ABACADABRA! Puff!
Ouh,
nope! I’m still here! Wardah garu
kepala yang tidak gatal. Dia benar-benar berharap dia punya kuasa untuk
menghilangkan diri dalam sekelip mata. Tak sanggup lagi untuk berada di rumah
Aunty Raihanah saat ini. Wardah beranikan diri untuk angkat kepala.
Zappp!
Adoi!
Pandangan mata Hasif Wafiy yang cukup tajam menusuk terus ke hatinya. Sudah
beberapa kali dia tercedera dan terdera dengan jelingan lelaki yang duduk
bertentangan dengannya itu.
Kepercayaannya sudah mula goyah.
Harapannya sudah mula punah. Jika tadi dia yakin benar lelaki itu gagal
mengecam dirinya, namun kini dia sudah berubah fikiran. Selain daripada
kata-kata yang dibisikkan oleh lelaki itu sewaktu meletakkan tubuhnya di atas sofa,
kejadian seterusnya turut menguatkan lagi nalurinya.
Semangkuk air yang dibawa oleh
Hanani untuk direnjis menyedarkan dia dari pengsan (kononnya) habis
ditelangkupkan oleh lelaki itu ke mukanya! Lencun habis dia dari kepala hingga
ke perut!
“Nah Wardah. Ni ada tudung dengan pakaian
Nani. Wardah salin dulu ya. Kesian kat Wardah. Hasif ni lah! Bukan nak pegang
elok-elok mangkuk air tu tadi!” Raihanah memukul perlahan belakang anak
terunanya.
“Sorry
ya Cik Wardah. Habis basah baju cik tu. Entah macam mana boleh terlepas
pulak tadi,” Hasif bersuara perlahan. Wardah panggung kepala. Setitis air yang
mengalir dari kepalanya dikesat dengan tapak tangan.
“Err... tak apa,” Wardah balas
pendek. Sungguh dia tidak tahu apa yang harus dikatakan. Awkward momento! Tangannya mencapai pakaian Hanani dan segera
berlalu ke bilik tetamu yang sudah terkopak tombol pintunya.
Menurut
Aunty Raihanah, kunci bilik itu memang sudah lama hilang dari simpanan. Kerana
kebijaksanaannya mengunci pintu dari dalam dan melompat keluar dari tingkap
sebentar tadi, penyudahnya pintu itulah yang menjadi mangsa keadaan. Syabas Aimy, syabas!
Wardah
keluar semula selepas siap menyalin pakaian. Kalau diturutkan rasa hati, memang
dia ingin terus pulang ke rumah. Namun melihatkan Aunty Raihanah yang
beriya-iya menjemput dia duduk bersama di meja makan, dia jadi serba salah.
Sudahlah dia membuatkan wanita itu susah hati sebentar tadi. Lambat-lambat
Wardah menapak jua menyertai mereka.
“Jemput
makan Wardah. Ni Nani ada buat cekodok. Aunty pula beli karipap inti daging
dari kantin sekolah tadi,” Raihanah menyuakan pinggan kepada Wardah. Secawan
teh panas turut dituang untuk gadis itu.
“Akak
okay?” Hanani mengambil tempat di
sebelah Wardah. Terkejut bukan kepalang dia dengan peristiwa petang tadi.
Manakan tidak, bukan main dia terpacak berdiri di depan pintu bilik tamu,
alih-alih dilihatnya Wardah dikendong masuk oleh Hasif melalui pintu hadapan.
Tak ke pelik bin ajaib tu?
“Akak
okay. Maafkan saya buat aunty dan
Nani risau,” Wardah ikhlas memohon maaf. Bila dikenang kembali, memang tindakan
gila yang diambilnya tadi. Sememangnya setiap kali bertemu dengan Hasif,
perkara-perkara luar biasa yang akan dilakukannya! Sungguh di luar kawalan.
“Hmm,
sebenarnya kenapa Kak Wardah panjat tingkap tadi?” Hanani sukar membendung rasa
ingin tahunya. Dari terbawa-bawa ke dalam mimpi, lebih baik dia bertanya saja
kepada empunya badan!
Wardah
tersedak kecil. Alah, alasan apa lagi yang harus diberikan kepada tiga pasang
telinga yang sedang sedia menunggu penjelasan darinya ini? Dia sudah kehabisan
idea. Kering-kontang sudah otaknya diperah bekerja petang ini.
