Bab
17
Wardah
tunduk malu. Pujian Adam menyebabkan pipinya merah bagai dicubit
manja. Cantik? Cantik dia kata aku? Wardah renung refleksi wajahnya pada
gelas tinggi di depan mata.
Sudah
berkurun lamanya dia tidak mendengar pujian diberikan kepadanya. Si Amri tu
adalah puji dia, tapi Amri tu lain. Pujian Adam membuatkan dia kembang
semangkuk.
"Jauhnya
berangan..." Sapaan Adam menyebabkan Wardah merona lagi. Apa la kau ni
Aimy! Baru kena puji sikit dah macam manusia tak jejak bumi. Wardah
mengutuk diri sendiri.
"Sorry. Awak cakap apa?" Wardah
ketap bibir. Mesti Adam tengah mengutuk dirinya saat ini.
"Tak...
saya tanya sekarang ni awak belajar kat mana?"
"Belajar?"
Wardah buat riak pelik.
"Oh,
awak dah kerja ke? You look young,"
Adam pamer wajah terkejut.
"I'm working in a florist shop actually,"
Wardah jawab jujur. Nak selindung apa. Dia tak pernah malu dengan kerjayanya
itu. Kerjanya itu juga menyumbang kepada ekonomi negara dan sering menjadi
penyelamat kepada pasangan-pasangan bercinta.
"Really? It suits you very well, Aimy".
"Hm?"
Wardah jungkit kening.
"Yelah,
kerja gubah-gubah bunga ni kerja intricate
tau. Orang yang tangan berseni dan lembut je yang pandai buat gubahan. Sesuai
la dengan awak. " Adam puji ikhlas. Ish, sempurna betul gadis di hadapannya
saat ini. Cantik, manis, lemah lembut dan berseni pula! Manalah kau bersembunyi
sebelum ini.
Wardah
batuk kecil. Berseni? Lembut? Gulp. Dia telan liur. Kau belum tengok aku yang
sebenar Adam. Silap-silap, kau pun panggil aku makhluk dua alam jugak!
Wardah
capai gelas di hadapan. Jus tembikai disedut lama. Tekaknya terasa nyaman.
Wardah kerling wajah Adam yang sedang asyik menikmati hidangan. Lelaki
berjambang itu mengingatkan dia pada lelaki retard
- Hasif Wafiy.
Hasif
juga berjambang. Namun pertemuan terakhir dulu Hasif nampak cukup selekeh.
Jambangnya tidak terurus. Berbeza benar dengan Adam. Jambangnya dirapi kemas.
Lelaki bernama Adam ini nampak maskulin. Dadanya bidang dan badannya tegap.
Ciri-ciri lelaki yang suka bersukan ada padanya.
Wardah
terleka sebentar dengan indah ciptaan Allah. Lupa pada rancangan bahawa Adam
hanyalah alat untuk mematahkan cubaan ayah menjodohkan dia dengan mamat
sengal.
Adam
control macho. Pura-pura tidak sedar
yang sepasang mata di hadapannya saat ini sedang enak meratah setiap inci
wajahnya.
Dadanya
bergetar hebat. Apa sajalah pandangan Aimy tentang dirinya? Terlalu banyak kah
gel rambut yang digunakannya? Serabut kah jambang yang dibela sejak beberapa
bulan ini? Terlalu kuat kah wangian Versace yang disembur pagi tadi?
Semuanya
bagai serba tidak kena. Adam merasakan peluh dingin sudah mula membasahi
belakang badannya. Dia bagaikan sedang diuji untuk melepasi tahap piawaian
gadis bernama Aimy Wardah.
Perlahan-lahan
Adam meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan. “Awak dah kenyang?” sepasang
matanya sempat menangkap pandangan yang dilarikan oleh Wardah.
“Dah,”
Wardah hampir tidak percaya dengan lembut bicaranya di hadapan lelaki itu.
