Bab
16
Sebaik
masuk ke rumah, dia mengintai pula dari balik langsir. Diperhatikan Adam yang
sedang berkata sesuatu kepada Wardah. Tawa yang meletus dari bibir Wardah kuat
kedengaran. Wajah Wardah yang gembira membuatkan dia turut tersenyum.
Sehingga
ke saat ini Wahid masih dihambat rasa ingin tahu. Membesarkan Wardah sepanjang
dua puluh lima tahun ini menjadikan dia seorang yang benar-benar penuh syak
wasangka. Semakin besar, semakin banyak akal si Wardah untuk melepaskan diri.
Wardah
semakin sukar dikawal dan dijangka tindak tanduknya. Kalau sewaktu kecil dulu
dia seorang yang mudah menurut kata, kini segalanya berubah. Arahan atau
nasihat Wahid bagai angin lalu yang menyapa cuping telinga. Ada sahaja
betahnya!
Bengang!
Memang dia bengang. Terasa sukarnya membesarkan anak dara yang seorang ini.
Pernah dahulu dia mengamuk sakan apabila mengetahui Wardah berpakaian seperti
lelaki. Terasa gagal dirinya mendidik Wardah. Walaupun Wardah menjadikan
peristiwa hitam itu alasan untuk melepaskan diri, namun dia tidak boleh terima.
Agama
Islam agama yang sempurna. Wanita memang dilarang berpakaian menyerupai lelaki.
Dia tidak suka Wardah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah wanita.
Pada Wahid, apa yang terjadi pada Wardah adalah satu ujian dari Allah kepada
hambaNya.
Hampir
sebulan dia mogok bercakap dengan Wardah. Setiap hari dia dijamu dengan drama
air mata Wardah. Bukan dia tidak kasihan. Namun hatinya dikeraskan jua supaya
peristiwa itu menjadi peringatan kepada Wardah. Hasrat mahu melancarkan perang dingin
selama tiga bulan itu akhirnya gagal.
Malam
itu lenanya terganggu dengan jeritan kuat dari bilik Wardah. Asalnya dipekakkan
sahaja telinganya. Tekaannya pasti Wardah mengunakan helah baru untuk menarik
perhatian. Mujurlah Fawwaz memaksanya ke bilik Wardah. Anak gadisnya itu demam
panas rupa-rupanya. Wardah meracau-racau sambil badannya menggigil kuat.
Bagai
masih terngiang-ngiang di telinganya saat ini butir bicara Wardah yang menjerit
–jerit memanggil ibunya. Sesekali Wardah meluahkan rasa tentang ayah yang sudah
tak sayangkan dirinya.
Jatuh
terduduk dia di tepi katil memeluk tubuh Wardah yang tidak sedarkan diri.
Hukuman yang diberi kepada Wardah terlalu berat untuk dipikul oleh gadis yang
rapuh jiwanya. Gadis yang tidak cukup kasih sayang seorang ibu. Gadis yang
ditinggalkan ibu ketika berusia lima tahun. Tanpa sebarang pesan, tanpa
sebarang berita, Farina pergi meninggalkan mereka.
Jiwa
lelakinya tidak mengerti gelodak emosi Wardah. Yang dia tahu hanya cara
kekerasan untuk membentuk Wardah. Dia mendidik Wardah mengikut caranya yang
tersendiri. Dia tersilap langkah. Dia terleka bahawa anak gadisnya itu punya
hati dan perasaan. Sama seperti dirinya, Wardah juga merindui Farina.
Pelbagai
tohmahan mereka terpaksa telan sejak kehilangan Farina. Kesengsaraan hati
mereka tiada siapa yang peduli. Dia sendiri dengan kudrat yang ada membesarkan
anak-anak tanpa bantuan sesiapa.
Dia
tidak pernah mengeluh apabila perlu bangun awal setiap pagi menyediakan sarapan
dan pakaian anak-anak ke sekolah. Dia mengambil alih tugas Farina secara total.
