Orang Cantik dan Orang Hensem

Friday, March 8, 2013

Bagai Bidadari... (Bab 5)


Bab 5
            SEPASANG kaki Wardah melangkah dengan penuh yakin. Ini merupakan kali kedua dia membuat penghantaran bunga di Wisma Bina Jaya. Selebihnya Raju yang akan melakukan penghantaran. Dia lebih selesa bekerja dengan bunga dan duri di dalam kedai daripada berhadapan dengan manusia-manusia yang suka bersikap ‘judgemental’.
            Tengoklah saat dia melangkah masuk ke pejabat mewah ini pun dia sudah mengesan beberapa pasang mata yang tidak henti-henti memberikan pandangan yang merimaskan. Dengan bibir yang terjuih-juih itu pastinya berbakul-bakul umpatan sedang dikatakan oleh mereka tentang dirinya.
Wardah hanya mampu tersenyum. Kalau bukan atas urusan kerja dia ke mari, sudah pasti dia akan melancarkan serangan peluru berpandu kepada mereka. Apa, susah ke untuk hidup tanpa menilai seseorang dari luarannya? Apakah hak mereka untuk mempersoalkan tentang dirinya sedangkan mereka tidak pernah berada di tempatnya?
Excuse me miss. Who are you looking for?” sapaan dan senyuman gadis penyambut tetamu melenyapkan angan-angannya.
Hmm, I’m looking for Mr. Hasif Wafiy. Ada special delivery for him,” Wardah menunjukkan gubahan pokok kaktus kepada gadis bertag nama ‘Atiqah’. Sejuk sedikit hatinya melihatkan keramahan gadis itu.
“Oh, you can leave it here, miss. Nanti saya serahkan pada Mr. Hasif,” Atiqah sudah menghulurkan tangannya.
“Eh, never mind. I prefer to put this on his table myself. Ni special delivery from someone special. It is part of our policy to ensure that goods are delivered safely to the clients,” Wardah cuba menerangkan. Bukan dia tidak percaya kepada Atiqah, namun pernah dulu berlaku satu insiden salah faham pada bunga yang dihantar. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.
“Hmm... okay then. His room is the second one on your left,” tangan Atiqah melurus menunjukkan arah kepada Wardah.
Wardah tersenyum sebelum kembali melangkah ke arah bilik yang dimaksudkan. Sepasang kakinya yang bersarung kasut sukan terhenti di hadapan pintu kaca yang tertulis nama yang dicari. Matanya melirik membaca sebaris perkataan yang tertera.
Architect’.
Amboi... Memang hebat gerangan jejaka pilihan perempuan yang bernama ‘Ju’ itu. Sesuailah dengan gayanya yang begitu sempurna menjaga penampilan. Wardah menolak perlahan pintu kaca sambil menjengukkan kepala. Pandangannya melata pada segenap ruang bilik yang sepi.
“Assalammualaikum!” suara halus Wardah sunyi kedengaran tanpa jawapan. Bilik itu nampaknya tidak berpenghuni. Mungkin Hasif Wafiy menghadiri mesyuarat atau keluar bertemu klien. Otak Wardah pandai-pandai membuat kesimpulan.
Tanpa membuang masa Wardah merapati meja besar yang kelihatan kemas dan teratur. Wow! Kalah orang perempuan. Wardah terkenangkan biliknya yang ditinggalkan macam tongkang pecah pagi tadi. Bukan setakat pagi tadi, malah boleh dikatakan hampir setiap hari biliknya dalam keadaan begitu. Senyuman nakal terukir di wajah Wardah.
Wardah meletakkan pokok kaktus dengan berhati-hati di atas meja kerja Hasif. Tangannya lincah membetulkan kedudukan kad ucapan. Wang yang dikeluarkan oleh pelanggan mereka bukan sedikit. Dia mahu mereka berpuas hati dengan setiap sen yang dibelanjakan kepada Blooms. Biar cantik. Biar sempurna.
