Bab
22
ZAFRAN membukakan pintu tempat duduk
penumpang untuk Amani. Senyuman lebar menghiasi wajah kacaknya yang terlebih
ceria semenjak bergelar tunangan orang.
“Silakan
tuan puteri Amani!”
“Amboih
along tu. I’ve never seen this happy face
for such a longgg time! Pandai betul kak Amani lembutkan hati along Zuryn
ni!” sebelah tangannya sudah memegang Amani dan sebelah lagi memeluk lengan
alongnya.
Amani
tersenyum malu. Ramah benar bakal adik iparnya yang bernama Zuryn ini. Baru
pertama kali bersua wajah beberapa jam lalu di KLIA, namun lagaknya seperti
sudah lama mereka saling mengenali. Walaupun belajar di luar negara, penampilan
Zuryn tetap sopan dan bertudung litup. Bezanya cara lilitan yang dikenakan
Zuryn lebih bergaya dan moden. Nampak gayanya keluarga Zafran semuanya
bergenetik peramah dan islamik. Cuma Zafran yang sedikit terpesong di awal
perkenalan dulu.
“Tepilah!
Ish, lembab betul berjalan!” Syuhada menjeling tajam ke arah Ilham. Jalan
lenggang-lenggok macam itik pulang petang. Ingat comel la tu?
Amani
dan Zafran berbalas pandangan. Entah apa sahaja yang digaduhkan mereka berdua
ini. Ada sahaja yang tidak sebulu. Sewaktu memilih kain pasang untuk pengapit
juga mereka berbalah sampai naik pening kepala jurujual yang melayan. Pengantin
pun tidak secerewet pengapit ketika memilih kain!
“Kenapa
ni Syu? Dah lama tak tengok kau marah-marah macam ni?” Amani berbisik sedikit
kepada Syuhada. Dijeling sepintas ke arah Ilham yang sedang ditenangkan oleh
Zafran.
“Eiii,
aku tak boleh tahanlah dengan muka kerek dia tu. Asyik nak dengar cakap dia je.
Kau tengok tak tadi? Suka-suki je nak pilih warna kain tak tanya aku. Pantang
aku bukak mulut, ada je yang dia nak laser balik! Eiii! Geram!” Syuhada
mengepal penumbuk. Mahu sahaja dia menumbuk muka Ilham yang suka tersenyum
mengejek itu. Memang dia dah agak, lelaki berbaju Melayu yang memandang poyo ke
arahnya sewaktu pertunangan Amani adalah spesis yang suka minta penumbuk!
“Alah,
biarkanlah. Janganlah marah-marah macam ni Syu. Aku janji, lepas majlis kahwin
nanti kau dah tak payah jumpa muka kerek tu lagi tau. Dah, senyumlah sikit.
Zafran kata nak bawa kita makan tempat special
kejap lagi,” Amani mengambil hati Syuhada. Tidak mahu dilihat rajuk Syuhada
yang berpanjangan. Yang sebenarnya dia memang tidak faham apa sahaja yang
digaduhkan oleh Ilham dan Syuhada. Padanya, Ilham seorang yang merendah diri
dan kelakar. Namun apabila berdekatan dengan Syuhada, kedua-duanya umpama naga
yang dirasuk. Sama-sama saling menyembur api!
“Hah, this is the restaurant! Kak Amani suka
makan sushi tak? This place serves the
best sushi in KL tau!” Zuryn tersengih menampakkan dua baris gigi yang
dipakaikan pendakap besi. Walaupun sudah berusia dua puluh tahun, tetapi
perangai keanak-anakan serta manjanya masih menebal lagi. Maklumlah, anak
bongsu kesayangan keluarga.
Wajah
Amani sudah berubah sedikit. Sushi? Ini ke tempat istimewa yang dimaksudkan
oleh Zafran tadi? Tak istimewa pun! Ah, suka sangat makan benda-benda mentah!
Amani terbayangkan stik yang pernah dimakan di restoran mewah bersama Zafran
dulu. Lambat-lambat Amani mengangguk juga kepada Zuryn.
“Suka
juga Zuryn!” senyuman tak berapa nak ikhlas terukir di bibir Amani.