“Err...
sebenarnya... hmm... akak, akak cuba nak tunjukkan... hmmm... cara-cara
pergerakan peristalsis pada Nani!” Wardah senyum paksa. A note to myself: one lie leads to the others, Aimy!
“Peris
apa?” kening Raihanah sudah bercantum.
“PE-RIS-TAL-SIS.
Peristalsis tu pergerakan otot dalam sistem pencernaan kita, Mama,” Hanani
menjelaskan pada ibunya.
“Ye,
betul tu Nani. Itu yang akak cuba nak demonstrate
pada Nani untuk kelas akan datang sebenarnya. Tadi tu akak saja nak practice. Akak tengok Nani lebih mudah
faham kan kalau akak buat macam tu?” Wardah menjawab penuh keyakinan kali ini.
Terlupa sudah perancangan asalnya untuk meletak jawatan.
“Betul
la Mama. Tadi Kak Wardah demonstrate
pasal menstrual cycle. Baru Adik faham sekarang ni!”
Wardah
angguk-angguk kepala sambil tersenyum.
“Hesy,
jangan nak buat dah kerja panjat tingkap macam tadi Wardah. Cukuplah tadi
sekali. Wardah cari cara lain ajelah ye untuk bagi Nani faham. Jangan sampai
bahayakan diri sendiri!” Raihanah geleng-geleng kepala. Ada tingkap ke dalam
usus kita ni?
“Hm,
baik aunty,” Wardah buat-buat tunduk patuh. Lega hatinya bila Raihanah berkata
begitu. Kalau tidak pecah kepala pula dia hendak memikirkan kaitan panjat
tingkap dengan proses pencernaan makanan itu.
“Amboi,
ada orang tu tak berkelip pandang Kak Wardah! Mengimbau kenangan keee,” Hanani
berdehem beberapa kali. Serentak Wardah dan Raihanah memandang Hasif.
Zappp!
Wardah
tunduk untuk kesian kali. Hesy! Ada laser
ke apa dalam mata mamat-sengal-yang-miang tu?
“Haah,
tengah mengimbau kenangan,” Hasif ukir senyuman manis. Mana mungkin Abang lupakan
kejadian ditendang dalam tren dan peristiwa jatuh terkangkang depan klien bulan
lepas adik oiii. Dua kali abang dimalukan cikgu Adik ni!
“Eh,
Hasif ingat lagi ye? Memang Hasif cam muka Wardah?” Raihanah bertanya pula. Tak
sangka anak lelakinya itu masih boleh mengecam Wardah sedangkan sudah dua puluh
tahun mereka terpisah.
“Ish.
Mestilah Hasif ingat Mama. Tak mungkin Hasif boleh lupa!” dua kali kau malukan
aku, jatuhkan maruah aku, cederakan aku... Eiii! Memang mustahil la aku boleh
lupa!
Hasif
menyuap sebiji cekodok ke dalam mulut. Pura-pura bertenang padahal hatinya
terasa hangat membara. Cekodok di dalam mulut dikunyah lumat-lumat. Alangkah
bagusnya kalau cekodok ni adalah jelmaan kepala kau perempuan!
“Tak
sangka Mama! Ingatkan Hasif dah lupa. Tapi muka Wardah dah lain kan sekarang?”
Raihanah merenung wajah Wardah. Makin dewasa makin manis anak Wahid yang
seorang ini.
“Memang
lain sangat-sangat Ma! Berubah terus dah Cik Wardah kita hari ni,” Hasif terkesan
perubahan riak di wajah Wardah. Mama tak tahu macam mana cikgu Adik ni bila kat
luar, Mama. Perangai macam jantan. Pakaian macam jantan. Adui, manalah Mama
jumpa cikgu macam ni?
Wardah
terasa kebas bontot. Nampaknya Aunty Raihanah dan Hasif tidak bercakap tentang
perkara yang sama. Aunty Raihanah sudah tentulah sedang seronok mengimbau
kenangan mereka masa kecil dahulu. Yang si Hasif pula sedang sibuk menyindir
dirinya. Wardah rasa serba tak kena.
“Hasif
nak tahu, Uncle Wa...”
“Aunty!
Ehem. Wardah rasa nak balik dulu lah,” Wardah lekas-lekas potong ayat Raihanah.
