Orang Cantik dan Orang Hensem

Monday, May 11, 2015

Bab 17 - Main Kahwin-Kahwin

Bab 17

Wardah tunduk malu. Pujian Adam menyebabkan pipinya merah bagai dicubit manja. Cantik? Cantik dia kata aku? Wardah renung refleksi wajahnya pada gelas tinggi di depan mata.  
Sudah berkurun lamanya dia tidak mendengar pujian diberikan kepadanya. Si Amri tu adalah puji dia, tapi Amri tu lain. Pujian Adam membuatkan dia kembang semangkuk. 
"Jauhnya berangan..." Sapaan Adam menyebabkan Wardah merona lagi. Apa la kau ni Aimy! Baru kena puji sikit dah macam manusia tak jejak bumi. Wardah mengutuk diri sendiri.
"Sorry. Awak cakap apa?" Wardah ketap bibir. Mesti Adam tengah mengutuk dirinya saat ini. 
"Tak... saya tanya sekarang ni awak belajar kat mana?" 
"Belajar?" Wardah buat riak pelik. 
"Oh, awak dah kerja ke? You look young," Adam pamer wajah terkejut. 
"I'm working in a florist shop actually," Wardah jawab jujur. Nak selindung apa. Dia tak pernah malu dengan kerjayanya itu. Kerjanya itu juga menyumbang kepada ekonomi negara dan sering menjadi penyelamat kepada pasangan-pasangan bercinta.
"Really? It suits you very well, Aimy". 
"Hm?" Wardah jungkit kening.
"Yelah, kerja gubah-gubah bunga ni kerja intricate tau. Orang yang tangan berseni dan lembut je yang pandai buat gubahan. Sesuai la dengan awak. " Adam puji ikhlas. Ish, sempurna betul gadis di hadapannya saat ini. Cantik, manis, lemah lembut dan berseni pula! Manalah kau bersembunyi sebelum ini.
Wardah batuk kecil. Berseni? Lembut? Gulp. Dia telan liur. Kau belum tengok aku yang sebenar Adam. Silap-silap, kau pun panggil aku makhluk dua alam jugak
Wardah capai gelas di hadapan. Jus tembikai disedut lama. Tekaknya terasa nyaman. Wardah kerling wajah Adam yang sedang asyik menikmati hidangan. Lelaki berjambang itu mengingatkan dia pada lelaki retard - Hasif Wafiy. 
Hasif juga berjambang. Namun pertemuan terakhir dulu Hasif nampak cukup selekeh. Jambangnya tidak terurus. Berbeza benar dengan Adam. Jambangnya dirapi kemas. Lelaki bernama Adam ini nampak maskulin. Dadanya bidang dan badannya tegap. Ciri-ciri lelaki yang suka bersukan ada padanya.
Wardah terleka sebentar dengan indah ciptaan Allah. Lupa pada rancangan bahawa Adam hanyalah alat untuk mematahkan cubaan ayah menjodohkan dia dengan mamat sengal. 


Adam control macho. Pura-pura tidak sedar yang sepasang mata di hadapannya saat ini sedang enak meratah setiap inci wajahnya. 
Dadanya bergetar hebat. Apa sajalah pandangan Aimy tentang dirinya? Terlalu banyak kah gel rambut yang digunakannya? Serabut kah jambang yang dibela sejak beberapa bulan ini? Terlalu kuat kah wangian Versace yang disembur pagi tadi?
Semuanya bagai serba tidak kena. Adam merasakan peluh dingin sudah mula membasahi belakang badannya. Dia bagaikan sedang diuji untuk melepasi tahap piawaian gadis bernama Aimy Wardah.
Perlahan-lahan Adam meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan. “Awak dah kenyang?” sepasang matanya sempat menangkap pandangan yang dilarikan oleh Wardah.
“Dah,” Wardah hampir tidak percaya dengan lembut bicaranya di hadapan lelaki itu. Sopan lain macam pula dia jadinya hari ini. Tabiat yang sudah lama ditinggalkan.
Wardah mengeluarkan beberapa keping wang kertas sebaik pelayan membawa bil kepada mereka. Hutang budinya mahu dilangsaikan kepada Adam pada hari ini.
It’s okay Aimy. I get this,” Adam menghulurkan kad kredit kepada pelayan.
“Hesy, saya nak bayar hutang ni Adam. Duit buku yang awak dahulukan tu. Awak dah lupa ye?”
“Ingat. Yang tu saya halalkan,” Adam pamer senyuman ikhlas. Namun Wardah berasa serba salah. Tidak selesa.
“Alah, saya tak biasalah Adam. Saya nak bayar jugak,” Wardah bersuara degil. Dua keping not RM50 diselitkan di bawah tapak tangan Adam.
“Kenapa banyak sangat ni?” giliran Adam pula bulatkan mata.
“Yelah, duit makan ni sekali?” Wardah muncungkan bibir pada pinggan yang sudah licin di hadapannya.
“Saya belanjalah Aimy,” Adam tolak kembali duit kepada Wardah. “Kalau awak nak bayar hutang, ada cara lain selain dari bagi saya duit,”
Wajah Wardah bertukar riak mendengarkan bicara Adam. Hesy! Apa pula maksud lelaki itu? Kau jangan macam-macam Adam. Aku tempeleng muka kau nanti sampai jadi lempeng. Wardah berasa bengang.
Next two weeks kawan saya kahwin. Awak temankan saya boleh?” Adam menanti jawapan Wardah dengan penuh harapan. Yang sebenarnya bukanlah dia teringin sangat mahu menghadiri majlis walimah kawannya.
Dia mahu mencari alasan serta peluang untuk meluangkan lebih masa dengan Wardah. Itu yang sebenarnya.
Wardah buang pandang ke luar restoran. Nak keluar lagi? Wardah tercari-cari alasan yang sesuai untuk menolak pelawaan Adam. Namun dia terkenangkan kembali rancangan untuk berpura-pura sedang dilamun cinta dengan Adam. Demi lakonan yang mantap, dia harus mengorbankan sedikit prinsip hidupnya.
“Hmm, okay. Bolehlah,”
Jawapan Wardah mengundang senyuman lebar di wajah Adam. Perwatakan Wardah yang sukar dijangka menyedarkan dia tentang liku cabaran yang harus ditempuhi jika ingin memiliki sekeping hati itu.
Jika Wardah sudi menemaninya keluar sekali lagi, dia pasti akan terus mencari alasan-alasan baru untuk mengajak gadis itu keluar.