“Great! Along ni suka gila makan suhsi
tau! Bolehlah kak Amani temankan along selalu,” Zuryn sudah mengambil tempat
paling hampir dengan belt, tempat di
mana sushi bergerak mengelilingi meja pelanggan. Amani menuruti saja dan duduk
di sebelah Zuryn. Tak ada feel
langung untuk makan!
“Awak
suka yang mana? Nak order from menu
atau ambil yang atas belt je?” Zafran
melabuhkan punggung di sebelah Amani. Buat-buat tidak nampak pada wajah mencuka
Syuhada dan Ilham yang duduk bertentangan dengan mereka. Duduk bersebelahan
pula tu!
“Tak
apa. Saya ambil dari belt aje lah,”
Amani memaniskan wajahnya kepada Zafran. Hai lah tunang... Kan bagus kalau kita
makan nasi gulai tempoyak waktu ini? Tentu lebih mengenyangkan.
Amani
menjeling ke arah Zuryn yang sudah menelan tiga ketul sushi. Zafran dan Ilham
juga sudah mula menikmati hidangan yang dipesan dari menu. Ah, Syuhada pun
sudah mengambil dua piring sushi dari belt.
Sahabatnya itu kalau namanya makan free
memang seleranya menjadi-jadi. Lupa terus pada marah yang membara tadi agaknya.
Setelah
memerhatikan puluhan piring yang berlalu, akhirnya Amani mencapai sepiring
sushi yang tidak diketahui namanya itu. Empat biji sushi berbentuk empat segi
yang disusun cantik itu tetap tidak dapat mengumpan seleranya. Namun dikuatkan
juga semangat untuk menjamah demi memahami selera tunang serta bakal adik
iparnyanya.
Tangan
Amani bergetar apabila mencapai sepasang chopstick.
Makan menggunakan garfu dan pisau pun dia tak pandai, inikan pula menggunakan chopstick! Entah beberapa kali sushi yang
dikepit jatuh semula. Mujurlah mereka-mereka ini begitu khusyuk menikmati
hidangan masing-masing.
Dengan
rasa kurang sabar, Amani mencucukkan salah satu batang penyepit pada badan
sushi. Terus diangkat dan disuap ke mulut. Selesai masalah! Amani mengunyah
dengan perlahan. Cuba dinikmati kesedapan yang digembar-gemburkan oleh Zuryn
sebentar tadi. Hmm, boleh tahan!
Rangup betul benda yang sedang digigitnya itu. Apa agaknya ya?
“Oh, awak
suka yang tu eh? Baby octopus tu crunchy kan? Tak sangka sayang makan jugak yang raw!” Zafran menyumbat mee udon ke dalam mulutnya. Senang hatinya
dapat membawa Amani menikmati sushi di restoran terkenal ini. Sememangnya dia
sendiri selalu ke sini jika tekaknya gatal-gatal nak makan makanan Jepun. Tidak
kisah berbelanja lebih asalkan sedap.
Amani sedaya
upaya mengawal diri. Baby octopus? Raw??
Argh! Tekaknya loya dengan tiba-tiba. Dari ‘boleh tahan’ sekarang dia sudah
‘tak boleh tahan’. Hendak diluah terasa kurang ajar pula macam tidak belajar
adab makan. Penyudahnya Amani telan juga dengan mata sedikit berair.
Syuhada
yang perasan akan perubahan wajah Amani berasa simpati. Sepanjang dia mengenali
Amani, lidah gadis itu memang lidah kampung. Makanan yang pelik-pelik begini
memang sukar tekak Amani bertoleransi. Lainlah dirinya, bekerja di hotel
membolehkan dia berbaik-baik dengan chef dan menyelinap masuk ke dapur hotel
sekali-sekala. Jadi tekaknya itu memang sudah dilatih untuk menerima pelbagai
jenis makanan. Tekak universal!
“Cuba
letak wasabi sikit Amani. Nanti ada rasa pedas-pedas sikit,” Syuhada menolak
bekas wasabi kepada Amani. Sekurang-kurangnya kepedasan wasabi boleh
menghilangkan rasa mentah pada sushi tersebut. Syuhada mengukir senyuman
simpati.
“Ilham,
tolong ambil yang tu,” Syuhada menunding ke arah sepiring sushi yang tidak
sempat dicapainya. Ilham buat-buat tidak faham. Memang sengaja dia ingin
menyakitkan hati gadis itu. Piring merah dibiarkan berlalu pergi. Wajah tidak
bersalah ditayang kepada Syuhada.
“Kau ni!
Saje je kan?!” Syuhada menjeling tajam. Menyesal pula meminta pertolongan dari
mamat sengal itu tadi.
“Ada
tangan, ambiklah sendiri!” Ilham
membalas jelingan Syuhada. Apa ingat kau sorang
boleh jeling-jeling? Memang geramnya pada Syuhada semakin menjadi-jadi. Di
kedai kain tadi selamba saja Syuhada memilih warna striking untuk mereka. Takkan tak nampak yang aku ni tampuk-tampuk
si hitam manis? Manalah sesuai! Lainlah dia tu, kulit putih melepak. Minah
saleh celup ke apa dia ni? Ilham menjeling lagi ke arah Syuhada yang sedang
menyumbat sushi.
“Argh!”
Empat
pasang mata terpaku memandang Amani. Wajah Amani yang sudah merah dengan
sepasang mata yang berair itu menyebabkan mereka kaget tidak tahu apa yang
perlu dilakukan. Lebih dramatik lagi apabila Amani tercungap-cungap seperti
sesak nafas. Keracunan makanan ke apa ni? Syuhada terpandang sisa wasabi yang
terdapat pada pinggan Amani. Ya Allah! Banyak mana yang Amani letak? Kau ingat
ni mayonis ke boleh letak banyak-banyak??? Dengan pantas Syuhada menghulurkan
segelas air kosong kepada Amani.
“Awak okay?” Zafran menghulurkan secawan lagi
air kepada Amani. Cuaknya bukan main lagi tadi apabila dilihat Amani sukar
bernafas. Kalau dia tahu Amani tak makan sushi, memang takkan dibawa Amani ke
tempat begini. Rasa bersalah mengetuk pintu hatinya.
“Hmm, okay,” Amani menggangguk dengan lemah.
Kalau boleh ingin saja direndamkan wajahnya ke dalam mangkuk tandas. Malunya
bukan kepalang kepada Zafran, Ilham dan Zuryn. Tidak tahu di mana hendak
disorokkan wajahnya di kala ini. Dengan Syuhada dia tak kisah sangat. Sudah
banyak perkara memalukan disaksikan oleh sahabatnya itu.
“Kak,
kita makan tempat lain ye. Kalau Zuryn tahu kak Amani tak makan sushi, tak
adalah Zuryn sokong cadangan along tadi. Along ni pun satu! Takkan tak tahu apa
yang tunang sendiri suka atau tak?” Zuryn mengusap belakang Amani. Kalau
ikutkan memang dia hendak ketawa bila melihat wajah Amani tadi. Macam hendak
meletup. Tapi mujurlah dia dapat mengawal diri. Kalau terjadi apa-apa kepada
Amani tadi, pastinya dia akan terkena tempias kemarahan Datin Nuraina. Kak
Amani itu sememangnya bakal menantu kesayangan Umi!
Ilham
dan Syuhada muncul setelah selesai membuat bayaran. Wajah tegang kedua-duanya merupakan
isyarat terjadi lagi perbalahan sebentar tadi.
“Kau
okay tak ni?” Syuhada mendekati Amani. Rasa marah kepada Ilham yang membuat
dajal sebentar tadi cuba dibuang-buang jauh. Nasib baik aku tak jatuh tadi!
Jagalah kau mamat sengal!
“Okay, okay. Dah, jomlah cari bunga
tangan tu,” Amani menjawab untuk kesekian kalinya.
“Eh,
along bawalah kak Amani makan. Biar kami aje yang cari bunga tangan tu ya.
Nanti lagi sejam kita jumpa semula kat sini,” Zuryn mencadangkan idea bernas.
Seolah-olah mengerti jeritan batin dari perut Amani yang masih kosong.
“Eloklah
tu. Nah ambil ni. Kalau tak cukup call
along nanti,” Zafran menghulurkan beberapa keping not lima puluh ringgit kepada
Zuryn. Bijak betul adiknya yang seorang ini! Nampak gayanya dapatlah dia dating berdua-duaan dengan tunang
tersayang. Dating yang pertama untuk
mereka!