Sopan lain macam pula dia jadinya hari ini. Tabiat yang sudah lama ditinggalkan.
Wardah
mengeluarkan beberapa keping wang kertas sebaik pelayan membawa bil kepada
mereka. Hutang budinya mahu dilangsaikan kepada Adam pada hari ini.
“It’s okay Aimy. I get this,” Adam menghulurkan kad kredit kepada pelayan.
“Hesy,
saya nak bayar hutang ni Adam. Duit buku yang awak dahulukan tu. Awak dah lupa
ye?”
“Ingat.
Yang tu saya halalkan,” Adam pamer senyuman ikhlas. Namun Wardah berasa serba
salah. Tidak selesa.
“Alah,
saya tak biasalah Adam. Saya nak bayar jugak,”
Wardah bersuara degil. Dua keping not RM50 diselitkan di bawah tapak tangan
Adam.
“Kenapa
banyak sangat ni?” giliran Adam pula bulatkan mata.
“Yelah,
duit makan ni sekali?” Wardah muncungkan bibir pada pinggan yang sudah licin di
hadapannya.
“Saya
belanjalah Aimy,” Adam tolak kembali duit kepada Wardah. “Kalau awak nak bayar
hutang, ada cara lain selain dari bagi saya duit,”
Wajah
Wardah bertukar riak mendengarkan bicara Adam. Hesy! Apa pula maksud lelaki
itu? Kau jangan macam-macam Adam. Aku tempeleng muka kau nanti sampai jadi
lempeng. Wardah berasa bengang.
“Next two weeks kawan saya kahwin. Awak
temankan saya boleh?” Adam menanti jawapan Wardah dengan penuh harapan. Yang
sebenarnya bukanlah dia teringin sangat mahu menghadiri majlis walimah
kawannya.
Dia
mahu mencari alasan serta peluang untuk meluangkan lebih masa dengan Wardah.
Itu yang sebenarnya.
Wardah
buang pandang ke luar restoran. Nak keluar lagi? Wardah tercari-cari alasan
yang sesuai untuk menolak pelawaan Adam. Namun dia terkenangkan kembali
rancangan untuk berpura-pura sedang dilamun cinta dengan Adam. Demi lakonan
yang mantap, dia harus mengorbankan sedikit prinsip hidupnya.
“Hmm,
okay. Bolehlah,”
Jawapan
Wardah mengundang senyuman lebar di wajah Adam. Perwatakan Wardah yang sukar
dijangka menyedarkan dia tentang liku cabaran yang harus ditempuhi jika ingin
memiliki sekeping hati itu.
Jika
Wardah sudi menemaninya keluar sekali lagi, dia pasti akan terus mencari
alasan-alasan baru untuk mengajak gadis itu keluar.
* * * * *
“Thanks sudi keluar dengan saya,” Adam
matikan enjin kereta di hadapan rumah teres dua tingkat. Pantas matanya
mengerling pada jam di tangan. 6.30 petang. Phew! Nasib baik sempat sampai
sebelum Maghrib!
“You’re welcome. Thanks for the lunch and
coffee session too!” Wardah meloloskan diri dari kereta.
Dia
melambai sebentar sebelum melangkah masuk ke kawasan rumah. Dia terasa lega
untuk menamatkan sesi lakonannya pada hari ini. Sengal-sengal badannya seharian
beraksi lemah-gemalai.
“Aimy
Wardah”,
“Yup. Kenapa Adam?” Mendengarkan namanya
dipanggil, dia merapati semula kereta Adam.
“Nothing. Saja sukaaa,” Adam senyum
nakal.
“Ish,
awak ni!” Wardah tak sedar dia buat muka merajuk yang comel.
“Ala,
sorry. Saya suka nama awak. Cantik...
cantik nama tu secantik orangnya. I’ll
call you Wardah ya from now on,”
Adam tersenyum kacak pula.