Dia tak mahu Raihanah menyebut pula tentang ayahnya. Biarlah Hasif tidak tahu
siapa dirinya yang sebenar. Beg sandang di atas lantai dicapai laju.
“Nak
balik dah?” Raihanah pandang wajah Wardah.
“Ye
aunty. Dah lewat ni. Nanti ayah nak ke masjid untuk Maghrib. Lagipun hujan dah
berhenti tu,” Wardah terus menyalami Raihanah dan Hanani. Lagi lama saya kat
sini hancur berkecai agaknya badan saya ni terkena panahan mata anak aunty tu.
“Kalau
macam tu biar Hasif hantarkan Cik Wardah balik ye Mama,” Hasif turut berdiri.
Wajah
Wardah pucat mendengarkan kata-kata Hasif. Senyuman di bibir lelaki itu sudah
dapat ditafsir. Nampaknya lelaki itu masih belum puas membuat perhitungan
dengannya.
“Ish!
Tak payah susah-susah Encik Hasif. Saya boleh call ayah saya nanti,” Wardah geleng kepala laju-laju. Nak naik
berdua dengan kau? Hesy, minta nyawa! Minta nyawa!
“Eh,
eloklah Hasif hantarkan Wardah balik. Senang hati aunty. Ni, bagi kat ayah ya!”
Raihanah hulur tupperware berisi
cekodok dan pisang goreng. Hanani pula sudah buka pintu kereta Mazda 3
Hatchback untuknya.
Dengan
berat hati Wardah masuk juga ke dalam perut kereta. Doa pelindung diri dibaca
dalam hati sebaik kereta Hasif perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan
rumah.
Wardah
berasa seram semacam. Kali terakhir mereka bertemu dulu, lelaki itu berjaya
membuatkan seluruh anggota tubuhnya menggigil ketakutan. Dia bimbang peristiwa
yang sama berulang lagi! Wardah buang pandang ke luar tingkap. Cuba mencari
ketenangan diri.
“What
are you? A nutcase?” suara Hasif memecah kesunyian antara mereka. Spontan
Wardah pandang wajah lelaki itu.
“Excuse me?”
“ A cuckoo
perhaps?” Ada senyuman sinis terukir.
“What?!”
Wajah Wardah merah menahan marah.
Hasif
membelok dengan tiba-tiba. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Hasif paling
badan 90 darjah ke kiri menghadap Wardah di hadapannya.
“Aku
tanya, kau ni gila ye? Psychopath?
Setiap kali aku jumpa kau, ada je benda gila yang kau buat!” fikiran Hasif ligat
memutarkan kembali setiap perbuatan gadis itu.
“If I am a nutcase, then you are a pervert!”
sepasang mata Wardah bulat memandang Hasif.
“What??!” Hasif geleng kepala. Aku pervert? Hina sangat darjat yang awak
bagi tu Cik Wardah oi!
“Look, kalau kau masih rasa aku sengaja
peluk kau dalam tren dulu, then YOU ARE TOTALLY
WRONG. Aku tak sengaja. Case closed!”
Hasif pamer wajah serius.
“Oh
really? Then yang dalam office tu? Tak sengaja jugak?”
Erk!
Hasif terdiam. Yang itu memang dia sengaja. Tapi niatnya sekadar ingin mengusik
gadis itu. Langsung tak terlintas dia mahu mengapa-apakan
perempuan-tak-berapa-perempuan itu.
“Jawablah!
Kenapa diam?” Wardah menjeling geram. Memang dasar pervert!
“Alah,
kau tu lagi teruk! Split personality agaknya?
Kejap macam jantan. Kejap macam perempuan. Kau ni spesis apa sebenarnya?”
Giliran
Wardah terdiam pula. Ah, lelaki ni memang! Mulut macam puaka! I should add another nickname for you:
mamat-miang-yang-sengal-bermulut-puaka! Wardah merengus kasar.
“That is none of your business! Just take me
home! Pervert!” Wardah pandang depan. Tangannya disilangkan ke dada. Skala kemarahannya
sudah meningkat. Berdepan dengan lelaki yang seorang ini memungkinkan dia
melakukan perkara-perkara gila sekali lagi. Ah, memang betul agaknya aku ni psyhcopath!