“Awak,
maaf sebab memalukan awak. Saya ni orang kampung. Tak pandai nak makan sushi
yang awak suka tu. Awak tak menyesal ke dengan keputusan awak ni?” Amani
meluahkan rasa selepas mereka ditinggalkan berdua. Emo pula dirasakan saat ini.
“Amani Ahmad,
saya suka awak sebab diri awak ni. Awak tak perlu nak ubah apa-apa untuk saya. Saya
terima awak seadanya. Lain kali, kalau awak tak nak atau tak suka apa-apa,
beritahu saya. Okay?”
“Hmm... Awak
takkan marah macam... hm, macam dulu?” Amani bersuara perlahan. Kalau dulu, apa
saja kata Zafran tidak boleh disangkal. Kalau nak kenyang dengan makian
bolehlah. Kalau tidak dijerkah, pastinya Zafran suka mengugut untuk memotong
gajinya. Ancaman-ancaman sebegitu sudah terlalu sebati dalam dirinya.
Zafran
menggeleng lembut. “Saya takkan marah. Bertambah sayang adalah! Sekarang ni
awak beritahu saya, sayang saya ni nak makan apa?” Zafran membetulkan hujung
tudung Amani yang ditiup angin. Selaut kasihnya tumpah tidak bertepian untuk
gadis ini. Dia ingin sekali mengikis kenangan layanan buruk yang pernah
diberikan dahulu. Sesungguhnya dia terhukum dengan rasa penyesalan yang tiada
penyudahnya sejak dari hari pertama dia mula jatuh hati kepada Amani.
* * * * * *
“Lamanya!
Bersolat ke bersolek yang lebih ni? Sampai bertanduk menunggu korang!” Ilham
melancarkan serangan selepas tiga puluh minit berjauhan dengan Syuhada.
Syuhada
sekadar tersengih. Bukan kau memang dah bertanduk ke? Bercabang tiga lagi. Baru
lepas solat pun masih nak ajak bertikam lidah. Tak dapat hidayah ke apa dia ni?
“Maaf
Ilham. Bukan salah Syu. Tadi ada sorang
kakak tu minta tolong tengokkan anak dia sementara dia nak solat. Tu yang kami
lambat sikit tu. Seronok pula melayan anak dia,” Amani menerangkan perkara sebenar.
Bimbang tercetus lagi perbalahan yang membingitkan telinga.
“Eh, aku
okay je Amani. Kitaorang pun baru je lagi tunggu sebenarnya. Tadi kami lepak
kat Coffe Bean,” Ilham menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah tersalah sasaran
pula nampaknya.
“Ha, tahu
pun cakap elok-elok! Orang lepas solat ni sepatutnya hati dan mulutnya sentiasa
menuturkan perkara-perkara yang baik. Tapi kalau hati dah sama kaler dengan kulit tu memang tak boleh
nak buat apalah tu,” Syuhada menyindir tajam. Sengaja disentuh isu warna kulit
Ilham. Sensitif sangat pasal kulit dia tu. Padahal okay je aku rasa orang lelaki kulit gelap macam tu. Kalau putih
sangat dah jambu semacam pulak!
Ilham
menelan liur. Ish. Geram betul la aku dengan minah ni. Patutnya aku sumbat
mulut dia dengan wasabi! Biar meletup kepala dia tu!
“Ha,
sudah! Jangan nak berbalah lagi. Majlis kami ni tinggal lagi dua minggu je ni. Hari kenduri nanti jangan
korang nak berperang pulak. Rosak majlis nanti!” Zafran bersuara tegas. Masing-masing
dah besar tapi perangai mengalahkan budak-budak! Dia sudah berjalan menyaingi
Amani dan Zuryn yang sudah ke hadapan.
“Along,
pandai tau kak Amani jaga budak. Budak tadi tu asyik nak berkepit dengan kak
Amani je. Tak sabarnya Zuryn nak jadi aunty!”
“Eh,
takkan Zuryn tak tahu? Kakak ipar Zuryn ni memang semulajadi disayangi semua
orang. Tak kira peringkat umur!” Zafran memandang ke arah Amani. Terbayang rupa
anak-anaknya yang bakal dilahirkan oleh Amani kelak.
“Awak!
Budak tu comel sangat! Anak kacukan tau. Dengan mata birunya, rambut perang.
