajah kecewa Fahim sebentar tadi. Namun rasa cemburunya sukar dikawal.
Maaf ya Fahim! Best man wins!
“Sayang
cakap apa tadi dengan Fahim? Sebelum abang sampai tu?” Zafran berbisik di
telinga Amani.
“Sayang
tanya dia dah makan ke belum, dah lama ke sampai... Tu aje. Kenapa bang?” Amani menjeling sedikit ke arah Fahim yang
dilihatnya sudah keluar dari pagar rumah. Maafkan aku Fahim. Sesungguhnya tiada
jodoh antara kita.
“Jangan
layan dia lebih-lebih tau. Ingat abang tak tahu yang dia pernah ada hati dengan
sayang dulu?” Zafran mengecilkan matanya. Wajah serius ditayang kepada Amani.
“Abang
cemburu?” terangkat sedikit kening Amani.
“Mestilah!
Takkan tu pun nak tanya!”
“Ohhh...
Pandai pulak singa jantan ni nak cemburu kan? Ingat pandai nak marah jeee,”
Amani menarik hidung Zafran sebelum berlalu pergi. Senyuman nakal terukir di
wajahnya melihatkan Zafran yang terkulat-kulat.
‘Singa
ye? Eiii... Tunggulah nanti Amaniku sayang!Hai bulan, cepatlah datang!’ Zafran
mengusap hidungnya yang sedikit pedih akibat ditarik oleh Amani.
AMANI terkocoh-kocoh
membuka pintu bilik air yang diketuk bagai hendak roboh itu. Seharian melayan
tetamu membuatkan badannya berpeluh dan melekit. Dia perlu mandi untuk
menyegarkan badannya. Wajah Zafran yang melopong tersenggul di muka pintu. Dah
kenapa pulak ni?
“Abang?”
Mata
Zafran masih tidak berkelip dari memandang tubuh Amani yang berbalut tuala dari
paras dada hingga ke peha. Bukan dia tidak pernah melihat Arisya dan perempuan
lain berpakaian begitu. Namun melihat sesuatu yang cukup terpelihara sebelum
ini merupakan suatu nikmat yang sukar digambar. Hanya untuk tatapan yang
berhak. Hanya untuk matanya seorang. Subhanallah, inilah nikmat seorang suami
yang memperisterikan wanita yang menutup aurat!
“Abang!”
Amani menguatkan suaranya untuk menarik perhatian Zafran.
“Hmm...
Seksinya sayang abang...”
“Arghhh!
Abang!” Amani terjerit. Lekas-lekas dia menyorokkan kembali badannya di
belakang pintu. Ditutup dan dikuncinya semula pintu itu. Ya Allah! Dia
benar-benar tidak sedar sudah menayangkan tubuhnya kepada Zafran. Memanglah
tidak berdosa. Namun dia benar-benar malu! Belum bersedia!
“Sayang!
Bukaklah pintu ni. Abang pun nak
mandi jugak!” Zafran masih setia
mengetuk pintu bilik air. Seketika kemudian Amani membuka semula pintu dengan
keadaan lengkap berpakaian. Mujurlah dia sudah bersiap sedia dengan membawa
baju baru sebelum masuk mandi tadi.
“Alah
sayang ni. Jom mandi lagi sekali?” Zafran memancing dengan senyuman nakal di
bibir. Matanya tidak lepas dari memerhatikan rambut Amani yang basah.
Panjangnya rambut isteri aku ni. Lurus dan cantik pulak tu! Boleh buat iklan syampu!
Amani
menggeleng laju-laju. Dengan pantas diambilnya sehelai tuala baru dan diberikan
kepada Zafran.
“Cepatlah
mandi bang. Busuk!” Amani menolak tubuh Zafran ke dalam bilik air. Zafran
menurut jua dengan senyuman tak lekang di bibir. Tak mengapalah sayang. Sayang
malu lagilah tu...
