“AAA…CUM!” Wardah kesat hidung untuk ke
sekian kalinya. Hujung hidungnya sudah mula merah akibat terlalu kerap bersin.
Dadanya sendiri sudah mula rasa semput.
“Nah. Special hot
Milo!”
Mug
merah sudah bertukar tangan. Wardah meniup perlahan permukaan air.
Perlahan-lahan dihirup Milo panas yang dibancuh oleh Fawwaz. Tekaknya terasa
lega.
“Thanks Along!”
Wardah tersengih pamer gigi yang tersusun cantik.
“Sama-sama. Kau ni pergi mengajar ke pergi berkubang
sebenarnya? Habis baju kau basah dengan becak! Along dah bilaskan tadi. Kalau
ayah balik nanti bising pulak orang tua tu,”
Fawwaz
capai remote Astro di atas meja.
Beberapa siaran rancangan silih berganti di kaca televisyen. Namun perhatiannya
lebih tertumpu kepada Wardah yang sedang berselimut tebal di atas sofa.
“Ish,
apa Along ni? Mestilah pergi mengajar! Lagi mau tanya tau! Aacum!” Bahu Wardah
terhincut sedikit.
“Habis
tu yang kau jalan kaki dalam hujan tadi buat apa? Nasiblah Along lalu kat situ.
Ingatkan nak bagi tumpang kat awek cun tadi. Sekali kau rupanya yang main
hujan,” Fawwaz geleng kepala.
Spontan
fikirannya teringat kembali peristiwa lewat petang tadi. Kelibat perempuan yang
berjalan dalam hujan renyai membuatkan hatinya dipagut rasa simpati. Mujur juga
dia memberhentikan kenderaan. Jika tidak memang jauhlah adiknya itu kena
menapak sehingga ke rumah. Paling malang jika ada yang ingin mengambil
kesempatan kepada Wardah. Maklumlah, kes jenayah semakin berleluasa sekarang
ini.
“Alah, sekali-sekala nak imbau kenangan zaman kanak-kanak.
You should try playing in the rain, Along!
It’s a lot of fun!” Wardah buat-buat
teruja. Fuuuun la sangat Wardah oi!
Kalau lebih lama kau main air hujan tadi, dah kena demam panas agaknya kau ni!
Thanks to you Hasif Wafiy! Huh! Wardah
ketap bibir. Tidak berapa lama lelaki itu meninggalkan dia di tepi jalan, hujan
yang sudah berhenti kembali turun membasahi bumi. Perjalanannya bagaikan
dirahmati. Bukan calang-calang hujan yang turun. Siap dengan kilat
sabung-menyabung.
Mujurlah Allah menghantar Alongnya sebagai
hero penyelamat. Kalau tidak ada harapan cerah mati kejung dipanah petir petang
tadi. Isk isk isk. Spontan Wardah menggeleng kepala.
“Bukan
ke patutnya ayah ambil kau dari rumah Aunty Raihanah?”
Fawwaz
masih belum berpuas hati. Selagi belum mendapatkan jawapan, hatinya berasa
tidak tenang.
“Iya
Along. Selalunya memang ayah yang ambil orang. Tapi tadi anak Aunty Raihanah offer nak hantarkan orang balik,” Wardah
menjawab malas. Hesy Along ni! Kalah inspektor!
“Anak
aunty? Yang mana satu? Adik ipar Along tu?”
“Ye.
Hasif tu lah...” Wardah julingkan mata.
“Huyooo!
Cinta bersemi kembali! Kau orang dah bercinta balik ke? Kiranya nak dapat adik
iparlah Along ni? This time for real?”
Fawwaz terjerit kuat. Nampak teruja bukan main lagaknya saat itu.
“Ayah
nak dapat menantu? Betul ke ni Wardah?” kepala Wahid terjegul di muka pintu.
Kemunculan
Wahid yang mencelah perbualan mereka menyebabkan Wardah hampir terlompat dari
kerusi. Bila masa saja ayah sudah pulang dari masjid, dia sendiri tidak pasti.
Wardah urut dada.
“Ish
ayah ni. Masuk tak bagi salam pun tau. Terkejut orang! Jangan dengar cakap
Along ni ayah. Merepek aje!” Wardah geleng kepala. Cuak. Encik Wahid bin
Zainuddin ni bukan boleh dibuat bergurau tentang soal jodoh anak daranya! Pasti
saja dia akan mendapat tazkirah percuma sebentar lagi.
“Ayah
dah bagi salam dah tadi. Korang yang rancak sangat berborak sampai tak dengar,”
Wahid melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Wardah. Kedua-dua
belah kakinya direnggangkan. Tangannya mula menggosok perlahan lutut yang terasa
berbisa.
“Lenguh
ke ayah? Meh orang picitkan,” Wardah bingkas mengalih posisi. Sepasang
tangannya mula memicit lembut betis ayahnya.
“Lain
kali ayah drive ajelah ke masjid tu
ayah. Kalau tak pun biar Along yang hantarkan ayah ke sana,” Fawwaz memecah
kesunyian. Bukan sekali dua mereka adik-beradik menegah Wahid dari berjalan
kaki ke masjid. Namun ayahnya tetap berkeras.
“Ish,
kamu balik kerja pun waktu orang tengah azan! Tak apalah Along. Memang ayah
lebih suka berjalan kaki ke masjid. Selagi masih ada tenaga ni. Bukannya jauh
sangat pun. Sampai depan simpang tu dah berteman dengan Haji Hamdan pulak. Lagi
pun setiap langkah kita ke masjid tu dijanjikan Allah ganjaran yang besar,”
Wahid bersandar pada sofa. Picitan Wardah mendatangkan kelegaan pada batang
kakinya yang sudah berkhidmat lebih separuh abad.
“Aha!”
Wahid memetik jari. “Berbalik pada topik
kita tadi... hmm... Wardah dah ada calon suami ye?” Wahid jeling ke sisi
kirinya.
“Uhuk
uhuk uhuk!” Terbatuk-batuk Wardah mendengarkan soalan Wahid. Sebentar tadi dia
menyangkakan bahawa Wahid sudah pun terlupa tentang soal itu. Sekilas Wardah
menghantar isyarat maut kepada Fawwaz. Kerap sangat mulut Along mencampakkan
dirinya ke jurang berbahaya.
“Tak
adalah ayah! Mana ada. Along ni yang memandai-mandai. Well Along, you are the one
who should find a spouse. Umur pun dah lanjut tau. Tak laku nanti baru
tahu!” Wardah jelir lidah kepada Fawwaz.
“Excuse me dik! Orang lelaki ni, makin
berusia makin laku tau. Lagi banyak pengalaman kata orang. Tengok aje ayah tu.
Bukan main Kak Sari dan Mak Cik Solehah berebut nak tawan hati ayah! Orang perempuan tu yang kena kahwin awal.
Nilai tu semakin susut seiring dengan pertambahan usia!” Wardah tergelak
mendengarkan hujah Fawwaz. Wajah Wahid yg merona merah mengusik hati mereka.
“Tah
ayah ni! Kak Sari dengan Mak Cik Solehah tu berlumba-lumba nak ngorat ayah tau.
Dah macam perang juadah petang! Tapi orang tengok ayah steady je,” Wardah pandang
Wahid. Rasanya satu taman perumahan sudah mengetahui bagaimana dua orang wanita
itu saling berusaha untuk memenangi hati ayah mereka.
Setiap
petang ada sahaja kudapan yang dihantar ke rumah. Kononnya terlebih masak.
Kalau dah seminggu tiga kali terlebih masak tak ke pelik tu? Wardah geleng
kepala sendirian. Kesian pun ada melihatkan kesungguhan dua orang wanita itu.
Namun sayangnya pintu hati ayah sudah terkunci rapat semenjak pemergian ibu.
“Jangan
nak alih topik, Wardah. Ayah ni dah tua. Tak ada terfikir pun nak cari
pengganti. Kalau ayah nak, dari dulu lagi ayah boleh cari. Sekarang ni ayah
tumpukan pada anak-anak. Wardah pun dah besar panjang. Sesuai sangatlah nak
berumah tangga,” Wahid mengulum senyuman.
“Hesy,
tak naklah orang! Orang muda lagilah. Ayah pun cakap yang orang ni memasak pun
tak pandai lagi!” Wardah geleng kepala laju-laju.
“Haaa...
Kalau tak pandai kenalah belajar. Ayah paling risaukan Wardah tau. Kalau Wardah
kahwin, lega ayah rasa. Lainlah Along. Along tu lelaki. Ayah tak risau sangat,”
Wahid paut bahu Wardah. Sepasang mata Wahid yang berkaca menyentuh perasaan
Wardah.
Hmmm...
Aku ni memang banyak menyusahkan ayah agaknya! Wardah menahan sendu di dalam
hati. Jika dibandingkan dirinya dan Fawwaz, memang dia yang kerap bikin masalah
dan buat ayah bersusah hati. Dari segi pelajaran memang mereka sama-sama
lulusan universiti. Namun jalan hidup yang dipilihnya sekarang memang
tersimpang jauh dari janji-janji yang pernah disemai pada ayah dahulu.
Bukan
dia sengaja berkeras hati. Bukan dia sengaja mahu menjadi seperti ini.
Berpakaian seperti lelaki, tidak punya pekerjaan yang stabil, hilang
teman-teman... Memang dia sendiri yang memilih jalan ini. Namun dia punya
sebab. Malah ayah dan Along sendiri sudah arif tentang peristiwa itu.
“Oit!
Mengelamun teringatkan Hasif ke?” Fawwaz campak bantal kecil tepat mengenai
wajah Wardah.
“Eiii!
Along ni! Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni selain anak Aunty Raihanah tu
tau!” Wardah bulat mata. Menyampah betul dirasakan apabila digosipkan bersama
lelaki kejam itu.
“Kenapa
pulak? Dulu bukan main rapat lagi Wardah dengan dia. Aunty Raihanah cakap Hasif
tu solo lagi. Kalau betul Wardah berjodoh dengan dia, memang senang hati ayah
ni!” Wahid tersengih pula.
Wardah
raup muka.
Eiii!
Kenapalah dengan ayah dan Along ni? Cerita dua puluh tahun dulu mana boleh
diguna pakai lagi dengan situasi sekarang! Hasif yang dia kenal dulu bukan
seperti yang sekarang!
Hasif
yang dulunya sangat protective pada
dirinya kini sudah bertukar menjadi diktator! Brutal and annoying! Ish, dia tak mahu!
“Orang
tak minatlah. Tu cerita lamalah ayah. Cerita zaman orang berhingus. Sekarang
orang dah besar. Orang dah ada taste tau,”
“Iya? Bila nak tunjuk pada ayah taste kamu tu? Ayah tengok macam tak ada
social life aje kamu ni. Jangan
sampai jadi anak dara tak laku pulak nanti Wardah oi,”
Huh!
Wardah bagai terpukul. Kejam betul kata-kata ayah! Namun ada kebenaran apa yang
dikatakan oleh ayah. Dia mana punya kawan lelaki. Hidupnya hanya sekitar di
Blooms dan rumah.
Siapa
sahaja yang mahu menghulurkan salam perkenalan kepada dirinya yang sentiasa
berpenampilan seperti lelaki?
Split personality bak
kata si mamat sengal!
“Ala
ayah... Jodohkan aje si Wardah dengan anak Aunty Raihanah tu yah! Mesti aunty
setuju. Hari tu Along tengok bukan main lebar senyuman aunty bila tengok
Wardah. Berseri-seri muka aunty!” Fawwaz semakin giat mengusik.
“Itulah...
Kalau Wardah ni tak ada calon, memang ayah nak jarum-jarumkan dengan anak Aunty
Raihanah tu!” Wahid pura-pura berkata serius. Seronok melihatkan Wardah yang
gelisah dan resah.
Wardah
menyapu peluh di belakang tengkuk. Kesungguhan di wajah ayah dan Along
mengundang resah yang bukan sedikit. Biar betul dorang ni?
“Chup!
Siapa cakap orang tak ada kawan? Orang adalah kawan dengan seseorang. Tapi
orang tak nak kecoh-kecoh je!” Wardah berdiri tiba-tiba. Meremang bulu romanya
apabila melihatkan keseriusan ayah dan Along yang mahu menjodohkan dia dengan
Hasif Wafiy.
“Kau
ni biar betul. Tup-tup la pulak ada kawan. Along tengok kau tak pegang handphone pun. Tak bergayut macam orang
lain pun!” Fawwaz ubah posisi duduk. Sepasang matanya membulat memandang wajah
Wardah. Biar betul adiknya sudah punya teman istimewa?
“Along
ingat orang ni monyet eh nak bergayut-gayut? Lagipun takkan semua benda nak
tunjuk depan Along dengan ayah. Orang main SMS dengan Whatsapp dalam bilik mana
Along nak tahu!” Wardah peluk tubuh. Ceritanya perlu kedengaran meyakinkan. Dia
tidak mahu ada perancangan untuk menjodohkan dia dengan lelaki itu lagi di masa
akan datang.
