Amani menjamah hidangan nasi goreng
istimewa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa berhias cantik. Lega
hatinya kerana Zafran memilih makanan tempatan. Tidak perlulah dia bersilat menggunakan
pisau dan garfu. Suasana sunyi lebih banyak menemani mereka tatkala ini. Amani
menjeling pandang ke arah Zafran yang duduk bertentangan dengannya. Darah merah
menyerbu ke wajahnya apabila dia mendapati
Zafran juga sedang merenung tajam. Dup dap dup dap debaran di
jantungnya.
“Kenapa tak makan udang tu? Allergic?” Amani cuba mengesan nada
suara Zafran. Manalah tau kalau-kalau Zafran sedang memerli dirinya.
“Hmm, saya tak pandai nak buang
kulit udang pakai sudu dan garfu. Takut terbang pulak kepala udang ni nanti,”
Amani menjawab jujur. Kejadian di restoran mewah La Apperenti masih segar di
ingatannya. Memang dia fobia betul dengan kejadian tersebut.
Zafran tertawa kecil. Dengan pantas
garfunya mencucuk badan udang pada pinggan Amani. Tidak sampai tiga puluh saat
udang yang sudah togel itu dipotong pula kecil-kecil di atas pinggan Amani.
Biar mudah gadis itu menyuapkan ke mulut.
Amani terkedu dengan aksi spontan
Zafran. So sweet! Kalau Syuhada ada
di sini pasti sahabat yang seorang itu akan mengeluarkan hujah-hujah cinta yang
lebih dahsyat. Dia sendiri hampir tergoda dengan sikap Zafran yang terlebih gentleman sejak dua menjak ini. Amani
merasakan jantungnya tiba-tiba berdegup laju ibarat sedang berlari pecut
seratus meter. Ah, dia benar-benar tidak mengerti dengan situasi yang terlalu
asing buat dirinya ini.
Amani menguis saki-baki makanan di
pinggan dengan hujung garfu. Rasa tidak selesa lebih banyak menghantui dirinya
ketika ini. Mana kan tidak, sepanjang hari ini dia berkepit dengan Zafran. Dari
tengah hari hingga ke malam. Dia
menyangkakan tengah hari tadi mereka perlu keluar makan bersama klien. Iyalah,
mustahil pula lelaki itu saja-saja mempelawa dia keluar makan. Namun
sangkaannya meleset. Mereka hanya makan berdua dan lelaki itu banyak benar bertanya
tentang perkara-perkara peribadi.
Kemudian Zafran membawa dia melawat
beberapa tapak pembinaan. Amani diarahkan menunggu di dalam kereta sahaja
ketika Zafran melakukan site inspection. Akibat terlalu bosan, dia
tertidur di dalam kereta. Syuhada pula tidak henti-henti menghantar SMS. Kasihan
kawannya yang seorang itu makan malam tidak berteman hari ini. Dia sendiri
tidak mengetahui motif perangai pelik Zafran sepanjang hari ini. Amani masih terbayang
wajah Zafran yang masuk ke pejabat dengan muka masam macam orang tercekik asam
jawa pagi tadi. Sepanjang hari ini pula dia asyik tersenyum dan bersikap
romantis luar biasa. Tersampuk angin apalah agaknya lelaki itu?
“Sedap tak?” Zafran memecah
kesunyian. Matanya mengamati seluruh wajah bujur Amani. Walaupun dia sedar
Amani kelihatan tidak selesa, namun dia tidak peduli. Wajah Amani yang lembut
mendatangkan damai di hatinya.
“Sedap sangat, encik. Terima kasih
belanja saya makan tempat mewah macamni,” Amani menyimpul senyuman. Hatinya
berdebar apabila berbalas pandangan dengan Zafran. Debaran yang cukup berbeza
daripada yang sering dirasainya apabila berdepan dengan Zafran di pejabat.
Mungkin cahaya lilin memberi efek romantis yang luar biasa kepada dirinya.
“May
I know what have you planned for your future?” Zafran menyedut minuman. Suasana
santai cuba diwujudkan kerana dia amat pasti Amani masih kekok dengan layanan
sebegini.