*                      *                      *                      *                      *

Thanks sudi keluar dengan saya,” Adam matikan enjin kereta di hadapan rumah teres dua tingkat. Pantas matanya mengerling pada jam di tangan. 6.30 petang. Phew! Nasib baik sempat sampai sebelum Maghrib!
You’re welcome. Thanks for the lunch and coffee session too!” Wardah meloloskan diri dari kereta.
Dia melambai sebentar sebelum melangkah masuk ke kawasan rumah. Dia terasa lega untuk menamatkan sesi lakonannya pada hari ini. Sengal-sengal badannya seharian beraksi lemah-gemalai.
“Aimy Wardah”,
Yup. Kenapa Adam?” Mendengarkan namanya dipanggil, dia merapati semula kereta Adam.
Nothing. Saja sukaaa,” Adam senyum nakal.
“Ish, awak ni!” Wardah tak sedar dia buat muka merajuk yang comel.
“Ala, sorry. Saya suka nama awak.  Cantik... cantik nama tu secantik orangnya. I’ll call you Wardah ya from now on,” Adam tersenyum kacak pula.
Wardah terasa kakinya bagaikan dipaku di atas tanah. Lemah lututnya melihatkan senyuman dan wajah kacak Adam. Kebiasaannya dia memang melarang sesiapa sahaja memanggil dia dengan nama Wardah. Dia lebih suka dikenali sebagai Aimy. Tapi kali ini batang tengkuknya terasa keras untuk digerakkan. Suaranya hilang menyebabkan dia kaku membisu. Ya Allah, kuatkanlah imanku!
“Jangan lupa ya dua minggu lagi? Hari Sabtu tau,”
“Hah?” Wardah tidak mengerti.
“Aik, dah lupa ke? Kan awak nak temankan saya ke wedding kawan saya.  It’s a wedding dinner, and it will be held in a hotel. Lupa pula saya in which hotel. Nanti saya text awak semula,” senyuman di wajah Adam masih terukir. Masih terlalu gembira dengan persetujuan Wardah.
Wedding dinner? Hotel? Wardah telan liur. Terasa menyesal pula dirasakan saat ini kerana telah memberikan persetujuan kepada Adam. Memanglah boleh sahaja dia menipu lelaki itu. Tapi dia rasa tak sampai hati.
Well Wardah, which one is bitter? Telling him now that you are using him for your own pleasure or let him discover that when it is too late?
Wardah terasa sesak dada. Bagaimana jika Adam benar-benar menaruh harapan kepadanya nanti? Dia bukan bodoh atau buta sehingga tidak boleh menilai wajah bahagia di hadapannya ini.
“Wardah?” Adam gerakkan tangan di hadapan wajah Wardah. Suka betul berangan budak ni!
“Ha? Hmm... err.. okay. Okay...” Wardah angguk kepala laju-laju. Wajahnya merona seketika.
Is your dad home?” Adam terjenguk-jenguk mencari kelibat Wahid.
Why?” Wardah menjawab juga dengan soalan.
“Yelah, nak salam. Nak ucap terima kasih bagi pinjam anak dara dia tadi,”
“Tak ada. Ayah dah ke masjid tu. Bentangkan sejadah, kemas-kemas mana yang patut. Malam ni ada majlis agama dekat masjid,” Wardah tersengih kelegaan. Selamat sudah mereka dari sesi soal-jawab bersama Wahid.
“Hm, kalau macam tu saya balik dulu ya. Take care. Jangan lupa ya next two weeks. Assalammualaikum,”
Wardah memerhatikan kereta Adam yang sudah meluncur di atas jalan. Separuh hatinya terasa lega. Separuh lagi hatinya bagai disapa satu perasaan yang asing. Aneh.
Wardah mengenangkan janjinya kepada Adam. Dia memang tidak sampai hati ingin berkata tidak apabila menatap wajah Adam. Aduh, jangan aku pula yang jatuh hati pada dia ni sudahlah. Wardah ketap bibir.
Ah, stop dreaming Aimy! He will never accept you once he knows who you are. No body will. After all, men are all the same.
Kenangan lalu yang masih menghantui terlayar kembali di hadapan mata. Wardah keraskan hati. Hatinya terasa marah.
Wardah hempas pintu rumah dengan kuat. Rasa marah dan dendamnya dilepaskan pada pintu kayu yang tidak mengerti apa-apa. Ah, dia malas mahu ambil pusing tentang apa yang bakal berlaku antara dia dan Adam.
Tiba-tiba dia merasakan dendam kepada kaum Adam kembali membuak-buak di dadanya. Entah mengapa Adam pula yang mahu dijadikan mangsanya.
It’s not you, Adam. You are just at the wrong time and wrong place... and definitely you have met the wrong person!

p/s: Sorry lama tak update. doakan sy dapat siapkan full manuscript tahun ni ya!


2 comments: