Orang Cantik dan Orang Hensem

Sunday, October 21, 2012

++ uSaHa. Doa. TaWaKaL ++

assalammualaikum.
=)

a very short update dari Lya.
alhamdulillah.
manuskrip Terima Kasih Cinta dah siap.
dan sekarang dalam proses penilaian di salah sebuah syarikat penerbitan.

marilah kita berdoa supaya perjalanan TKC dipermudahkan oleh Allah.
dan saya harap pembaca yang setia pada Amani dan Zafran tetap menunggu dengan sabar.
=)
selalunya proses penilaian ambil masa 1-3 bulan.
harap-harap TKC tak ambil masa yang terlalu lama untuk diterbitkan...

ramai yang tertanya-tanya tentang ending cerita tu kan...
kena baca and find out sendiri tauuuu...
insyaAllah tidak menghampakan...
Lya cuba buat yang terbaik untuk semua...

sekarang Lya tengah cari bahan untuk manuskirp kedua.
siapa-siapa yang ada idea, atau opinion tentang jalan cerita yang anda suka,
bolehlah berkongsi dengan Lya!
setakat ni Lya dah ada rough ideas.
tapi belum ada masa untuk duduk and finalize the ideas yet.
sibuuuuuuuuuk sangat.

ok. till here then.
sekali lagi Lya mohon doa kalian supaya TKC dapat melepasi penilaian dengan cemerlang!
amin!



.Lya Zara.

Monday, October 1, 2012

Bab 27 Part 1 (Bonus)



            “DADDY!
            Pelukan Emir mematikan langkah Zafran dari mendekati Natrah. Sepasang mata Zafran yang merah menyala bertukar redup apabila menatap wajah comel Emir yang masih setia memeluk kuat lututnya. Cair hatinya apabila melihatkan malaikat kecil itu. Terlupa sebentar pada rasa marah yang membakar di jiwa.
            “Abang, ni lah Kak Nurul. Ibu Emir. Kak Nurul, yang hensem ni suami saya,” Amani tersenyum nakal saat memperkenalkan Zafran dan Natrah. Spontan tangannya meraih lengan Zafran dan melentok manja di dada lelaki itu. Sedikit pun dia tidak terkesan dengan bahang kepanasan yang sedang membakar suasana ketika itu.
            “Apa khabar Encik Zafran? Saya Nurul Natrah. Ibu kepada Emir Luqman. Maaflah sebab selalu tumpangkan Emir di rumah encik,” Natrah memberanikan diri untuk membuka mulut. Wajah Zafran yang kusut ditentang dengan hati yang gundah. Natrah cuba menghantar isyarat mata kepada Zafran. Cuba disampaikan bait-bait kemaafan dari redup pandangan matanya.
            Zafran bagaikan tersedar dari mimpi. Baru disedari kasih yang tumpah kepada Emir selama ini adalah zuriat milik Natrah dan Edward! Zafran kehilangan kata-kata. Perasaannya berbaur pelbagai rasa. Setelah bertahun tidak mendengar suara itu, jantungnya melagukan rentak yang tidak ketahuan.
            Api kemarahan yang menjulang sewaktu dia berdiri di anak tangga kelima, hilang sebaik sahaja Emir Luqman berdiri di sebelahnya. Otaknya berlumba-lumba menyusun ayat, namun bibirnya pula terkunci mati. Sesungguhnya dia jadi keliru.
            “Eh, kenapa Kak Nurul cakap macam tu? Tak menyusahkan kami langsung. Kami seronok layan Emir ni tau! Betul tak abang?” Amani menjawab bagi pihak Zafran setelah dilihatnya Zafran sekadar berdiam diri. Pandangan mata Zafran yang masih terpaku pada wajah Natrah mengundang sedikir rasa cemburu di dadanya. Tahulah Kak Nurul tu cantik. Hmm...
            “Betul,” Zafran menjawab sepatah. Reaksi apa yang hendak diberi pun dia tidak tahu. Rasa penat memandu sepanjang malam pun masih belum hilang. Kini ditambah pula dengan satu lagi kejutan yang tidak pernah terbayang di kotak fikirannya. Ah, kehadiran Natrah benar-benar mengocak ketenangan hatinya.
            “Where did you go, Daddy? I miss you,” Emir menggenggam tangan Zafran. Cuba ditarik perhatian Zafran supaya memberi tumpuan kepada dirinya pula. Tiga tahun dia dibesarkan tanpa kasih-sayang seorang ayah. Mengenali Zafran telah melengkapkan hidupnya. Dunianya terasa sempurna.
            Zafran merendahkan badan untuk menyaingi ketinggian anak kecil itu. Ditatap wajah Emir Luqman lama-lama. Baru dia perasan sepasang pandangan redup itu diwarisi dari ibunya, dan anak mata biru itu pula diwarisi dari Edward.
            Zafran mengeluh perlahan. Sebenci mana pun dia kepada Natrah dan Edward, namun dia harus akur kepada satu kenyataan. Kasihnya ikhlas tertumpah kepada Emir!
            “I miss you too. I had work to do. But I promise, tomorrow we will go to Mc Donalds, ya?” rambut Emir dielus lembut. Sebuah senyuman terukir di wajah Zafran apabila melihatkan Emir terlompat kegirangan. Sesungguhnya anak sekecil ini tidak layak dihukum atas kesalahan kedua ibu bapanya.
            “Hm, abang nak naik dulu sayang. Penatlah,” Zafran sudah kembali mendaki anak tangga. Sedaya-upaya dia mengelak dari berbalas pandangan dengan Natrah yang berdiri tidak jauh darinya. Dia perlu berehat dan berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan Natrah. Biarlah amarah itu disimpan dahulu.
Empat tahun lalu apabila dia membuat keputusan untuk meninggalkan Natrah, dia tidak perlu memikirkan tentang perasaan orang lain. Hanya hatinya seorang yang terluka menanggung kesakitan. Namun kini, sebarang keputusan yang dibuat akan melibatkan Amani dan juga Emir. Zafran mengeluh perlahan.
            “Amani pun naik dulu ye kak. Entah macam mana boleh tertidur depan TV tadi. Emir, do you want to sleep with me and daddy?” dua pasang mata melekap pada wajah Emir. Natrah dan Amani sama-sama menanti anak kecil itu untuk membuat pilihan.
            “It’s okay mama. I want to sleep with Ibu,” Emir sudah memeluk pinggang Natrah. Beberapa jam berjauhan dengan ibunya membangkitkan rasa rindu di hati anak kecil itu. Natrah tersenyum mendengarkan jawapan Emir. Terubat rasa cemburunya melihatkan Emir Luqman tidur berpelukkan dengan Amani sebentar tadi.
            “Okay then. Selamat malam! Kak Nurul kalau sakit atau nak apa-apa, panggil aje Amani ye,”
            “Ye lah. Terima kasih, Amani,” Natrah menunggu Amani mendaki tangga. Sebaik pintu bilik ditutup, Natrah melepaskan satu keluhan berat. Pertemuan dengan Zafran malam ini adalah di luar dari perancangannya. Segala-salanya berlaku lebih awal dari jangkaan. Natrah memejamkan mata. Wajah kusut Zafran sebentar tadi terbayang semula di ruang fikirannya.
            Natrah menekap kedua-dua belah tangannya di dada. Jantungnya berdegup pantas, nafasnya terasa sesak. Walaupun Zafran kelihatan marah,  walaupun Zafran menidakkan kehadirannya sebentar tadi, namun buat pertama kalinya selepas empat tahun dia merasa begitu tenang. Jiwanya terbuai dengan alunan melodi bahagia.
Natrah tersenyum lebar. Betapa hebatnya penangan aura Zafran. Walaupun wajah lelaki itu keruh seperti lumpur, namun pertemuan sebentar tadi mampu menjemput hadir puing-puing indah di dalam hati. Entah bagaimana agaknya andai Zafran sudi melemparkan senyuman kepadanya nanti. Mahu pengsan agaknya dia!
            “Ibu, why are you smiling?” Emir membulatkan matanya kepada Natrah. Dari tadi dia memerhatikan ibunya yang tersengih seorang diri.
Because I’m happy. Aren’t you happy?” Natrah mengusap lembut kaki Emir yang terlunjur dari birai katil. Hampir terlupa dia kepada kehadiran Emir di dalam bilik itu.
No. I’m just sleepy,” Emir menguap besar. Matanya yang merah ditenyeh beberapa kali. Terhibur hati Natrah dengan keletah Emir.
Alright then. You better sleep now,” Natrah membaringkan tubuh kecil itu di atas katil. Dahi Emir dikucup lama. Ritual harian yang tidak pernah ditinggalkan.
“Ibu?”
Yes honey,”
I love you. And yes, I’m happy seeing you happy,” Emir memejamkan mata. Menyambung lena yang terganggu kerana kepulangan Zafran sebentar tadi.
I love you too,” Natrah menyapu setitis air mata yang mengalir. Hatinya berasa sayu. Kehadiran Emir bagaikan magis dalam hidupnya. Kalau bukan kerana Emir, dia pasti sudah membunuh diri selepas peristiwa hitam dirogol Edward. Kalau bukan kerana Emir, dia tidak akan punya kekuatan untuk pulang ke Malaysia menjejaki Zafran. Kalau bukan kerana Emir, sudah pasti dia dijerkah oleh Zafran sekejap tadi.
Semuanya kerana Emir Luqman Abdullah. Ya Tuhanku, terima kasih untuk kurniaan terhebat ini! 

Ole-ole untuk mereka yang rindukan Amani dan Zafran!
=)