Wardah meninjau-ninjau bingkai gambar yang tersusun di atas meja. Walaupun berpenampilan seperti lelaki, namun naluri kewanitaannya masih menebal untuk melihat rupa paras empunya sebaris nama yang cukup hebat itu.
            Jemari Wardah mencapai bingkai berwarna keemasan di atas meja. Gambar yang sudah berusia kurang lima tahun itu memaparkan sekumpulan pemain ragbi yang sedang bersorak kegembiraan. Yang mana satu agaknya si Hasif Wafiy ya? Sepasang anak mata Wardah meneliti wajah-wajah di dalam gambar itu.
Belum puas dia meneliti gambar tersebut, telinganya menangkap suara lelaki yang semakin menghampiri bilik itu. Jantung Wardah berdegup laju. Spontan tangannya meletakkan semula bingkai gambar tersebut. Matanya ditala pada bayang-bayang sesusuk tubuh lelaki yang berdiri di hadapan pintu kaca.
Gulp.
Wardah menelan liur. Pahit. Entah mengapa lain benar debaran yang dirasainya saat ini. Dadanya bergetar hebat. Kakinya pula terasa lembik seperti agar-agar. Fuh! Hebat betul aura yang dibawa oleh Hasif Wafiy! Wardah menyimpul senyuman di bibir tatkala pintu kaca ditolak dari luar.
*                *                      *                      *                      *                      *
Sepasang anak mata Hasif membulat sebaik matanya terpandangkan susuk tubuh kecil yang berdiri hampir dengan meja kerjanya. Walaupun sudah lebih sebulan peristiwa itu berlalu, mana mungkin dia melupakan wajah serta kata-kata berbisa yang pernah dihamburkan oleh perempuan di hadapannya ini.
Malah perasaan marahnya masih berbaki hingga ke hari ini. Kerana perempuan itulah dia jadi fobia mahu menaiki tren. Kereta Toyota Caldina itu pun dibeli kerana peristiwa hitam tersebut.
“Apa kau buat kat sini?” suara Hasif kedengaran perlahan namun tegas. Senyuman di bibir Wardah hilang dengan serta-merta. Matanya dikecilkan sambil menjamah wajah lelaki berdada bidang itu.
What??? Ini Hasif Wafiy? Muka Wardah merah menahan rasa marah terkenangkan peristiwa dipeluk lelaki itu. Sumpah-seranah berbakul ingin dilemparkan namun sekadar tersekat di kerongkongnya.  Hanya bibirnya diketap untuk melempiaskan rasa marah.
“Kau pekak ke? Buat apa datang sini? Mana kau tahu alamat pejabat aku? Kali ni kau nak apa pulak? Nak minta aku bertanggungjawab kahwin dengan kau?” suara Hasif sinis menampar telinga Wardah. Seronok pula rasanya apabila gadis itu sekadar terdiam tidak mampu menjawab kata-katanya.
“Eh, kau jangan perasan ye. Aku datang sebab buah hati kau yang macam Nyonya Mansur tu beli pokok kaktus kat kedai aku. Kalau aku tahu ni pejabat kau, confirm aku hantar bunga tahi ayam. Well, my job is done here,” Wardah menjeling tajam. Langkah kaki dihayun untuk keluar meninggalkan bilik itu, namun niatnya terhalang kerana Hasif masih terpacak berdiri di hadapan pintu.
“Tepi sikit,” Wardah sekadar menunduk. Tidak berani menentang wajah lelaki yang berjarak dua tapak darinya.
Hasif terkesan ada getaran pada suara halus gadis di hadapannya itu. Takut ke dia? Perempuan singa macam dia ni tahu takut? Hasif terhidu bau kemenangan di pihaknya hari ini. Akalnya mula merencana sesuatu.
“Takkan dah nak balik? Tunggu la dulu...” Selamba sahaja dia melangkah setapak merapati Wardah. Senyumannya melebar saat melihat Wardah yang terdorong ke belakang dengan wajah cuak. Ish, apa dia nak buat ni? Dada Wardah dilanda debaran menggila.
