ADAM memeriksa telefon bimbitnya untuk kesian kali.
Sejak peristiwa dua minggu yang lalu, hampir setiap minit dia akan membelek Sony
Erikson ZR miliknya. Kalau sebelum ini dia tidak pernah ambil pusing sangat
tentang gadjet yang satu itu, kini hidupnya sudah berubah 360 darjah. Saban
masa dia mengharapkan panggilan dari gadis yang ditemui di kedai buku Sacc
Mall.
A-I-M-Y.
Sebaris nama itu meniti
lagi di bibirnya. Bayangan gadis berbaju kurung bersama sneakers itu mengisi layar mindanya. Sudah dua minggu dia menanti
panggilan telefon dari gadis itu. Ini bermakna sudah 20,160 minit dalam
hidupnya terisi dengan kehadiran Aimy seorang.
“Hesy, kenapalah tak contact-contact lagi ni? Dia tercicir business card tu agaknya?” Adam mengomel
sendirian.
Gila! Memang gila! Dia
sudah gila bayang dan angau. Adam meraup rambutnya ke belakang. Dia menyesal
kerana tidak ringan mulut meminta nombor telefon Aimy. Kalau nombor telefon
Aimy dimiliki, sudah tentu dia tidak perlu hidup dalam sengsara begini.
Silap-silap Aimy pula yang jadi gila kerana menerima panggilan darinya saban
waktu!
Adam takkan lupa
bagaimana kali pertama matanya terpandangkan Aimy yang waktu itu sedang
melangkah masuk ke kedai buku. Mood untuk
mencari majalah kereta hilang dibawa angin lalu. Tanpa sedar kakinya melangkah
mengekori Aimy yang begitu tekun membelek satu demi satu buku-buku di atas rak.
Sungguh dia terhibur
melihat kerutan di dahi Aimy tatkala membandingkan buku-buku di tangan. Mencuri
dengar bebelan halus dari bibir mungil itu tentang harga-harga buku yang agak
mahal. Menjadi saksi tatkala Aimy terpijak kain baju kurungnya dan hampir
terjatuh sebanyak dua kali.
Entah berapa kali dia
mengumpul kekuatan untuk menegur Aimy. Namun semangatnya hilang sebaik sahaja
dia ingin membuka mulut. Mujurlah Aimy tidak menyedari dirinya diekori. Dan
terima kasih Ya Allah kerana membuka ruang dan peluang untuk dia setapak
mendekati Aimy saat gadis itu keciciran wang untuk membayar buku yang dibeli.
“Oit! Mengelamun apa
kau ni?” tepukan di bahu kirinya mengembalikan dia ke alam realiti. Huluran air
tin sudah bertukar tangan. Adam kembali menumpukan perhatian kepada sekumpulan
remaja yang sedang melakukan aktiviti rock
climbing.
Shah Alam Extreme Park
padat dengan kunjungan orang ramai pada hujung minggu begini. Ibu bapa sudah
tidak berkira untuk membelanjakan wang membawa anak-anak beriadah dan mencuba
aktiviti-aktiviti lasak di sini. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada
membiarkan anak-anak berpeleseran tanpa arah tujuan di tengah kotaraya.
“Kau okay tak ni? Teringat awek ke?”
Soalan kedua itu
membuatkan Adam tersenyum lebar. Alangkah bahagianya jika Aimy benar-benar
menjadi aweknya saat ini. Sudah tentu dia tidak perlu menanggung sakit angau.
“Belum jadi awek lagi,”
Adam tersengih. Yakin aje bunyinya yang satu hari nanti Aimy akan menjadi
miliknya. Tak jadi awek pun tak mengapa. Yang penting menjadi isterinya.
“Wah, orang mana ni?
Diam-diam aje kau ya?” Hasif menghirup tegukan terakhir Red Bull di tangan.
Sepasang mata Adam yang bercahaya menjadi bukti lelaki itu benar-benar dilamun
cinta.
“Orang Shah Alam. Hm,
kau ingat tak masa kita jumpa kat Sacc Mall dulu? Waktu tu la aku jumpa dia.
Aku tolong bayarkan duit buku dia. Lepas tu aku bagi nombor telefon aku. Dia
kata bila nak pulangkan balik dia akan contact
aku. Tapi sampai sekarang senyap je,” Adam melihat skrin telefon sepintas
lalu.
“Hah?Kau dah kena pow
kot. Kau kira halal ajelah duit buku yang kau belanja dia tu. Orang zaman
sekarang macam-macam tactics tau nak
pow duit orang!” Hasif tergeleng-geleng kepalanya. Berasa kasihan pula dia
melihatkan Adam. Pastinya gadis yang dimaksudkan Adam sudah biasa buat
kerja-kerja menipu orang begini. Pakai lawa-lawa dan berayat manis untuk
memperdayakan mangsa.
“Ish, takkan lah. Aku
percaya dia memang betul-betul tak bawa duit hari tu. Kalau ikutkan dia dah
ajak aku pergi ambil duit dari ayah dia nak bayar balik pada aku. Tapi aku yang
berdalih. Konon-konon nak bagi peluang boleh berjumpa lagi lepas tu,” Adam
tersengih macam kerang busuk. Kalau bukan kerana Hasif adalah salah seorang
teman rapat di universiti dulu, jangan haraplah dia hendak berterus-terang
begitu. Yelah, di usia 29 tahun ini skill
mengoratnya sudah hilang taring.