“ Sebolehnya saya nak ubah nasib emak
dan adik-adik. Bagi kehidupan yang lebih selesa. Encik Zafran pun dah tengok macam mana hidup
kami kan? Kalau ada rezeki lebih, insyaAllah saya nak sambung belajar. Nak
tunaikan cita-cita arwah abah. Kenapa encik?” sekelipan Amani terbayangkan
wajah-wajah yang teramat disayanginya.
“Awak dah fikir nak ambil jurusan
apa?” Zafran merisik lagi. Kalau ikutkan hati dia mahu Amani belajar ilmu rumah
tangga sahaja.
“Hmm, kalau boleh saya nak ambil
jurusan pendidikan. Nak jadi cikgu. Dari dulu lagi saya minat mengajar,”
segaris senyuman pahit terukir di wajah Amani apabila mengenangkan impiannya yang
tidak kesampaian.
“Oh,
that’s good! It’s a noble profession.
Saya izinkan awak jadi cikgu! Maksud saya, saya sokong minat awak tu,” Zafran menahan malu apabila bibirnya lancar menggunakan
perkataan ‘izinkan’ kepada Amani. Belum apa-apa lagi dia sudah menunjukkan
kuasa.
“Kalau dah sibuk nak sambung
belajar, habis tu tahun bila awak nak kahwin?” Zafran bertanya selamba. Padahal
hatinya sudah dilanda puting beliung pada waktu itu. Manalah tahu kot-kot jawapan Amani boleh menghancurkan
harapannya yang menggunung tinggi itu.
Amani tercari-cari jawapan yang sesuai.
Soalan Zafran di luar jangkaan fikirannya. Dalam banyak-banyak soalan, entah
mengapa soalan ini pula yang terpacul dari mulut majikannya.
“Err, tak tahu lah encik. Saya bukan
ada calon pun. Masih menunggu calon imam yang sesuai. Kalau dah jodoh, malam ni
pun boleh,” Amani tergelak mendengar jawapannya sendiri.
“Fahim?” Zafran memancing lagi.
“Eh, kami kawan sepejabat je lah
Encik Zafran. Tak lebih dari tu pun,” Amani pantas menangkis. Persoalan tentang
Fahim bukan pertama kali dibangkitkan kepadanya. Malah sudah jenuh mulutnya
menerangkan perkara yang sama kepada Melissa, Jason, Fudhail, Mak Jah dan semua
staf yang lain. Sumpah, dia memang tidak ada apa-apa dengan Fahim! Amani sudah
panas punggung.
Zafran mengangguk puas hati.
Laluannya terasa lebih mudah selepas mendengarkan jawapan Amani.
“Awak dah kenyang kan? Nak order apa-apa lagi tak?” Amani
menggeleng laju mendengarkan soalan Zafran. Perut dan hatinya sudah kenyang dengan
layanan istimewa yang diberikan oleh Zafran. Rasa hendak pecah hatinya menahan
rasa bahagia melalui pengalaman candle
light dinner dengan klon Adi Putra.
Selepas membuat bayaran, mereka
berjalan beriringan menuju ke kereta Zafran. Beberapa pasang mata tidak lepas
memerhatikan mereka di saat itu. Berdampingan dengan lelaki kacak dan segak
bergaya ini menyebabkan Amani berasa rendah diri. Blaus bercorak yang
dipadankan dengan skirt labuh chiffon
yang dibeli dari Jalan Tar dirasakan tidak cukup untuk menaikkan keyakinannya.
“Kat
sini famous dengan sight viewing. Pemandangan dia cantik. Especially at night. Nak tengok?” Zafran
memperlahankan kereta apabila menuruni bukit. Deretan kereta memenuhi lereng
bukit itu. Amani tersenyum lebar. Sememangnya dia teringin melihat pemandangan
dari puncak bukit itu, tetapi dia malu hendak menyuarakan hasrat kepada Zafran.
Amani terlebih dahulu sudah melangkah
keluar sebaik kereta diparkir di bahu jalan.
“Cantiknya!”
Amani terpegun dengan keindahan pemandangan yang dilihatnya. Dari puncak bukit
ini, mereka dapat melihat hampir keseluruhan bandar Kuala Lumpur yang
bermandikan cahaya lampu. Pemandangan yang cukup mendamaikan, terasing pula
daripada kebisingan kota. Amani hampir terleka dengan keindahan ciptaan Ilahi.
Amani
tersentak apabila mendengarkan bunyi muzik. Dia cuba mengamati alunan muzik
yang agak biasa di pendengarannya itu. Lagu ‘Terukir di Bintang’ nyanyian Yuna
dalam versi akustik berkumandang dari corong radio kereta Zafran. Amani
berpaling mencari kelibat lelaki itu yang hilang dengan tiba-tiba.
“Amani...”
Zafran memanggil lembut. Badai hatinya bagai dihempas ombak tatkala ini. Saat-saat
penentuan yang begitu menggetirkan bakal dilaluinya.
Sepasang
mata Amani sudah mengecil. Dadanya hendak pecah menahan degupan jantung yang
sungguh luar biasa. Pemandangan indah di puncak View Point sudah tidak lagi
mendamaikan di waktu ini. Otaknya tidak dapat mencerna pandangan matanya itu. Semenjak beberapa bulan yang lalu, dia sudah
terlalu kerap berhadapan dengan Zafran dalam pelbagai situasi. Namun situasi
malam ini cukup berbeza.
“Amani?”
Zafran cemas melihat wajah Amani yang pucat tanpa reaksi. Bimbang pula jika
Amani pengsan seperti beberapa bulan yang lalu.
“I..Iye
Encik Zafran,” Amani mengawal getar suaranya. Lututnya terasa lembik seperti
agar-agar, semangatnya hilang terbang entah ke mana. Semuanya gara-gara
berhadapan dengan Zafran yang sedang
memegang sejambak mawar merah bersama sekotak cincin bertatah batu berkilau.
Petanda apakah ini?
Zafran
mengucap kalimah Bismillah dengan perlahan namun cukup jelas di telinga Amani. Dia
berdehem beberapa kali. Air liur ditelan seketul-seketul sebelum dia melafazkan
ayat yang sudah dikarang dan diperam sekian lama.
“Amani,
sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam
hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua
ganyut,” mata Zafran berkaca tatkala
meluahkan hasrat hatinya. Getaran suaranya turut dirasai oleh Amani yang terpegun.
Amani
hampir tidak percaya Zafran akan menyatakan ayat-ayat puitis seperti itu. Hatinya
yang sering sahaja cedera akibat ayat berbisa yang sering dihamburkan oleh
Zafran, kini bagaikan terbuai seketika dengan bait-bait kata yang cukup indah
di pendengarannya. Mahu sahaja dia meminta Zafran mengulang semula apa yang
telah dikatakan sebentar tadi. Ingin dirakam di telefon bimbit supaya boleh
diulang dengar sesuka hatinya.
“Amani?”
suara Zafran kedengaran lagi. Begitu lembut panggilan itu di pendengaran Amani.
Rasa hendak tertidur pun ada.
“Ye,
encik,” Amani menunduk malu. Kalau dia punya cengkerang seperti kura-kura,
pasti sudah disorokkan wajahnya tatkala itu.
“So? Don’t you have anything to say? And please stop calling me encik.
Panggil Zaf je. Nak panggil abang pun boleh. Lebih mesra,” Zafran mengusik nakal.
Dalam samar-samar begini, walaupun kualiti gambar tidak memuaskan, namun dia
masih dapat mengesan perubahan rona merah jambu di wajah Amani. Comel gile!
“Err...
Why me?” Amani berspeaking pula. Gementar sangat rasanya
saat itu. Belum pernah dia berdepan saat-saat begini seumur hidupnya. Mujurlah Zafran
tidak meluahkan perasaannya ketika makan sebentar tadi. Kalau tidak pasti disembur
wajah kacak itu dengan jus tembikai yang diminum tadi.
“I don’t have specific reasons. Tiba-tiba
je perasaan ni datang. Semakin lama semakin kuat. Kalau saya tak luahkan
sekarang, saya takut saya boleh jadi gila nanti,” Zafran mencari jawapan dari
sepasang anak mata Amani. Seakan-akan terbayang Amani akan menolak lamarannya
mentah-mentah. Al-maklumlah, dia adalah diktaktor kejam yang diibaratkan
seperti singa di mata Amani. Lukisan tangan di buku nota Amani terbias kembali.
Zafran menahan rasa kecewa.
“Saya
tak tahu nak cakap apa. Saya ni banyak kekurangan. Tak sempurna. Diri saya,
keluarga saya, semuanya serba daif. Kita ibarat enggang dengan pipit. Ini perkara
besar. Saya tak mahu encik...err..Z...Zaf menyesal di kemudian hari,” Amani
menuturkan kata dengan berhati-hati. Kaki dan tangannya sudah sejuk bedi.
“Amani,
saya tak mencari wanita yang sempurna untuk menjadi isteri saya. Saya cuma inginkan seorang wanita yang sudi
menjadi pelengkap kepada kekurangan saya. Menyempurnakan kehidupan saya. Membuatkan
saya berasa bahagia dan berasa beruntung kerana memilikki dia. Dan bila saya
pejam mata, saya nampak awak sebagai wanita itu,” Zafran menghulurkan kotak
cincin kepada Amani. Dia tidak pandai berjiwang karat. Namun apa yang terzahir
di bibirnya waktu ini adalah kata-kata ikhlas yang bergema dari balik hatinya.
Amani
bagaikan terbang di awangan. Masih sukar mempercayai apa yang didengarinya,
apatah lagi untuk memberikan jawapan kepada persoalan hati yang ditimbulkan
oleh Zafran. Amani memandang sekeliling. Saat ini dia berharap agar Syuhada berada
di sini. Mencubit lengannya agar dia tersedar jika dia sedang bermimpi. Namun yang
ada di sini cuma dia dan Zafran. Dan bulan penuh yang menjadi saksi kepada
setiap kata-kata Zafran sebentar tadi.
‘Oh,
bulan! Benarkah apa yang aku dengar ini?’
okey..siyes rse nk tumbang sekarang..sweet nye dictator singa ni :)
ReplyDeletediktator singa dah buang taring!hihihi
Deletekalau Amani x percaya abang Zaf bawa pi jumpa mama nak???...
ReplyDeletemahu pengsan Amani .....
itulah..umi zafran pon tggu masa je nak masuk meminang...
DeleteLiya.. Sejuk Bedi tu bahasa perak eh?
ReplyDeleteam biasa dengar sejuk Gedi..
btw, bestnyee.. tiba2 rasa cam kisah zafran and amani ni mcm nak sampai ke penghujungnya.. ;(
tak tahu lah bahasa mana am..tp memang selalu sebut bedi...
Deletetd liya dptkan bantuan mr google..sejuk bedi = sejuk gedi...
eh...pnjang lg cite ni am...jgn boring sudah laaaa...hihi
Erkksss... Dictator da jd hamster plak.. ;)
ReplyDeleteThis is nice! Setuju jer aa amani oii
amani dah berjaya tundukkan ego zafran.
Deleteagak2 nye berjaya tak zafran tawan hati amani?
:)
Dengan bulan menjadi saksi...
ReplyDeleteZafran kena tolak mentah2 ker malam tu...
Kalau amani terima, sempat rak diorang kawen nih...
BAca ayat amani kat sidebar tu, mcm menyerah kalah jer...
~w.t~
panjang lg cerita ni w.t...
Deletebyk lg onak duri rintangan yg perlu ditempuhi...
:)
best..best..nak lagi...:)
ReplyDeleteSaya baru terjumpa blog ni,baru abis marathon baca cite ni...mmg best,leh add saya ke blog baru tu tuk tahu kesinambungannya...tq
ReplyDeleteNi saya punya...noorainiani45@gmail.com....plez add....tq
Deletebest..confirm beli klu dibukukan..hehe..nfo5066@gmail.com
ReplyDeletelike it !!! elvadhalora@gmail.com
ReplyDeletedah macam nak sedeh je crita ne.......pape pun Lya biar ending yang hapy,not a sad ending........akak suka sngt kat perwatakan Amani.....so sweet n polos girl.bila nak kuar buku ye dek?nape lah tetiba je Natrah ujud dlm hidup Zafran...tentu2nye sejarah cinta depa buat Amani terluka.pape pun jodoh harus lah ketentuan Ilahi.............
ReplyDeletezairin99reen@gmail.com
ReplyDeleteSweet nyer!!!!'😆😆😆
ReplyDelete