Dia masih ingat saat-saat kritikal menangani sikap Wardah di usia remaja.
Seharian
anaknya menangis dan mengunci diri di dalam bilik. Bingung dia dan Fawwaz
dibuatnya. Malam itu apabila Wardah masih degil memencilkan diri, dia nekad
memecahkan pintu bilik Wardah.
Dia
terlihat Wardah yang sedang tertidur dengan wajah yang sembab dan pucat. Ada
tompokan darah pada katil dan seluar Wardah. Luruh jantungnya saat itu.
Dikejarkan anaknya ke hospital. Terjerit pekik dia meminta kesemua kakitangan
hospital membantu Wardah. Dia menanti berita di luar bilik doktor dengan hati
yang gundah-gulana. Dia perlu bersedia jika doktor ingin mengabarkan berita
buruk.
Kecoh
sebentar ruang hospital apabila hasil diagnos Wardah diperolehi. Saat dia
dipanggil masuk, Wardah sudah kelihatan lebih tenang. Dia masih ingat wajah
Doktor Roselina yang tersenyum saat itu.
Dengan
tenang doktor muda itu menceritakan tentang kejadian haid bagi setiap gadis
yang sudah mencapai usia kematangan. Malam itu dia mendapat ilmu baru. Barulah
dia tahu punca Wardah menguncikan diri. Anaknya itu terkejut, takut dan malu
dengan perubahan fasa baru dalam dirinya.
Sejak
itu dia melengkapkan diri dengan ilmu. Setiap bulan, dibelinya stok tuala
wanita yang secukupnya untuk Wardah. Dia minta kawan di sekolah membawa Wardah
ke pusat membeli-belah untuk membantu Wardah mencari pakaian dalam yang lebih
sesuai.
Dia
tanda pada kalendar peribadi miliknya tarikh jangkaan kedatangan haid Wardah
setiap bulan. Dia sediakan tuaman air panas untuk Wardah kerana menurut Doktor
Roselina, Wardah adalah antara gadis yang akan mengalami sakit senggugut yang
teruk apabila diserang haid.
Wahid
tersenyum mengenangkan suka-duka dilalui selama dua puluh tahun ini. Bukan
seorang dua yang menawarkan diri untuk menjadi pengganti Farina. Namun sehingga
ke saat ini hatinya masih sukar melupakan. Masih sukar untuk melepaskan.
Wahid
terbayang senyuman Farina. Jika Farina ada saat ini, pastinya wanita itu turut
berdiri mengintai dari balik langsir bersamanya. Mereka sama-sama akan memberi
komen tentang Adam. To approve, to reject
or to be decided later. Wahid kesat air yang mengalir dari tubir matanya.
Pulanglah
Farina. Abang sedia menerimamu kembali...
Assalamualikum...dan Salam Sejahtera....nk tanya novel ni dh x de sambungan dh ke???
ReplyDeleteassalam afina... sebenarnya penulis dah tulis sampai bab 37. masih bertungkus lumus nak siapkan full manuscript. hehehe
DeleteAssalamualaikum sis....dh xde smbungan eh novel nieyh..or dh buat dlm bntuk novel??..kalo ade tlong inform eh...thanks..
ReplyDeleteassalam sayor... sy masih usaha nak siapkan full manuscript ni. InsyaAllah tahun ni nak siapkan jugak. doakan sy ye...
Delete-LyaZara-
Tk nak sambung ke cik writer?
ReplyDeletenakkkkk...hehehehe...nanti sy update bab seterusnyaaa
DeleteSalam.. Sis Mcm mne nk dptkn novel ni.
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteHương Lâm chuyên cung cấp máy photocopy, chúng tôi cung cấp máy photocopy ricoh, toshiba, canon, sharp, đặc biệt chúng tôi có cung cấp máy photocopy màu uy tín, giá rẻ nhất.