“Betul
ke ni Wardah?” Wahid pandang wajah Wardah lama-lama.
“Betul,”
Wardah angguk kepala. Serius, Wardah... serius!
“Siapa
namanya?” Fawwaz mencelah pula.
“Hesy,
tak payah sibuklah Along!” Wardah bulat mata. Eiii, Along ni! Spoil betullah.
“Eh,
bagitahulah siapa namanya. Ataupun Wardah mereka-reka cerita aje ni? Ayah tak
percaya. Ayah tahu Wardah tak ada berkawan dengan siapa-siapa. Sebab tu lah
ayah nak jodohkan Wardah dengan si Hasif tu!”
Riak
di wajah Wardah berubah sudah. Hm, sampai hati ayah dengan Along tak percayakan
aku. Macam lah aku ni tak laku langsung! Wardah layan sentap. Tapi memang betul
pun! Kalau diikutkan sejarah mana pernah dia membawa pulang mana-mana lelaki
menghadap mereka. Ah, nama siapa pula yang hendak dipetik di saat-saat genting
begini?
“Haaa,
lama sangat nak fikir nama boyfriend sendiri.
Nampak sangat lah menipunya tu ayah!” Fawwaz pecah ketawa.
“Ehhh..
siapa cakap orang membohong? Okay, okay.
His name is A... Adam. Kalau ayah tak percaya, nanti orang tunjuk kat ayah.
Yang penting orang tak nak dah ayah atau Along nak match making kan orang dengan anak Aunty Raihanah lepas ni! Sabtu
nanti orang ajak dia datang rumah! Dah! Orang nak siapkan meja makan. Dah lapar
ni!”
Wardah
lekas-lekas berlalu masuk ke dapur. Wajahnya yang merah perlu dilarikan dari
pandangan mata ayah dan Along. Memang sifat semula jadinya begitu. Terasa darah
panas menyerbu ke muka apabila dia terpaksa bercakap bohong kepada kedua-dua
lelaki kesayangannya itu tadi.
Wardah
buka pintu peti ais.
Udara
sejuk menyerbu ke wajahnya yang terasa membahang. Gila! Kau ni memang gila Aimy
Wardah! Wardah ketuk kepala. Entah mengapalah hidupnya menjadi kacau-bilau
semenjak bertemu dengan mamat sengal itu.
Bukan
setakat hidupnya sudah terancam. Tak pasal-pasal nama Adam pula yang mulutnya
menyebut laju sebentar tadi. Nak buat macam mana, Adam dan Amri sahajalah
lelaki yang dikenalinya. Mustahil pula dia mahu berkomplot dengan Amri. Bukan
dia tidak tahu lelaki itu menaruh perasaan kepadanya. Bimbang lelaki itu salah
faham pula nanti.
Wardah
menyeluk telefon bimbit dari dalam saku seluarnya. Ada getaran halus yang
melanda seluruh tubuhnya saat itu.
Well now... How should I
tell him?
Wardah
berfikir sejenak. Selang beberapa minit, jemari Wardah menari laju di atas keypad. Butang ‘send’ ditekan setelah ayat dikarang diulang baca hampir sepuluh
kali.
Wardah
melepas keluhan. Resah.
Minta-mintalah
dia cakap ‘yes’. Wardah pejam mata
rapat-rapat. Sudikah Adam keluar bertemu dengannya Sabtu nanti?
Well, I’m sorry that I have
to drag you into my mess, Adam!
“Ayah!”
Fawwaz goncang lengan Wahid. Pelbagai soalan menyerbu masuk ke mindanya. Namun
lidahnya terasa kelu. Pandangan matanya bertembung dengan sepasang mata Wahid.
“Betul ke apa kita dengar tadi, ayah?”
Wahid kelip mata.
“Itulah
Fawwaz! Tak hilang lagi terkejut ayah ni! Niat ayah nak mengusik adik kamu aje
tadi. Mana tahu dia betul-betul nak bawakan calon menantu jumpa ayah pulak
nanti! Hesy, nasiblah ayah ni tak ada sakit jantung!” Wahid urut perlahan
dadanya. Terasa masih sukar untuk mempercayai kata-kata Wardah sebentar tadi.
Biar betul aku dah nak bermenantu?