Sebaik
Zafran menutup pintu bilik air, Amani menyelongkar beg pakaiannya. Asalnya dia
ingin mencari sikat, namun dia terjumpa pula beg kertas berwarna ungu. Perasaan
ingin tahu membuatkan Amani terus membuka untuk melihat isi di dalamnya.
Amani
mengeluarkan sehelai baju tidur berwarna merah dengan perincian lace jarang dibahagian dada. Hah? Takkan
Zafran yang membelikan pakaian tidur yang seksi ni? Sumpah dia tak sanggup nak
memakainya! Well, sekurang-kurangnya
bukan untuk malam ini. Bila perasaan malu sudah menipis nanti, bolehlah
disarung untuk memikat hati suami. Bukankah besar pahalanya?
“Amboi!
Sayang beli baju tu untuk pakai depan abang ke?” Zafran duduk di birai katil.
Kali ini Amani pula yang melopong tatkala melihat Zafran yang tidak berbaju, sekadar
bertuala hingga ke lutut. Goyang sebentar imannya tatkala itu! Bila masa lelaki
itu keluar dari bilik air pun tidak disedarinya.
“Tutup
mulut tu sayang,” Zafran menyentuh dagu Amani. Spontan satu ciuman hinggap di
bibir isterinya. Amani menutup mulutnya dengan tangan! Abang!
“Abang
sayang sayang sangat-sangat tau. Tak sangka sayang dah jadi isteri abang pun!
Abang betul-betul bersyukur. Untuk pengetahuan sayang, sayang dah cukup cantik,
cukup sempurna dan cukup seksi di mata abang. Kalau tak pakai baju macam tu pun
abang tetap tergoda!” Zafran berbisik lembut di telinga Amani. Tangannya sudah
merangkul kemas tubuh Amani.
“Tapi
bang...”
“Eh,
tapi kalau sayang nak pakai malam nanti pun boleh jugak! Alang-alang sayang dah beli tu kan....” Zafran memotong ayat
Amani. Bimbang pula Amani berkecil hati jika usahanya tidak dihargai.
‘Eh,
bukan abang yang beli? Hmm, ni mesti kerja Syuhada!’ tiba-tiba Amani teringat
beberapa hari yang lepas perempuan yang seorang itu ada bertanyakan warna
kegemarannya. Cis! Jaga kau Syu!
“Oh
ye! Ni sayang tertinggal sotong kering dalam bilik air,” Zafran selamba
menghulurkan sepasang pakaian dalam berwarna merah yang dibiarkan tergantung di
belakang pintu bilik air. Sotong kering katenye?
Amani terlihat senyuman nakal di wajah suaminya itu. Ei, boleh tahan gatal jugak suami aku ni!
“Sayang,
mari duduk sini,” Zafran menepuk-nepuk katil. Dengan langkah yang perlahan
Amani turutkan jua permintaan Zafran. Apa dia nak ni ya? Amani menahan debaran.
“Bila
nak bayar hutang?”
“Hutang?”
Amani berkerut dahi. Hari tu kata ikhlas nak tolong. Ni dah mengungkit pula!
“Iya,
lupa pulak dia! Sebab sayang terlupa, tambahan penalti sepuluh lagi ciuman!”
Amani
sudah serba-salah. Alamak! Hutang yang itu rupanya. Tak sangka kuat lagi
ingatan Zafran. Dia sendiri sudah terlupa pada permintaan Zafran sebulan yang
lalu.
“S...sa...yang
tak pandailah bang,” suara Amani sudah vibrate.
“Bukan
susah pun! Macam ni, sayang muncungkan bibir macam Donald Duck dulu. Lepas
tu...” Chup! Satu kucupan singgah di pipi Amani. “Ha, senang kan? Sekarang
giliran sayang pulak. Sini satu...” jari telunjuk Zafran diletakkan di pipi
kanannya. Mahu tak mahu Amani turutkan juga permintaan Zafran. Beralih pula
jari Zafran ke arah tempat-tempat yang lain. Pipi kiri, dahi, hidung, dagu, dan
kedua-dua belah mata Zafran semuanya mendapat sentuhan bibir Amani.
“Ok,
yang ini lama sikit pun tak ape!”
Zafran memuncungkan bibirnya. Ciuman yang kesepuluh berakhir di situ. Amani
rasa sesak nafas. Malunya bukan main. Baru hari pertama sudah diorientasi
sebegini dasyat oleh Zafran.
“Okay, cukup untuk hari ni. Lain kali
abang akan mintak baki yang lain,”
Zafran tersengih puas hati. Terdengar keluhan kelegaan di bibir isterinya itu.
“Sayang...
jom...” Zafran tersenyum menggoda. Matanya dikenyitkan kepada Amani.
“Hah?
Abang... Kan siang lagi ni!” jantung Amani kembali berdegup kencang. Gelojoh
benar suaminya ini. Takkan dah tak sabar? Orang lain bermalam pertama. Mereka
nanti bersiang pertama pula!
“Abang
ajak solat berjemaah lah sayang! Sayang fikir apa tu? Oh, gatal jugak isteri
abang ni yaaa...” Yesss!!! Suka
sangat setiap kali berjaya mengusik isterinya yang pemalu itu. Zafran ketawa
besar. Sampai terbatuk-batuk dia ketawa.
“Hmm,
abang... Sayang tak boleh solatlah, bang. Cuti...” perlahan sahaja suara Amani
kedengaran.
Zafran terdiam. Mati terus ketawa
besarnya. Gulp! Telan liur ajelah
nampaknya rezeki malam ni.
Bersambung! :)
wowww romantik......best best best.... :) cepat sambung liya...tak sabar!!
ReplyDeleteokehhh..hihihi...:)
Deleteain asyik tersenyum je bace episod nie. hehe best best :))
ReplyDeletetq ain!♥
Deleteahahahahahhaaa.. amekaw zafran!!
ReplyDeletesekali lampu merah daaaa... :P
kempunan Zafran!:p
Deletetq for reading!:)
Hahaha.... siapa yang terkena ni????.... Zafran yang x sabar.... jadi kena banya-banyak bersabarlah ya.... malam pertama kena delay ok.... hahaha.... so sweet
ReplyDeleteawal2 dah ade roadblock!hehehe...
Deletetq for reading sue!♥
sy suke cite nih ;)
ReplyDeleteterima aksih farida!♥
DeleteBest..best..tlg bukukan x sabar nak buat koleksi.
ReplyDeleteinsyaAllah!mudah2an layak dibukukan!:)
DeleteLike2...sweet..nak tekan like 10 kali bley? hehe...
ReplyDeleteSorry liya...eira merasakan ada sedikit pembetulan...perkataan biras tu rasenye besan kan? Maaf kalo eira salah...
Apepon...sgt2 suka Bab 23 neh...romantik! Chptr 24 plz....excited neh..=)
aaaa...eiraa..cekapnye mate.liya dah bace 50x pon xprasan..haaaha..tq eiraa!♥
DeleteEira dah bace separuh n tetiba merasakan yg pekataan tu tersalah...welcome liya! Harap ade rezki liya terpilih dpt antor manuskrip kat editor...n novel ni diterbitkan...amiin...=)
DeleteBest3....ermmm gigit jari la zafran mlm ni....hihihi...nak lg plez....;-)
ReplyDeletehihihi..tq ani!telan liur gigit jari ajelah zafran!:p
DeleteAlhamdulillah,bersatu gak Amani ngan Zafran.........best sangat dek akak suke.cepat sambung ye dek.thank 2 u adek.crite yg amat menarik.
ReplyDeletealhamdulillah!sy seronok kalau pembaca seronok.tq kak norihan!♥
Deleteaduhai...romantiknya...hehe
ReplyDelete