Wardah
terasa kakinya bagaikan dipaku di atas tanah. Lemah lututnya melihatkan
senyuman dan wajah kacak Adam. Kebiasaannya dia memang melarang sesiapa sahaja
memanggil dia dengan nama Wardah. Dia lebih suka dikenali sebagai Aimy. Tapi
kali ini batang tengkuknya terasa keras untuk digerakkan. Suaranya hilang
menyebabkan dia kaku membisu. Ya Allah, kuatkanlah imanku!
“Jangan
lupa ya dua minggu lagi? Hari Sabtu
tau,”
“Hah?”
Wardah tidak mengerti.
“Aik,
dah lupa ke? Kan awak nak temankan saya ke wedding
kawan saya. It’s a wedding dinner, and it will be held in a hotel. Lupa pula
saya in which hotel. Nanti saya text
awak semula,” senyuman di wajah Adam masih terukir. Masih terlalu gembira
dengan persetujuan Wardah.
Wedding dinner?
Hotel? Wardah telan liur. Terasa menyesal pula dirasakan saat ini kerana telah
memberikan persetujuan kepada Adam. Memanglah boleh sahaja dia menipu lelaki
itu. Tapi dia rasa tak sampai hati.
Well Wardah, which one is
bitter? Telling him now that you are using him for your own pleasure or let him
discover that when it is too late?
Wardah
terasa sesak dada. Bagaimana jika Adam benar-benar menaruh harapan kepadanya
nanti? Dia bukan bodoh atau buta sehingga tidak boleh menilai wajah bahagia di
hadapannya ini.
“Wardah?”
Adam gerakkan tangan di hadapan wajah Wardah. Suka betul berangan budak ni!
“Ha?
Hmm... err.. okay. Okay...” Wardah
angguk kepala laju-laju. Wajahnya merona seketika.
“Is your dad home?” Adam terjenguk-jenguk
mencari kelibat Wahid.
“Why?” Wardah menjawab juga dengan
soalan.
“Yelah,
nak salam. Nak ucap terima kasih bagi pinjam anak dara dia tadi,”
“Tak
ada. Ayah dah ke masjid tu. Bentangkan sejadah, kemas-kemas mana yang patut.
Malam ni ada majlis agama dekat masjid,” Wardah tersengih kelegaan. Selamat
sudah mereka dari sesi soal-jawab bersama Wahid.
“Hm,
kalau macam tu saya balik dulu ya. Take
care. Jangan lupa ya next two weeks.
Assalammualaikum,”
Wardah
memerhatikan kereta Adam yang sudah meluncur di atas jalan. Separuh hatinya
terasa lega. Separuh lagi hatinya bagai disapa satu perasaan yang asing. Aneh.
Wardah
mengenangkan janjinya kepada Adam. Dia memang tidak sampai hati ingin berkata
tidak apabila menatap wajah Adam. Aduh, jangan aku pula yang jatuh hati pada
dia ni sudahlah. Wardah ketap bibir.
Ah, stop dreaming Aimy! He
will never accept you once he knows who you are. No body will. After all, men
are all the same.
Kenangan
lalu yang masih menghantui terlayar kembali di hadapan mata. Wardah keraskan
hati. Hatinya terasa marah.
Wardah
hempas pintu rumah dengan kuat. Rasa marah dan dendamnya dilepaskan pada pintu
kayu yang tidak mengerti apa-apa. Ah, dia malas mahu ambil pusing tentang apa
yang bakal berlaku antara dia dan Adam.
Tiba-tiba
dia merasakan dendam kepada kaum Adam kembali membuak-buak di dadanya. Entah
mengapa Adam pula yang mahu dijadikan mangsanya.
It’s not you, Adam. You
are just at the wrong time and wrong place...
and definitely you have met the wrong
person!
p/s: Sorry lama tak update. doakan sy dapat siapkan full manuscript tahun ni ya!