“Kalau betul jujur
orangnya, dah tentu awal-awal lagi dia contact
kau. Betul tak?” Hasif masih curiga. Maklumlah, orang angau ni selalunya
sudah buta dan pekak untuk menilai sesuatu perkara. Segalanya nampak elok saja
di pandangan mata.
Adam terdiam
mendengarkan kata-kata Hasif. Hanya Aimy yang punya jawapan sebenar kenapa masih
menyepi hingga ke saat ini. Jauh di sudut hati, dia benar-benar berharap agar
Aimy seorang yang jujur... dan masih single!
Wajah manis Aimy tergambar lagi. Sejenak fikirannya kembali melayang jauh.
Beep!
Adam mencapai telefon
bimbitnya. Notification SMS dari
nombor tidak dikenali membuatkan hatinya kembali teruja. Dengan pantas butang
‘baca’ ditekan. Aha! Aimy agaknya!
“Sorry
to shatter your dream into pieces bro.
Tapi berhentilah berharap pada benda yang tak pasti. Banyak lagi
perempuan kat luar sana yang boleh kau dapat!Chill!”
Adam merenung lama
skrin telefon bimbitnya sebelum memandang Hasif dengan pandangan tajam. Tin
minuman di sisi dikemekkan sebelum dibaling geram ke arah lelaki yang sedang
ketawa terbahak-bahak tidak jauh darinya. Balingannya yang tepat membuktikan
bahawa kemahiran dia sebagai flanker dalam
pasukan ragbi dulu masih berbisa.
“See... perempuan tu tak ada la Ad! Tengah busy baca buku-buku yang kau belanja hari tu,” lontaran tin kemek
disambut oleh Hasif sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
“Siot betul!Nombor mana
pulak kau pakai ni?” Adam tersenyum juga. Terserlah sudah ke-angau-an dia
sebentar tadi.
“Tu second number aku. Aku guna bila nak prank kawan-kawan je,” Hasif mengulum
senyuman. Seronok dapat mengenakan Adam.
“Eh, kau jadi datang
kenduri Rahim nanti kan?” Adam mengubah topik.
“Yup. Kau ada address dia
kan? Ramai kawan-kawan kita ada kat sana nanti. Jangan tak datang pulak. Kau tu
dah lama sangat anti-social. Ramai
yang tanya pasal kau. Kalau kita tak berjodoh jumpa di Sacc Mall dulu, sampai
sekarang la kita lost contact agaknya,”
Hasif sudah menyimpan kasut futsalnya ke dalam beg. Hari sudah lewat. Dia mahu
pulang dan membersihkan diri.
“InsyaAllah aku datang.
By the way, thanks belanja aku main
futsal hari ni. Lain kali boleh main lagi!” Adam menurut langkah Hasif menuju
ke kereta mereka yang diparkir bersebelahan.
“Sure! Aku gerak dulu la. Jangan berangankan awek tu dah!I’d say, keep your feet on the ground when your
head is in the clouds,” Hasif sudah masuk di tempat duduk pemandu. Dia
mengangkat tangan ke arah Adam yang masih tersengih di tepi kereta.
Beep!
“Siot! Tak habis-habis
lagi kau, Sif!” Adam mencapai telefon bimbitnya tanpa rasa teruja seperti
selalu. Dia sudah mengagak pasti Hasif akan mengenakan dia sekali lagi. Entah
apa lagi yang hendak dikatakan kali ini.
“Hi
Encik Adam! Ingat saya lagi tak? Perempuan tak cukup duit nak beli buku. –Aimy”
Adam merenung telefon
bimbitnya tanpa berkelip. Oh yes! Akhirnya!!!
Hati Adam sudah mula buat shuffle. Jarinya
lincah membalas SMS.
“Hai
Cik Aimy. Hampir terlupa dah saya pada cik. Lamanya menyepi,”
Adam buat-buat tak
teruja. Padahal siang malam pagi petang saya teringatkan awak cik Aimy oiii.
Adam menanti balasan Aimy penuh debaran.
“Sorry
Encik Adam. Kad encik tu termasuk sekali dalam mesin basuh. Kena cuci bersih
dengan sabun Daia. Bila dah jemur, nombor yang hujung sekali tu terpadam
pulak.”
Alahai... clumsynya awak ni Cik Aimy! Nasib la
awak tak basuh dengan sabun Clorox. Kalau tak, mati kempunan la saya. Adam
tersengih sendiri sebelum menaip SMS balasan.
“Dah
tu, macam mana awak retrieve nombor yang hujung tu?”
Adam jongket
kening. Macamlah Aimy ada depan dia.
“Saya
cuba-cuba aje dari nombor 0 sampai 9. Dari Apek ke orang Indon saya dah hantar
SMS. Kali ni baru betul. Kan saya dah janji saya takkan lari?”
Adam tersenyum membaca
SMS itu. Untuk kesian kalinya dia terbayangkan wajah Aimy sedang buat muka
comel. Hai lah Aimy. Kalau awak nak tahu, awak lari sampai ke Uganda pun akan saya
kejar!
lama nyer u menyepi dek...tq yer ngan n3 nih..best n amat menguja kn...
ReplyDeleteTq kak!!!nanti jom sembang2 di fb kak..add lya yeee.. :)
ReplyDeleteTq kak!!!nanti jom sembang2 di fb kak..add lya yeee.. :)
ReplyDelete