Hasif sekadar membisu seraya melangkah lagi merapati Wardah. Setapak dia ke hadapan, dua tiga tapak Wardah berundur ke belakang. Hasif dapat melihat dengan jelas riak ketakutan yang terpancar di wajah Wardah. Semakin seronok pula dirasakannya saat itu.
“Ka... kau nak a... apa ni?” Wardah bertanya sambil cuba menentang pandangan mata Hasif. Kakinya terhenti melangkah. Sekilas dia terpandang dinding di belakangnya. Alamak, nak lari mana lagi ni?
“Hari tu kau cakap aku sengaja peluk kau kan? Hari ni aku nak tunjuk betul-betul macam mana cara nak peluk orang,” Hasif mendepakan tangannya seakan-akan cuba meraih Wardah ke dalam dakapannya. Wajahnya didekatkan kepada wajah Wardah. Sengaja dilepaskan nafas mendesah untuk menakut-nakutkan lagi perempuan tak berapa perempuan itu.
Bagai hendak pecah perutnya menahan ketawa apabila melihat Wardah memejamkan mata di penjuru bilik. Mulut Wardah jelas terkumat-kamit membaca sesuatu. Baca doa menghalau syaitan agaknya!         
Hasif memerhatikan wajah Wardah yang pucat. Kemenangan yang dirasakannya tadi hilang sebaik melihat manik-manik jernih yang mengalir dari sepasang mata yang masih terpejam itu. Spontan dia mengundur beberapa langkah ke belakang menjauhi Wardah.
“Hei, dah lah tu! Kau ingat aku ada selera ke nak peluk kau?” Hasif memecah kesunyian. Hesyh, baru nak seronok kenakan budak ni dia boleh menangis pulak! Dah la aku lemah dengan air mata perempuan...
Wardah membuka matanya dengan perlahan. Pandangannya yang dikaburi air mata disapu dengan belakang tapak tangan. Jelas kelihatan Hasif sedang berdiri agak jauh darinya saat itu. Wardah berdiri membatu di situ. Hatinya meronta mahu berlari keluar, tapi kakinya masih lemah untuk melangkah. Hendak dihambur sumpah-seranah, namun mulutnya terkunci mati di saat ini. Jantungnya masih berdegup kencang memukul dada apabila mengenangkan peristiwa sebentar tadi.
Hasif turut diam membisu. Takkanlah hendak dipujuk pula perempuan itu. Janggal benar dirasakan. Akhirnya dia mencapai kunci kereta dari dalam laci meja.
“Aku ada appointment dengan client. Kau pun bolehlah keluar dari bilik ni,” Hasif melangkah keluar dari bilik pejabatnya dengan seribu satu rasa. Kalau diikutkan hati lembutnya, sudah pasti dia memohon maaf. Namun mengenangkan bagaimana perempuan itu pernah merobek maruahnya satu ketika dulu, dia jadi keras hati. Ah, sekurang-kurangnya sakit hatinya sudah berbalas.
Wardah merenung kosong ke arah pintu kaca di mana Hasif meloloskan diri sebentar tadi. Tanpa sedar dia melepaskan keluhan kelegaan dari bibir. Wardah dapat merasakan masih ada gigilan halus pada tangan dan kakinya. Iya, kejadian sebentar tadi menggamit semula kenangan pahit lebih setahun dulu. Kenangan yang cuba dilupakan sekian lama.
Kurang ajar punya jantan! Batin Wardah menjerit kuat. Wardah melangkah dengan berat hati ke arah pintu kaca. Dia mahu keluar dari bilik itu. Namun sebaik tangannya menyentuh pemegang pintu, dia kembali berpatah ke arah meja Hasif.
Wardah berlutut di tepi kerusi empuk milik Hasif. Tangannya lincah mencabut dua roda kerusi tersebut lalu disimpan ke dalam poket seluar baggy miliknya. Kepuasan terpancar di wajahnya.
“Kalau tak jatuh ke belakang, jatuh terkangkanglah kau hendaknya!” Wardah menyimpul senyuman sambil melangkah keluar dengan wajah selamba.