Hidung mancung. Rasa nak culik sehari dua!” Amani menggambarkan rupa anak kecil
yang begitu manja dengannya. Ibunya pun ramah. Sempat pula mereka bertukar
nombor telefon sebentar tadi.
“Kalau
awak nak tahu, gabungan genetik kita nanti pun mesti hensem macam saya dan
cantik macam mamanya!” Zafran sudah mula berangan. Kalau boleh dia ingin
memiliki anak yang ramai bersama Amani.
“Ye ke?
Bukan garang macam papanya?” Amani mengusik Zafran. Riak merajuk terpamer di wajah Zafran. “Alolo... Saya
gurau ajelah. Sebelum nak ada anak, kita kena ambil amali dulu untuk jaga
budak. Nanti saya pinjam anak kak Nurul untuk kita jaga!”
“Kak
Nurul?” Zafran berkerut kening.
“Aah. Kakak
di surau tu namanya kak Nurul. Nama anaknya Emir Luqman. Sempat pulak kami berkenalan tadi,” Amani
memasuki kereta. Sedikit pun dia tidak perasan akan perubahan di wajah Zafran. Fikirannya
masih sarat dengan keletah manja Emir Luqman. Comelnya ya ampun!
Zafran
tersentak. Emir Luqman? Walaupun itu hanyalah nama khayalan yang pernah dicipta
oleh dia dan Natrah, namun ia tetap terkesan di hati. Kak Nurul? Nurul Natrah? Ah,
takkanlah! Zafran menggelengkan kepala sebelum meloloskan diri ke tempat duduk
pemandu.
* * * * * *
Natrah berselindung di balik tiang sebaik sahaja kereta
Mercedes yang dipandu oleh Zafran melintas di hadapannya. Debaran di dada cuba
dikawal sebaik mungkin. Hatinya berbunga dapat melihat wajah Zafran dengan
jelas hari ini. Terlepas rindu yang sarat dipikul sejak beberapa tahun yang
lalu.
Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Tidak sia-sia
dia menurut permintaan Emir untuk keluar ke Paradigm Mall hari ini. Selepas buntu
memikirkan jalan untuk menghubungi Zafran, siapa sangka dia akan dipertemukan
dengan lelaki itu hari ini. Walaupun hatinya bagaikan disiat-siat tatkala
terlihatkan aksi romantis Zafran yang membetulkan tudung seorang gadis pada
waktu itu, namun dia tetap bersyukur. Allah telah memakbulkan doanya!
Lebih hebat lagi apabila gadis itu turut sama bersolat di
surau dengannya. Begitu ramah menegur serta melayan karenah Emir. Segalanya bagaikan
dipermudahkan oleh Allah. Jalan penyelesaian bagaikan terbentang luas di
hadapannya. Walaupun hatinya bagaikan digilis treler tatkala mengetahui Amani
adalah tunang Zafran, namun rasa itu dibuang jauh-jauh.
Ya, Amani telah menggantikan tempatnya di hati Zafran. Kebahagiaan
yang sepatutnya menjadi miliknya sudah pun menjadi milik Amani. Dia redha. Kerana
itu adalah ketentuan Allah. Dia tidak akan merampas hak Amani. Apa yang dia
mahukan adalah sedikit ruang untuk dia dan Emir menumpang kasih. Hanya sedikit.
Amani, izinkan kami berkongsi limpahan kasih Zafran!
“Ibu, what are we waiting for? Who was that man?”
tangan kecil Emir menarik hujung blaus yang dipakai oleh Natrah. Natrah menunduk
mendekati Emir, anak kecil yang masih tidak mengerti likunya perjalanan yang
sedang mereka lalui.
“Oh, well...Hm, he is your dad,” Natrah
menelan liur. Pahit. Perit. Maafkan ibu berbohong, Emir!
“Daddy? I’m going to have a daddy? Wow! Gee!
Finally, I can tell my friends that I have a daddy too!” mata biru Emir
bersinar bulat. Kegembiraan tulus yang sudah terlalu lama dinantikan oleh anak
itu.
Natrah mengesat
air mata yang tumpah. Maafkan aku, Amani!
Bersambung! :)
oh ye! Selamat menyambut ramadhan ye..maaf terlewat pulak!
semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan ke dalam hidup kita. amin!