“Kau
dengar sini baik-baik ye perempuan, tomboy
or whoever you are. Kalau kau cuba influence
Nani buat benda yang bukan-bukan, jaga kau! Aku sekolahkan kau nanti! Nasiblah
Nani dah selesa belajar dengan kau. Kalau tak aku akan pastikan kau tak payah
datang rumah aku lagi!” kereta Hasif kembali meluncur di atas jalan raya.
Tangannya terasa panas tatkala memegang stering kereta.
Hasif
menjeling ke sisi kirinya. Wajah Wardah yang cemberut dicuri pandang. Ya,
memang betul penampilan minah ini cukup berbeza daripada pertemuan mereka yang
sebelum ini. Walau tanpa solekan, tapi Wardah kelihatan seperti perempuan
sejati. Entah mengapa agaknya perempuan ini mahu menyerupai lelaki. Hai... dunia
memang dah akhir zaman! Hasif terleka memandang wajah Wardah.
“Baik
kau tengok jalan daripada tengok aku. Aku korek mata kau nanti!” Wardah memberi
amaran. Geram mengenangkan sikap Hasif yang terlalu selamba menjadikan dirinya
bahan santapan mata.
Huh.
Macam lah aku terpesona dengan kau! Hasif tekan hon dengan kuat. Perasaan
marahnya dilempiaskan kepada penunggang motosikal yang mencilok di hadapan.
“You know what, kau bukannya ada apa-apa
yang menarik pun. Tak fahamlah aku kenapa Mama pun suka sangat dengan kau!”
Alah,
kau pun suka kat aku dulu. Bukan setakat suka, dah kahwin pun dengan aku!
Wardah membidas di dalam hati. Kata-kata Hasif tidak diambil peduli. Bertikam
lidah dengan dia ni sampai bila pun tak habis!
“Dah.
Turun.” Hasif tekan brek.
Wardah
pandang luar. Bibirnya diketap geram. Kawasan perumahannya terletak lebih satu
kilometer lagi dari situ. Takkan mamat ni nak suruh aku menapak dari sini?
“Tunggu
apa lagi tu? Takkan nak suruh aku bukakan pintu pulak. Memang tak la kan!”
Hasif bersuara sinis.
“Rumah
aku kat depan lagi la,”Wardah pandang kanan.
“Apa
dia?”
“Rumah
aku kat de...”
“WHATTTT?!” Hasif potong ayat Wardah.
Sebelah tangannya diletakkan di belakang cuping telinga. Pura-pura tak
mendengar apa yang dikatakan oleh Wardah.
“I said, MY HOUSE IS...”
“APAAAA?
Alaaa... tak dengarlah,” Hasif ukir senyuman menyakitkan hati.
“Hey! You know what? You are a stupid, retard
pervert! Memang malang si Nyonya Mansur tu dapat kau tau tak?” jari Wardah
berjarak seinci dari hidung Hasif. Sakit hatinya dengan senyuman serta tawa
yang meletus dari bibir lelaki itu.
Wardah
capai beg sandang serta tupperware pemberian
Raihanah. Tak guna dia bercakap dengan lelaki itu lagi. Buat sakit darah tinggi
aje! Wardah buka pintu kereta. Baru hendak keluar dia toleh semula ke arah
Hasif.
“Kalau ikutkan aku nak quit dari mengajar Nani. Tak nak tengok muka kau ni lagi! Tapi as you said... my world is about to get
interesting kan? I’ll make sure yours
will too! Thanks for the free ride Encik Hasif!”
Wardah
melangkah keluar. Kedua-dua belah kakinya terasa basah dan sejuk. Euuuww!
Wardah pandang bawah. Separuh seluar pallazo Nani yang dipinjamnya sudah
bertukar warna. Kau turunkan aku kat becak? Memang suami mithali betul lah!
Sepasang matanya tajam memandang Hasif.
“Bye-bye Cik Wardah! Take care dan selamat burn
calorie!” Hasif tekan pedal minyak meninggalkan Wardah terkulat-kulat di
situ.
Wardah
menyeret kakinya di atas permukaan jalan. Hatinya terasa penuh. Penuh dengan
pelbagai rasa yang sukar diungkap. Wajah Hasif yang tersenyum jahat muncul di
layar fikirannya.
Eiii!
I make sure I’ll vanish that smirk on
your face... The game is on Mr Hubby!