p.s: Finally after sekian lama menghilang. baru nak dapat mood balik! =) 

Monday, February 18, 2013

++ TeRKiLaN ++

beberapa bulan Lya menyepikan diri...
dengan masalah kesihatan,
masalah peribadi...

malam ni dapat berita yg cukup mensayat hati...
Lya terkejut bila ada SEORANG penulis lain yg marah-marah dan persoalkan tentang TKC.
siap cakap Lya naik sebab ada 'tali barut' dalam KN.
kasar sangat bunyinya tu...

tak cukup tu...
sewenang-wenangnya printscreen semua entries blog personal Lya n blog di sini
untuk publish kat blog dia...
MasyaAllah...Lya betul-betul terkilan...
entries tu semua adalah perkongsian Lya dengan pembaca.
Lya dah delete semuanya sebab Lya tak nak jadi isu lagi...


Lya nak nasihatkan diri sendiri dan pembaca lain.
kita jangan cepat sangat melatah dan biarkan emosi menguasai diri.
terlajak perahu boleh berundur..
terlajak kata....
bimbang jatuh hukum memfitnah jika apa yg kita canangkan tu tak betul faktanya.

Lya anggap rezeki Lya jika KN terbitkan novel Lya dulu.
KN pun dah pantau novel Lya sejak awal-awal dulu.
Lya kan pernah parked novel TKC kat novel melayu kreatif...
jadi memang dah lama KN tunggu manuskrip Lya.

tapi tak apalah...
Lya anggap isu ini berakhir setakat ini di pihak Lya.
di pihak dia...terpulanglah...
Lya dah anta komen di blog dia.
kalau-kalau dia tak publishkan...
Lya publishkan di sini...
supaya orang yg turut sama mengomen di blog dia
lebih paham situasi yang sebenar.

Lya maafkan kata-kata menghiris hati yang orang lemparkan...
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
Allah jua Mendengar...

Untuk penulis itu...
percayalah pada rezeki Allah.
itu yang sy pegang.

saya bagi tempoh seminggu untuk awak delete semua printscreens dari blog sy.

sesungguhnya saya terkilan...
awak stalk personal blog sy...
go through hundred entries untuk cari 1 yang saya tulis pada bulan March 2012...
entry itu dipublish sebelum sy mula menulis TKC...

awak baca personal blog sy...
tentu awak lebih memahami keadaan sy yg sangat risaukan kandungan sy saat ni.
tak perlu libatkan isu awak dengan publisher pada diri orang lain yg tidak ada kaitan langsung.

*                       *                               *                              *                              *


Assalammualaikum saudari.
Dengan penuh rasa hormat, sy mohon saudari delete semua printscreen dari blog sy yang tidak mendapat keizinan dari saya langsung. Malah digunakan pula untuk menjatuhkan maruah sy.

DEngan nama ALLAH SWT, Kak Suri Ryana tidak pernah ada campur tangan untuk menentukan bulan berapa novel sy harus diterbitkan. Beliau hanya beri galakan dan beritahu prosedur penghantaran manuskrip. ITU sahaja. Jangan menyimpul sesuatu yang anda sendiri tidak pasti.

Untuk pengetahuan saudari, dalam surat setuju terbit sy juga dinyatakan bahawa novel sy akan diterbitkan pada 2014. Sy juga berasa kecewa, sedih dan marah. Lalu sy email editor dan tanya sendiri kenapa lama sangat. Jawapannya, jadual sentiasa berubah. 2014 adalah satu tempoh untuk surat itu saja. Sesungguhnya pihak KN berhak dan berkuasa menentukan tarikh terbitan. kalau awak masih tak percaya, saya boleh ambil gambar macam yang awak buat tu.

TAK ADA istilah kroni macam yg awak sangkakan. Saya kenal kakak editor pun melalui email. Tidak ada yang melebih2. Kak Suri Ryana tak ada kuasa nak tentukan bulan berapa KN nak terbitkan sesuatu novel. DEMI ALLAH. Kalau awak masih merasakan awak betul, terpulanglah…

Apa yg berlaku antara awak dan KN adalah di luar kawalan atau pengetahuan sy. Kenapa perlu sabitkan saya dan Kak Suri? Seharusnya berbincang sebaiknya dengan pihak KN. insyaALLAH, kalau ada rezeki, mungkin novel awak akan diterbitkan lebih awal.

Sila delete semua gambar blog sy. Sy tidak pernah beri keizinan untuk awak copy paste dan publish di blog awak. Sy harap ini penerangan pertama dan terakhir dari sy.

Sy tahu sy hanyalah ‘budak yg bukan hebat sngat’. Tapi percayalah pada rezeki Allah. Jangan berburuk sangka. Sy doakan yg terbaik utk perjalanan karier awak.


*                          *                         *                              *                              *              

Kalaulah Lya ada kroni nak pilih bulan terbitan...
dah tentu Lya mintak bulan April 2013 atau lebih cepat dari itu...

tapi hakikatnya tak ada....
Demi Allah tak ada...

Manuskrip TKC dinilai oleh editor tanpa pengaruh sesiapa.

tak apa...
biarlah pembaca yang menilai sendiri...

Assalammualaikum...